Click me ^_^

Sunday 15 May 2016

Kimia SPM : Konsep Pengiraan Dalam Kimia

Hi dan Assalamualaikum semua..

Tengok topic pun dah tahu kan entry ni pasal bagaimana nak buat pengiraan dalam kimia. Dulu saya pun bengap jugak ^_^ . Sekarang Alhamdulillah dah masuk Degree Pendidikan (Kimia). Skit masa lagi jadi cikgu kimia la cek..
Saya ada terperasan yang ramai sangat pelajar SPM tak tahu macam mana nak buat calculation dalam kima SPM ni. Benda tu sangat senang dik. Sampai skarang pun saya masih gunapakai formula turun temurun Cikgu Sekolah saya yang ajar dulu tu..

Kita ambik konsep mudah, iaitu Konsep 3 biji 3 segi okaaay.. Segitiga ni sangat berguna semasa saya SPM, Matrik dan sekarang Degree pun masih pakai sebab kadang-kadang lupa gak. Hihihi.

                                                     
                                                                  Segitiga Pertama
Mass: Jisim 
RAM/JAR : Relative Atomic Mass/Jisim Atom Relatif
RMM/JMR : Relative Molecular Mass/Jisim Molekul Relatif
(Jangan risau tentang term JAR/JMR kerana itu tak penting bagi tahap anda. Fokus kepada nombor yang diberi sahaja, boleh didapati di Jadual berkala jika tidak dinyatakan dalam soalan)


                                                     
                                                                  Segitiga Kedua

Segitiga Ketiga
STP : Standard Temperature and Pressure (Bagi soalan pada suhu dan tekanan piawai)
RTP : Room Temperature and Pressure (Bagi soalan pada suhu bilik)

Macam mana nak pakai segitiga ni ?

Trick dia senang je. Nak cari yang atas, darabkan yang bawah. Haa macam mana tu ?
Contohnya, tengok segitiga pertama. Nak cari mass, korang kena darabkan Mole dengan RAM.
Mass=Mole X RAM .. Kalau korang nak cari mole, korang ambik mass bahagi dengan RAM.
So, Mole = Mass / RAM. Dan kalau nak cari RAM, bahagikan mass dengan Mole.
RAM = Mass / Mole.. Sama jugak dengan segitiga lain. Cara penggunaannya tetap sama. 

Contoh soalan :

1. Kirakan nombor mol untuk 2.3g Natrium.
    Calculate the number of mole of 2.3g Sodium.
    (RAM Na: 23.0 g/mol)

Lihat segitiga.. Segitiga ke berapa patut guna ? 1,2 atau 3. Okey tengok soalan balik, dia cakap   nak Mole. Ketiga-tiga segitiga ada mole kan. So lihat informasi yang diberi iaitu ada RAM dan jugak ada Jisim. So korang gunakan segitiga pertama..

Jawapan : Tulis informasi yang diberi
Mass = 2.3 g
RAM = 23.0 g/mol 

Mole = Mass / RAM
Mole = (2.3g / 23.0 g/mol)
Mole = 0.1 mol          (Senangkan. Jangan lupa unit)

2. Kirakan isipadu bagi 2 mol gas oksigen pada suhu bilik dan tekanan piawai and find the number       of oxygen molecule.
    Calculate the volume of 2 mole of oxygen gas at Room Temperature and Pressure and find the         number of oxygen molecule.

Lihat segitiga.. So memang wajib pakai segitiga nombor 3 sebab dia nak volume/isipadu.. Dan informasi diberi ialah 2 mol gas oksigen dan Pada suhu bilik. Untuk soalan nombor molekul oksigen, guna segitiga nombor 2.

Jawapan: Tulis informasi yang diberi
Mole = 2 mole
RTP = 24 dm^3
Avogadro Const : 6.02 X 10^23

Volume = Mole X 24 dm^3 
Volume = 2 mole X 24 dm^3
Volume = 48 dm^3

Number = 2 mole X (6.02 X 10^23) 
Number = 1.204 X 10^24 Molecule (Kena state kat belakang sama ada atom, molecule atau ion)

3. Hitung bilangan molekul air yang terdapat dalam 90.0 g air.
    (H=1.0 g/mol, O=16.0 g/mol)

Kes ni kena pakai 2 segitiga. Soalan nak Bilangan/Number. Tapi soalan bagi mass/jisim. 
Macam mana ye ?
Pertama guna dulu formula yang ada mass/jisim. Formula yang ada bilangan/number (jawapan kepada soalan) guna kemudian. Macam mana nak hubungkan ketiga-tiga formula ? Guna mole sebab ketiga-tiga formula ada mole. Senangkan. Cari je mole dulu, lepas tu nak cari apa pun senang der.

Jawapan : Tulis informasi yang diberi
Cari mole menggunakan jisim yang diberi (Segitiga number 1)
Mass = 90.0 g
RMM = Air (H2O).. H = 1 X 2 = 2, O = 16 X 1 = 16 ..... 16 + 2 = 18 g/mol
Avogadro Const : 6.02 X 10^23

Mole = Mass / RMM
Mole = 90.0 g / 18.0 g/mol
Mole = 5 mole

Number = Mole X (6.02 X 10^23)
Number = 5 mole X (6.02 X 10^23)
Number = 3.01 X 10^24 molecule

Exercise :





Untuk next entry saya akan buat pengiraan untuk garam 

No comments:

Post a Comment