Aku tidak memahami cara bicaramu padaku
seolah-olah semua kata ditelan oleh emosimu
Biarpun aku pernah bersamamu walaupun tidak pada masa kini
Hampir 1000 waktu yang lalu, telah ku tetapkan hatiku untukmu
Kerana kau yang membuka dan menggerakkkan tanganku
Untuk membuka layar
agar terkembang ditiup angin.
Namun, kini kulihat di ufuk barat
Rona ungu telah menelan
jingga senja dan bulatan indah yang tenggelam
Demikian pula cinta
kasih kita.
Cinta suci yang pernah hadir
Rosak kerana hasratmu yang keliru
Yang telah membuat layar kita robek dan dibawa badai
Kesalah itu terus berulang
Dan akan berulan
Tiada cara lagi untuk hentikan kesalahan itu
kecuali dengan Perpisahan
Biarkanku memuliakanmu dengan cara ini
Kerana jika bersamamu membuahkan kebencian
Alangkah indah jika kita masih bersama
Tetapi akan begitu menyakitkan jika kita
tidak mampu menahan perasaan ini
No comments:
Post a Comment