Click me ^_^

Tuesday 31 May 2016

Cara-Cara Memohon PTPTN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua ...

Di pagi yang hening, ni rasa nak share sedikit laaa bagaimana cara nak buat permohonan PTPTN. Ye laaa, musim-musim masuk IPT ni kan. Tak kira laa awam ke, swasta ke, Poli or mana-mana jee laa.
Cara dia senang jeee.. Permohonan boleh dibuat setelah mendapat tawaran sahaja okeeey.

1. Bukan Akaun SSPN-i di Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat dan ada lagi bank lain cuma lupa :P). Bawak duit RM30 untuk pembukaan account. SSPN-i ni wajib ada untuk yang nak mohon PTPTPN. SSPN-i ni bukan account bank, tapi sekadar account untuk kita mohon PTPTN sahaja :) .


2. Wajib buka account Universiti masing-masing. Contohnya UiTM, UM, UKM Bank Islam. UPM CIMB Bank.

3. Beli number Pin PTPTN di BSN (RM5 sahaja).

4. Sila ke web PTPTN atau boleh Klik http://www.ptptn.gov.my/gateway/ untuk ke laman web PTPTN.

5. Akan keluar page seperti dibawah. Just Isikan IC, Tarikh, Masa dan Nombor Pin. Segala bagai tu telah ditulis di slip pembelian anda.. Baca sampai habis kat slip tu. Kat tulisan biru tu ada dia tulis nombor pin, masa dan tarikh. Must be Exactly. Ingat laaah password anda sampai bila-bila.



6. Isi segala butiran yang diperlukan. Hati-hati, jangan ada silap langsung.. Double Triple check. Kalau silap, PTPTN takkan terima dan korang kena buat permohonan semula.

7. Pastu korang kena tunggu laaa. Biasanya dalam less than sebulan after korang daftar, baru laaa keputusan permohonan keluar. Untuk mohon boleh mohon masa minggu pertama atau ke2 di U ataupun boleh je mohon selepas mendapat tawaran.

8. Korang akan dapat E-mail laaa yang korang berjaya atau tak. So, lepas tu boleh terus print dokumen perjanjian PTPTN. Isi mengikut panduan yang diberi. Jangan silap satu pun okay. MESTI DAN WAJIB PRINT PAKAI KERTAS A4 80GSM SAHAJA OKAY.. PI KEDAI PRINT PUN DIA FAHAM LA KERTAS 80GSM TU APA.

9. Kena siapkan dokumen tu awal-awal, lepas tu pihak PTPTN akan datang ke IPT masing-masing ikut masa yang ditetapkan laaa. Macam kat UM, pihak HEP e-mail dan tampal notis di Kolej Kediaman, Pejabat untuk penyerahan dokumen PTPTN di mana dan bila.

10. Bila diorang datang, just bagi dokumen tu. Betulkan mana yang silap. Macam aku dulu kejap jee. Orang lain sampai stengah jam. Tapi aku dalam 10 minit dah siap semua sebab memang kena betul-betul ikut garis panduan. Jika ibu atau bapa anda tidak berkerja/berkerja sendiri (Tiada slip gaji), awal-awal lagi ke HEP untuk ambik borang pengesahan pendapatan okay. Sebab nanti jadi masalah pulak bila masa penyerahan dokumen.

11. Dalam seminggu++, semak laa dalam account anda. InsyaAllah dah masuk. Jangan risau yuran ke ape okay. Semua diorang dah tolak siap-siap. Yang ada dalam tu hak milik korang sepenuhnya. Tapi ingat, tu pinjam je okaay. #GunakanDenganBerhemat. Hahahaha

- PTPTN akan masuk ke account anda setiap awal semester sahaja okay. Sekali masuk gedebak 2K.
- Sijil yang berkaitan tu boleh dicop oleh mana-mana pegawai yang ada Degree keatas. So sebelum masuk U tu, sediakan terus laaa sijil akademik, sijil ko sekurang-kurangnya 2 salinan dan semua dah cop siap-siap dah sebelum masuk U. Boleh jeeer ke skolah ke, bagi kat mak ayah korang suruh bagi kat pegawai yang ada kat tempat keja diorang.
- If rasa ada salah setelah anda sahkan permohonan (permohonan sekali sahaja), korang boleh je beli nombor pin baru. Pergi pejabat PTPTN, cakap nak cancel permohonan tu sebab nak buat permohonan baru. Leceh sikit laa kena keluar kan. So masa isi tu, isi elok-elok jngan bagi ada silap okeeey.

19 comments:

  1. cik belbel dah mohon and alhamdulilah dapat sambung study

    ReplyDelete
  2. dah mohon. dia dah ckp yang saya dah daftar. tapi sekarang saya tak leh log in pun guna id and kata laluan tu. bagaimana ye? ke memang kena tunggu ke apa smpai dpt email status permohonan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada verify kt email tak ? Click link tu utk activate, then baru leh log in

      Delete
  3. Kalau no unik id bsn tu hilang mcm mne eh, boleh refer kat bsn balik ke

    ReplyDelete
  4. Kalau bukak akaun tu dekat ptptn, nak mohon tu terus boleh mohon atau kene tunggu esok?

    ReplyDelete
  5. Buka akaun sspn-i tu kena apa² payment tak?? Saya dah ada akaun bank rakyat.

    ReplyDelete
  6. I dah beli no pin ptptn tapi i tak dpt
    Daftar...ia bagitahu maklumat tidak sah��nak buat apa yeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba semak bali semua detail dari A-Z. Mesti ada yg wrong

      Delete
  7. nak mohon ptptn ni kita mohon masa dah masuk blaja semester pertama ke ?? esok dh saya p dftar blajar kat poli je... tapi saya x mohon ptptn lagi... saya x tahu sgt... maklum lah org kampung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye.. Waktu semester pertama baru mohon. Bila dah masuk nanti kan. Tapi no id boleh beli dah rasanya

      Delete
  8. saya nak tnya..saya masuk politeknik bln 12 tpi surat tawaran kluar awal..so saya kena tnggu msuk politeknik dlu ke ataupn saya blh minta dh

    ReplyDelete
  9. Saya telah kehilangan banyak masa untuk syarikat pinjaman palsu yang cuba mendapatkan pinjaman. tetapi itu tidak berlaku lagi.

    Nah, saya melihat komen pada blog oleh Marianne Low yang memberi keterangan tentang mendapatkan pinjaman dari seorang ibu Susan bowman, yang saya fikir sebagai salah satu syarikat palsu ini. Kemudian saya memutuskan untuk menghubunginya dan mencubanya semula .... Mengejutkan saya selepas prosedur yang diberikan kepada saya oleh ibu Susan. Kemudian dia meyakinkan saya bahawa saya akan dibiayai oleh bank langsung dari Indonesia yang harus saya pegang. Saya menunggu sehingga pinjaman saya diproses dan diluluskan dan kemudian saya mendapat pinjaman saya memohon langsung ke akaun bank saya tanpa bayaran tambahan ... Semoga Allah memberkati ibu Susan untuk kerja yang indah yang dia lakukan ..... Kebanyakan kawan saya yang memerlukan pinjaman juga dikenakan dan mereka mendapat pinjaman juga ....

    Anda boleh menghubungi ibu Susan bowman dengan e-mel ini (Susanbowmanloancompany@gmail.com)
    Juga pada WhatsApp +18597771805
    untuk pinjaman anda sendiri dia tidak menipu saya

    Dan jika anda juga boleh menghubungi saya di email ini jika anda takut: aelok36@gmail.com

    ReplyDelete
  10. saya sudah beli pin secara online,tapi takde pin pun. macamana tu?

    ReplyDelete
  11. saya dah buat pemohonan tapi bila nak login tak boleh.knp ye?

    ReplyDelete
  12. Lepas memohon pastikan anda tahu cara buat semakan status permohonan PTPTN anda. Ini penting kerana biasanya PTPTN akan update di portal mereka status permohonan anda sama ada lulus/tidak lulus/perlu dokumen tambahan. Tidaklah anda tertunggu-tunggukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tahu macam mana cara nak buat semakan?

      Delete
  13. Ptpn ni, kena apply sebelum masuk U atau selepas masuk U? Kurang pengetahuan 😒

    ReplyDelete