Click me ^_^

Wednesday, 27 April 2016

AirAsia Delay :(

Flight airasia delay ? Masuk paper lagi kot. Femes akuu. Nasib baik muka aku tak masuk sekali je. LOL



Ha aaahh. Aku pernah laaa sekali delay. Bukan delay biasa tau, teruk jugak laaa. Naik Malindo, Mas pun pernah jugak delay dulu. Macam Malindo dari Kota Bharu Ke KL pernah delay sejam.. MAS pun pernah jugak delay. Tapi dalam 30 minit camtu laa.. Fireflyz tak pernah pun delay. Sangat prefer dan aku memang sangat suka Fireflyz nak compare dengan 3 airlines lain. Tak tau la kenapa. Hhahha. Flight comel sangat kot warna oren kuning gitteww.. Lols

Comel kan ? Macam aku. Hewww


Masa tu sebenarnya aku ambik flight KLIA2 – Kota Bharu pada 13 Januari. Masa tu cuti sem kann, lepas habis exam. Exam aku sebenarnya habis 8 haribulan lagi. Ingat nak lepas-lepak rumah abang aku dekat sepang tu. Sebab 9-12 haribulan tiket mahal sebenarnya :D .. So aku ambik laa tiket 13 haribulan dengan harga promo free seat. Dapat laaa harga RM10++ jee. Hahaha

Sminggu sebelum departure tu tiba-tiba dapat la e-mail dari AirAsia yang flight aku pilih tu cancel. Aku pun ingat burn camtu jee. Rupanya dia bagi pilih jee mana-mana hari dan masa yang ada. Aku macam wooooo.. Best laa dapat balik awal.. Aku ambik 10 haribulan sebab 9 haribulan aku balik umah abang aku, 10 haribulan tu dia hantar pi KLIA2. Cantik la plan tu sebab hari sabtu. Paling best gak sebab flight yang aku pilih tu harga RM89 tau. Rasa macam baiknye AirAsia,, pilih tanpa bayaran tambahan.



Hari kejadian pun tiba laaaaaaa.
AirAsia Pesawat AK6442 Kuala Lumpur – Kota Bharu
Departure – 8.30pm 
Gate - K18

K18 .. Jenuh cek nak jalan. Slalu dapat Gate Ujung. Tak kira laaa KLIA ke KLIA2 kee. Nasib badan laaa. Kaki kompom melecet ni sebab jalan laju. Penat weh....


Aku suruh abang aku hantar KLIA2 pukul 6 petang lagi takut tak nyempat nak berlari ke gate. Tau-tau la KLIA2 jauh mana gate.. Sampai tu tengok board gate K18. Aku macam My God !! Gate hujung skali. Penat seyh nak jalannn.. Sampai gate tu masuk, penuh laaa dalam lounge tu. Tunggu punya tunggu, 8.00 pm belom boarding lagi. Flight ada je depan gate ni. Nampak ni dari cermin. 8.30 pun tak boarding lagi. Aku risau dah ni, family aku dah otw ke Airport Kota Bharu. Pastu mak aku cakap, nanti boarding la tu. 8.40 belum boarding lagi. Aku macam, kompom delay ni. Ingat delay biase jeee. Dok saje-saje tu selpi dulu kan .. Peaceee



Dalam 8.50 pm macam tu baru la boarding. Masuk dalam flight tu dok cakap tengah isi minyak. Sampai laa pukul 9.30 malam. Yang dalam flight ni dah macam cacing kepanasan walaupun sejuk ber-ekon kan dalam tu. LuLz. Aku dengan takde sweater nyee memang rasa nak gila. Ramai mintak kluar ke terminal tapi pramugari tak bagi. Mungkin atas sebab keselamatan kot. Yup, aku faham laaa tu. Huhu. Delay hamper 3 jam tapi satu makanan pun tak kasi .. L L

Agak terkilan laa. Maybe ada kesilapan teknikal pada pihak diorang. Tak kisah pon :p
Dalam pukul 11.30 baru depart, First time weh seuur hidup aku tertido waktu flight. Biasa bukan main eksaited sampai tak tido pon. Lol.. Dah laaa tengah lapar gila, sikit lagi nak gestrik.. Aku memang order in-flight meal, Nasi Ayam Uncle Chin. Sedap sangat…..
Sebab tiket 10 hengget kan, beli je laa meal. Apa salahnya skali skala nak makan atas langit. Hihihi

Yang sedap pun sama ada nasi ayam Uncle Chin. Tak pun Nasi Lemak Pak Nassier yang Awesome sedap gilaa tu. Hahaha


Penerbangan ni tak lama pun, sejam jee. Touch down kat Kota Bharu dalam pukul 12.30 pagi.. 3 jam lewat, huhu.. Tak pa laaa, sapa-sapa pun ada buat silap kan. Gitteww.. Cuma yang terkilan sebab delay 3 jam tapi tak bagi makan jeee. Turun flight tu kat Kota Bharu depa tengah bagi McD kat passenger sana. Untung la depa walaupun Mc Chicken kan, kira okay laaa tu dari kami takde langsung. Aku kira ok laa sebab order online meal, yang takde tu nasib laaa. Huhu

Apapun yang terjadi, aku tetap setia dengan AirAsia sebab AirAsia memang menjaminkan servis terbaik. Harga murah, flight pun banyak trip. Takda masalah laaa kiranya kan.. Salah sikit tu biasalaaaah ..

Now Everyone Can Fly lah dik. Kalau time promo tu kau beli jeee. Walaupun setahun menanti kan. Hahaha. Lantak lah delay ke tak. Kalau cancel boleh pilih tarikh lain. Tak rugi sesen pun 

Tuesday, 26 April 2016

Percutian ke Cameron Highlands (Part 1)

Assalamualaikum dan Halo Olls...

Dah berhabuk rasanya blog aku ni. Muahahahaha
Setahun tiada update suda. Ok laaa, nak share sikit pasal pengalaman pi Cameron Highland bulan 1 haritu. Masa tu cuti sem kaan. Pergi 2 keluarga, iaitu keluarga aku dan keluarga kakak ipar aku yang dari Penang (Kakak ipar aku tinggal dengan family kami sebab baru keja kat Kelantan ni). Sebab depa dah lama tak jumpa kan, so nak senang cerita kita ambik tengah-tengah.
Jadi laaah pertemuan di Cameroh Highlands, Gitteww ayat. Kami pulak bertolak dari Kelantan.

Aku tak tau pun diorang plan cenggitu. Masa tu ye laa aku kat UM lagi kan. Masa nak balik cuti tu, ada peristiwa berlaku kat aku. Flight AirAsia AK6442 Delayed dari pukul 8.30 malam sampai 11.30 malam. Jenuh aku nunggu kat KLIA2 tu. Tak mau cakap panjang.

At first abang aku gtau nak pi sana, aku macam hmmmm ye laa. Dalam hati bersorak kegembiraan, ibarat berkenduri kendara dalam hati ni.. Ye laaa, tak pernah lagi sampai Cameron Highland selama 20 tahun hidup ni. Hahahaha. Abang aku punya la eksaited gilaa, hari-hari dok sebut. Padahal masa tu ada lagi dalam 2 minggu lebih la sebelum pi.

Kebetulan kawan aku ada dok sana. Sedang elok laaa kan, abang aku suruh tanya pasai Homestay murah-murah yang ada kat sana. Aku pun apa lagi, tanya laaa terus. Dapat laaaa satu. Rumah dia jugak sebenarnya, dia bagi sewa kat orang jaa. Kami dapat harga special sikit laa sebab kenal kan. Dapat RM230 semalaman. Macam mahal kan, hampa jangan risau, tu kira murah dah tu. Homestay tu kat area Tanah Rata, memang sejuk gila. Tak payah kipas, ekon pun. Malam dna pagi liat gila nak bangun. Hahahaha Berbungkuih jee la semua sebab sejuk sangat. Jemur kain pun tak kering. Kena pakai dryer. Pasal pinggan mangkuk pun jangan risau. Semua dah sedia ada kat rumah tu. Tinggal bawak makanan nak masak je. Gula, garam, kunyit semua dah ada daa.. Kalau nak book, layari FB ni okeey. Promote tanpa bayaran tau ni :)
https://www.facebook.com/KakChik-muslim-homestay-1506318603001857/?fref=ts

Homestay ni ada 3 bilik (2 bilik besaq, 1 bilik single). Sangat selesa. Duduk 20 orang pun selesa sangat laaah.

Kami pi 2 hari satu malam je, maklumlaaa, hari ahad keje dah (Kelantan). Kami bertolak dari Kelantan pukul 7 malam, sebab bapak aku nak tengok Memori Cinta Suraya (Tiap petang tak pernah miss satu rumah dengan Suraya ni) LoLs.. Kitaorang plan nak tidoq umah Pak Sdara kat Gua Musang. Kami sampai pun dalam pukul 9.30 malam cenggitu laaa. Sampai tu singgah dulu KFC, makan kasi kenyang perut dulu :D

Kalau hangpa free, follow laa IG kite ek. Haaaa, promote gitu. Hahaha

Sampai rumah Pak Sdara tu, sunyi sikit sebab anak-anak dia semua dah tido.. Jangan ingat kami sampai tu terus tido, layan crita Sha dan Shah Dulu yang Kamal Adli dan Syatilla Melvin (Satu keluarga jugak dok gila crita ni). Pukul 12, layan pulak Suraya (Ulangan episod petang tadi. Hahaha)

Memandangkan Abang aku skali lagi Eksaited kan, nak selpi bagai laa. Hahahaha
Macam-macam dah dia sebut nak pergi situ sini. Aku kononnya tak eksaited, padahal tashabar jugak :P

Kami mula bertolak dari Gua Musang pukul 7 pagi. Yang dari Penang nuu gerak pukul 4 pagi kalau tak silap. Diorang direct pi Cameron. Kami nasib je ada saudara kat sini. Kalau tak liat gak tu nak bangun pukul 3/4 pagi kan. Jalan ke Cameron Highland dari Gua Musang amik masa dalam 2 jam lebih camtu laa. Kebetulan sebab bertolak awal pagi dan kabus masih tebal masa tu kan, tu yang lambat sikit Kalau tak dalam sejam lebih dan sampai dah. Hihi. I punya Uncle tu selalu laa jugak ke sana sebab dekat kan. So dia tahu laa jalan ke sana, kami ni jarang skali, aku lagi la kali pertama . LoL. Kami follow blakang dia jaa..

Sampai kat sana tu, bertemu dengan keluarga belah Penang dalam pukul 10 pagi camtu laa. Sebab yang 2 jam tu sampai ke Cameron Highland, bukan ke tempat yang di janjikan. Haha.
Kami berjanji kat Stesen Minyak Petronas kat Brinchang. Sejuk dia boleh tahan tu masa tu. Sampai sana tu, first skali kami pi breakfast Nasi Lemak Strawberry kat Abang Strawberry Cafe & Farm.
Memang pedas kawwww-kawww punya sambal, minum pulak air Teh O Stlobeli Panas kan. Melecur mulut mak nok. Hahhaaaa gituu. Sebab ais belum sampai -_- ..

Next post nanti aku cerita pulak pasal Petik Stroberi kat Big Red Farm Strawberry Okaay. Nak siapkan lab report kejap. Mati aku kalau tak siap. Hahaha ..

Peace Yoo ^_^


Monday, 5 January 2015

Kehidupan sebagai Pelajar Bachelor Of Science With Education [BScED]

Hoollaa and Gud Morning ..

Saje nak berceloteh setelah lama tak berblogging. HeewHeww ..
Hari ni merupakan Paper ke-3 aku Final Exam sem1 di Universiti Malaya ni. Ye laaa, sem ni aku ambik 6 paper that is English Communication, Organic Chemistry I, Basic Math For Chemistry, Principle Of Chemistry, Cellular Biology and Biology Of Organism. Penat sangat kan ^_^ .. Apa yang penat sangat Kursus ni adalah disebabkan kita kena ambik major minor yang berlainan subject. Tak macam yang lain. Kalau kimia tu, kimia je laa. Yang engineering, engineering je laa. Tapi bukan untuk kami yee. Lepas kelas kimia, kelas bio pulak. So, kalau korang boring ngan kimia, boleh release tension dalam bio. Tapi kalau both of the korang rasakan boring (macam aku. Keh3), go on je laaa. Study jee laa. Tapi ingat, study biar ikhlas. Nanti lama-lama timbullah minat tu.

Lepas penat pulun kimia, bio pulaaak. Memang laaa paling penat adalah BScEd. Dah nak buat macam mana, nak jadi cikgu kan, kena banyak pengetahuan sket . Dah laa Organic haritu dah banyak hilang markah. Bukan tak study, tapi masa exam tiba-tiba blank dan tertukar antara 2 reaction. Nak buat macam mana, terima jee laa dengan hati yang terbuka. Mungkin ada hikmah disebaliknya kann :)

Okkhayy, nak sambung study dulu yeerr :D

Wednesday, 12 November 2014

Aku masuk Universiti nak belajar je laaa. Jangan kacau

Assalamualaikum dan Haaai Reader ..


Hari ni aku nak ulas sikit laa statement diatas "Aku masuk Universiti nak blajar je laa. Jangan kacau" . Umum diketahui bahawa Universiti adalah sebuah institusi pendidikan Tertinggi di dunia ni. Macam-macam jenis manusia yang ada kat universiti ni. Universiti sebenarnya bukanlah semata-mata melahirkan graduan yang bijak pandai atas kertas sahaja. Malah soft skills atau dalam bahasa melayu nya skill lembut Kemahiran Insaniah. 

Terlalu ramai graduan yang mendapat first class degree tapi tak dapat kerja. Kenape yeee ?

1. Always Dengan Buku
Yee tak dinafikan kehidupan di Universiti ni untuk study dan beramah mesra dengan buku. Tapi kurang-kurangnya join laa sikit aktiviti kolej/universiti. Ada jugak sesetengah orang yang hanya berkawan dengan buku. Dia takde kawan sebab mungkin dia sendiri yang pendiam, tak reti bergaul. Mostly yang di Universiti semua kepala gila-gila kaaan. Kononnya dah besaq. hahahaa

2. Kurangnya Kemahiran Insaniah(Soft Skills)
Yang ni ramai graduan takde, soft skills. Soft skills ni banyak tau. Contohnya kemahiran berkomunikasi, spontan dalam membuat sesuatu, berilmu dan berbudaya, planning something. Ni antaranya soft skills yang penting bila berkerja nanti




3. Kurang Pengetahuan dunia semasa
Pasal ni tak boleh nak ulas panjang sebab ni atas individu tu sendiri. Kalau nak jadi "Katak bawah tempurung" go on je laa. Banyakkan membaca sesuatu diluar pembelajaran seperti dunia politik semasa, berita global dan sebagainya. 

4. Kurang Bergaul
Ni pon problem gak mahasiswa sekarang. Nampak perangai tak elok sikit, tak nak kawan. Hello ! Even diorang ajak korang buat benda yang tak sepatutnya korang boleh tolak. Tapi seeloknya jangan laaa rapat sangat. Just kawan biasa-biasa jee. Hai, hai jee ler .

5. Aku banyak keje nak buat laa, tak sempat nak join itu dan ini
Hooooi Cik Salmah, budak medic pon join 1001 aktiviti. Ni kan pula budak Fakulti lain, bukan nak rendahkan, tapi at least pergi laa join Persatuan anak negeri ke, Persatuan Agama ke, Pergi camp ape-ape ke. Memang kem nampak macam tak best penat, tapi korang akan dapat apa yang tak dapat di Universiti/Kolej. Korang boleh berkenalan dengan lebih rapat ngan kawan-kawan dari Fakulti lain, Pelajar senior or apa-apa je. As long as bukan budak fakulti korang, bukan budak Kolej korang. Ini yang penting, boleh tambahkan kenalan. Mana laaa tau kan susah-susah nanti, diorang yang bantu dulu. Ntah-ntah roomate buat x tahu jee. Ke acaneee ? Huhuu

Key Laaa. Aku pun nak pi kelas ni. Tapi aku sempat nak share sedikit sebanyak. Boleh laa nak kongsi sikit pengalaman kat sape-sape yang nak masuk Universiti nanti. Jangan takut kalau takde kawan satu sekolah/matrik/asasi kat Universiti. Kawan-kawan baru tak makan orang. Haha ,,



Cara belajar Sains (Kimia dan Biology)

Assalamalaikum dan Hii Readers (Walaupun xde reader kan)

Hari ni nak share sikit cara nak study Biology dan Kimia. Ini dari apa yang aku buat la. Macam la tinggi sangat kan markah aku dalam exam, hahaha. Tapi boley laa. Diakui memang dua subject ni agak susah, tapi senang je nak skor sebenarnya. Blajar saat akhir pun boleh dapat A, tapi dengan syarat caranya mesti betul.

BIOLOGY
1. Wajib rajin baca, macam aku la rajin. Kalau nak lagi senang baca topic by topic. Ok contohnya harini Study topic 1, fahamkan segalanya dengan segera. Jangan just baca tapi tak tau apa-apa.

2. Dengan kemudahan teknologi yang canggih-manggih ni, apa kata korang pakai internet untuk tengok gambar atau video. Ini laa yang aku sering lakukan. Contohnya nak tengok ElectroCardiogram (ECG) punya mesin untuk degupan jantung. Setiap graph naik turun tu ada maknanya. Apa kata tengok Utube je. Kan senang. Senang faham, senang nampak .

3. Pergi ke lapangan tu sendiri. Contohnya belajar Pasal Biodiversity , apa kata keluar sat pergi cari apa yang kita baca tadi macam Bryophytes ke (Tu je aku terfikir saat ni :3 ), Lichens and so on. Pergi tengok sendiri. Baru laa lebih ingat kannnnn !

4. Dah tahu bende ni kena banyak baca, buat la sikit nota kecik. Jangan tulis mengalahkan buku Campbell tu. Tapi tulis sikit, lukis sikit jee. InsyaAllah akan ingat.

5. Haaaa. Yang ni penting. Tolong ajar kawan-kawan yang tak pandai tu. Jangan kedekut ilmu. Allah x suka tau. Just share, lukis , tunjuk video pastu terangkan laaah kat mereka. Di samping diorang faham benda tu, kita pun makin ingat. Makin ramai anak murid, makin banyak kali ulang benda sama, makin ingatlah kita. Biology ni cerita jee. Bukan kena hafal sebijik sejebon, tapi just ingat jalan cerita jeee.

CHEMISTRY
1. Sama laaa macam bio pon. Wajib baca. Tapi takde laaa baca seperti bio tu :D . Macam aku both subject senang nak skor nak compare dengan Math dan Physics (Tak sukaaaa) . Kimia nak kata hafal pun ada tapi tak banyak. Kimia ni banyak pemahaman je.

2. Rajin-rajin laaa melukis. Nanti kalau belajar organic, 80% kerja korang melukis je. Mechanism, bonding laa ape laa. Korang kena kenal pasti laa arrow macam mana, apa tarik apa, apa lepas apa. Kalau pegang hak tu, memang sah-sah laa betul jawapan hang. Kimia tak yah hafal, soalan dia pun macam math laa keluar soalan yang berbeza, kalu bio confirm laa soalan sama dan jawapan sama je keluar. Kimia taak, tapi cara je sama. Asal faham satu, yang lain pun ok je

3. Buat semua tutorial yang Lecturer/Cikgu bagi. Jangan skip satu pon. Kalau tutorial pon tak boleh nak buat, jangan harap past year korang boleh buat dengan jayanya

Haaa ! Ni je laa kot yang aku boleh kongsi untuk malam ni. Aku ade test esok ni . Hahaha ! Sempat lagi berblogging. Bukan apa, aku dok study tadi, tringat nak share cara aku study. Ingat satu je "Kau study result ok, tak study fail, padan muka" .. :)

Wednesday, 29 October 2014

TAHUKAH ANDA : KELEBIHAN MANDI SEBELUM SUBUH?

Antara kebaikan mandi sebelum subuh ialah:
01: Kulit lebih lembut dan halus;
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
02: Melancarkan peredaran darah;
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
03: Meningkatkan kesuburan;
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
04: Mengurangkan risiko darah tinggi;
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
05: Mengurangkan tekanan serta tenang;
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
06: Meningkatkan sel darah putih;
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.
*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan.
Selamat mencuba & selamat beramal..('',)..

Wednesday, 15 October 2014

Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan Universiti Malaya

Assalamualaikum dan Hai semua ..

Hari ni aku nak kongsikan serba sedikit tentang Course aku ni, Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan atau nama Glemer kat sini.. Course ni memang dah di design oleh pihak pengurusan untuk para graduan menjadi seorang guru sekolah menengah. Korang akan bermastautin di Universiti Malaya selama 4 tahun atau lebih :). Korang akan diberi pilihan untuk mengambil 1 matapelajaran Major dan 1 Minor. Apakah itu major dan minor ?

Ok macam ni. Untuk major, korang akan blajar lebih sikit. Sebanyak 56 Jam credit, untuk minor korang akan belajar 24 Credit. Korang boleh pilih major minor. Antara yang available ialah Biology, Pyhsics, Chemistry and Mathematics. Macam aku, aku ambik Major Chemistry, Minor Biology. Korang akan berada di Fakulti Sains selama 5 semester iaitu belajar segala subject yang berkaitan dengan Sains dan di semester 6 dan 7 akan berpindah ke Fakulti Pendidikan untuk mempelajari ilmu perguruan. Semester 8 korang akan Practical di sekolah-sekolah yang akan di tetapkan. Nak cakap ke"busy"an tu memang korang akan busy sebab kita kena score 2 subject sains pada satu masa. Tak sama macam course lain. Diorang dah specific dah. Memang la sebab cikgu kan kena serba tahu.

Course ni memang langsung tidak sama dengan struktur program di UiTM dan UPSI. Course ni akan sama seperti di UPM. Kerana UiTM dan UPSI diorang adalah Sarjana Muda Pendidikan Sains (apa-apa subject). So diorang akan lebihkan matapelajaran pendidikan. Macam di UM dan UPM, kita lebihkan sains dalam kurikulum pendidikan. So, graduan dari UPM dan UM lebih laku sebab content sains lebih dari diorang. Dan Degree UM dan UPM boleh diguna pakai untuk mohon menjadi pendidik di Kolej Matrikulasi. Kalau UiTM dan UPSI dia lebih kepada pendidikan di Sekolah Menengah. Apa-apa pun ini semua bergantung kepada pointer dan softskills masing-masing. Rezeki ada dimana-mana, kita je kena pandai mencari.

Subjek di Fakulti Sains sangat-sangat challenging.. Depends laaa macam mana, tapi untuk Kimia dan Maths sangat-sangat susah gilaaa.. Hahaha. Tapi senang je bila fokus dan rajin (Cliche)..