Di pagi yang hening, ni rasa nak share sedikit laaa bagaimana cara nak buat permohonan PTPTN. Ye laaa, musim-musim masuk IPT ni kan. Tak kira laa awam ke, swasta ke, Poli or mana-mana jee laa.
Cara dia senang jeee.. Permohonan boleh dibuat setelah mendapat tawaran sahaja okeeey.
1. Bukan Akaun SSPN-i di Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat dan ada lagi bank lain cuma lupa :P). Bawak duit RM30 untuk pembukaan account. SSPN-i ni wajib ada untuk yang nak mohon PTPTPN. SSPN-i ni bukan account bank, tapi sekadar account untuk kita mohon PTPTN sahaja :) .
2. Wajib buka account Universiti masing-masing. Contohnya UiTM, UM, UKM Bank Islam. UPM CIMB Bank.
3. Beli number Pin PTPTN di BSN (RM5 sahaja).
4. Sila ke web PTPTN atau boleh Klik http://www.ptptn.gov.my/gateway/ untuk ke laman web PTPTN.
5. Akan keluar page seperti dibawah. Just Isikan IC, Tarikh, Masa dan Nombor Pin. Segala bagai tu telah ditulis di slip pembelian anda.. Baca sampai habis kat slip tu. Kat tulisan biru tu ada dia tulis nombor pin, masa dan tarikh. Must be Exactly. Ingat laaah password anda sampai bila-bila.
6. Isi segala butiran yang diperlukan. Hati-hati, jangan ada silap langsung.. Double Triple check. Kalau silap, PTPTN takkan terima dan korang kena buat permohonan semula.
7. Pastu korang kena tunggu laaa. Biasanya dalam less than sebulan after korang daftar, baru laaa keputusan permohonan keluar. Untuk mohon boleh mohon masa minggu pertama atau ke2 di U ataupun boleh je mohon selepas mendapat tawaran.
8. Korang akan dapat E-mail laaa yang korang berjaya atau tak. So, lepas tu boleh terus print dokumen perjanjian PTPTN. Isi mengikut panduan yang diberi. Jangan silap satu pun okay. MESTI DAN WAJIB PRINT PAKAI KERTAS A4 80GSM SAHAJA OKAY.. PI KEDAI PRINT PUN DIA FAHAM LA KERTAS 80GSM TU APA.
9. Kena siapkan dokumen tu awal-awal, lepas tu pihak PTPTN akan datang ke IPT masing-masing ikut masa yang ditetapkan laaa. Macam kat UM, pihak HEP e-mail dan tampal notis di Kolej Kediaman, Pejabat untuk penyerahan dokumen PTPTN di mana dan bila.
10. Bila diorang datang, just bagi dokumen tu. Betulkan mana yang silap. Macam aku dulu kejap jee. Orang lain sampai stengah jam. Tapi aku dalam 10 minit dah siap semua sebab memang kena betul-betul ikut garis panduan. Jika ibu atau bapa anda tidak berkerja/berkerja sendiri (Tiada slip gaji), awal-awal lagi ke HEP untuk ambik borang pengesahan pendapatan okay. Sebab nanti jadi masalah pulak bila masa penyerahan dokumen.
11. Dalam seminggu++, semak laa dalam account anda. InsyaAllah dah masuk. Jangan risau yuran ke ape okay. Semua diorang dah tolak siap-siap. Yang ada dalam tu hak milik korang sepenuhnya. Tapi ingat, tu pinjam je okaay. #GunakanDenganBerhemat. Hahahaha
- PTPTN akan masuk ke account anda setiap awal semester sahaja okay. Sekali masuk gedebak 2K.
- Sijil yang berkaitan tu boleh dicop oleh mana-mana pegawai yang ada Degree keatas. So sebelum masuk U tu, sediakan terus laaa sijil akademik, sijil ko sekurang-kurangnya 2 salinan dan semua dah cop siap-siap dah sebelum masuk U. Boleh jeeer ke skolah ke, bagi kat mak ayah korang suruh bagi kat pegawai yang ada kat tempat keja diorang.
- If rasa ada salah setelah anda sahkan permohonan (permohonan sekali sahaja), korang boleh je beli nombor pin baru. Pergi pejabat PTPTN, cakap nak cancel permohonan tu sebab nak buat permohonan baru. Leceh sikit laa kena keluar kan. So masa isi tu, isi elok-elok jngan bagi ada silap okeeey.

