Click me ^_^

Tuesday 10 May 2016

Jom Bertukar kepada U Mobile

Strim Tanpa Had Melalui Video-Onz Daripada U Mobile

U Mobile Sdn. Bhd. (U Mobile) hari ini hadir dengan satu produk menarik. Video-Onz™ adalah satu inovasi daripada mereka, khas buat pengguna yang ketagihan kandungan multimedia dalam talian. Dengan penstriman tanpa had PERCUMA 24 jam sehari, ia bakal memberi kelegaan buat pengguna pra dan pascabayar mereka daripada perlu memantau penggunaan data untuk menikmati kandungan multimedia.
Video-Onz boleh dinikmati oleh pelanggan U Mobile yang berstrim daripada mana-mana 11 rakan penyedia kandungan U Mobile. Mereka adalah:
1. YouTube
3. Viu
4. iflix
7. tonton
8. ErosNow
10. OnFM
Pelanggan U Mobile akan dibanjiri dengan pelbagai pilihan hiburan dalam pelbagai bahasa termasuklah bahasa melayu, inggeris, korea, mandarin, kantonis, tamil, hindi, justeru bengali.
Tambah menarik, bersempena dengan pelancaran Video-Onz, HyppTV menawarkan akses percuma kandungan Live TV mereka selama 2 bulan. Selain itu, Viu juga memberikan akses premium percuma selama 60 hari kepada pengguna Video-Onz. Manakala Herotalkies pula memberikan tempoh percubaan selama 1 bulan kepada pelanggan U Mobile.
CMO U Mobile, Jasmine Lee melaporkan, sejak mereka menjalankan ujian litmus terhadap penstriman YouTube tanpa had di luar waktu puncak pada Oktober 2015, pengguna sangat mengalu-alukan langkah tersebut. Pihak U Mobile mencatatkan peningkatan sebanyak 14 kali ganda dalam penggunaan data untuk tujuan penstriman video sejak itu. Maka, selepas diperhalusi, U Mobile hadir dengan Video-Onz.
Video-Onz akan ditawarkan pada pelanggan pelan P70, i90, dan i130. Mereka akan menerima khidmat penstriman tanpa had, tanpa menggunakan kuota data mereka. Untuk pelan pascabayar yang lain, mereka akan menerima bonus data Video-Ons, sama banyak dengan kuota data bulanan yang dilanggan.
Pelanggan prabayar juga tidak ketinggalan menerima tempias Video-Onz. Mereka akan juga akan menerima bonus sekali ganda daripada quota yang mereka beli. Misalnya, pelanggan UMI 30 yang melanggan 1.5GB data, akan menerima 1.5GB data khas untuk Video-Onz.
Walau bagaimanapun, Video-Onz mengehadkan kelajuan strim pada 1.5Mbps. Ianya sama seperti apa yang T-Mobile tawarkan melalui Binge On. Sila layari laman U Mobile untuk mendapatkan maklumat lanjut.

#Nampak gaya macam menarik je. Sebab pakai Maxis ni satu hari dah habis. Celcom pulak sekarang Internet Burung Hantu dah ada kuota.. Rugi-rugi.. 

No comments:

Post a Comment