Click me ^_^

Friday 6 May 2016

Cara berjimat Cermat Di Universiti

Hai Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ..

Ada nak share sikit tentang cara berjimat-cermat di Universiti. Ye laaa, saya pun student U jugak kan gamaknye. So kena laa berjimat cermat. Tak nak laa mintak-mintak duit ngan mak ayah ni.
Dan saya juga seorang Backpacker to Be InsyaAllah dan kalau boleh nak travel dengan duit sendiri tanpa mintak satu sen pun dengan mak ayah saya..

1. Beli yang patut sahaja
Ini laa yang membuatkan student U ni boros sebab beli segala mak nenek yang ada.. Contohnya takkan la setiap bulan nak beli baju seluar baru kan. Pakai je laah yang sama sampai 3/4 tahun kat U pun. Takde orang heran lah cik adik oii. Kalau sekadar sekali satu sem tu okay lah kot.

Kelas kau Shopping Baju Kebaya MAS lagi. LOLS

Kalau dalam satu Tahun boleh la kot beli sekali baju macam ni untuk Dinner/Anugerah apa-apa kann. Sesekali kena jugak berdandan. Hahaha

2. Shopping masa promosi 
Cara paling nak jimat ini la sebenarnya.. Shopping masa ada promosi sahaja. Contohnya macam saya shopping kat Aeon Mid Valley (Selalu Promosi + Harga Berbaloi-baloi). Like Maggi Kari 5+1 (RM4.10) jee. Haaa, murah kau. Kalau nak murah lagi beli je Mi Sedap tu. 5 Bungkus RM3.45 jee weii. Dan kalau macam nak beli keropok ke ape ke beli yang lekat dua tu.. Macam haritu beli Mr. Potato yang twin, dapat percuma Air Tin dan Pinggan Mr Potato lagi Uolls. Mana tak jimat kalau macam tu. Sama jugak kalau nak beli sabun ke apa ke, ambik yang besar terus atau amik yang twin pack je. Murah dan boleh pakai lama. Masa sebelum masuk U, beli laa terus sabun yang memang dah dalam botol dia. tu. Nanti beli je yang refill dan isikan balik. Takde la menyusahkan sangat pun. Setahun pun boleh. Jangan lak shopping kat Koperasi kat U sebab harga dia mahal sikit :D melainkan dah terdesak.

Haaaa. Lebih kurang macam ni laaa.. Tengok murah kaaan. 2 Mr Potato + 2 Tin air. Kalau kau beli satu-satu ni ade jugak lebih RM10.

3. Makan sekadar perlu 
Sekarang ni biasa lah. Skit-sikit lapar, sikit-sikit lapar.. Makan laaa sekadar perlu sahaja. Nak makan pun jangan laaa kau nak Hipster sangat. Makanan tak sedap, sikit pastu mahal. Puuuii. Aku hari-hari boleh dikatakan makan benda sama jee. Kalau tak Nasi + Ayam goreng (RM3.50) pun, makan nasi Bujang (RM2).. Kalau 2 kali sehari makan macam tu, dapat la RM6 paling kurang. Air bawak la air masak sendiri. Jimat kan. Atau kau order je air kosong. Minum ais tak elok tau. Minum air masak je banyak-banyak.


Tadaaaaa.. Ini laaa nasi Bujang. Nasi + Telur + Sup + Sambal Belacan. Murah, sedap dan kenyang. Hahahaha. + Tea O Ais dapat laaa RM3. Murah kann. Pandai-pandai la nak survive dik.


Biasa pun makan Nasi + Ayam Goreng + Kuah jeee. RM3.50

4. Shopping alat tulis
Untuk alatan tulis, jangan la beli dekat kedai buku macam MPH ke, Popular kee sebab harga dia little bit mahal. Walaupun 20sen aku berkira kot.. Beli je kat Pasaraya. Lagi murah weh. Sama laa macam kertas kajang. Semalam baru beli + Survey Harga. Kat MPH Kertas Kajang 100 pages 80gsm RM5.50 macam tu la dan pen Faber-Castel yang ada 3 dalam pack tu RM3++. Kalau aku tengok Aeon Big elok jee Kertas Kajang yang sama RM5.10 dan Pen tu RM2.90 jee. Jangan malas-malas dik survey harga. Kurangnya dah Singgit jimat. Singgit tu boleh beli roti canai tau. Jangan beli pen sebatang-sebatang. Rugi kot.

Yang pack begini lagi murah


5. Breakfast kat bilik
Berbekalkan TupperWare mak kau, bawak la 2 atau 3 kan.. Kau beli je la Milo/Horlick atau ape-ape je yang kau nak minum, haaa pastu tuang je dalam tu. Beli la gula skali. Jangan sesekali beli 3 in 1 sebab banyak gula + mahal. Beli je yang pack biasa. Macam aku, aku biasa beli Milo 400g tu. Boleh la minum selama sebulan ++. Kalau 200g tu RM5 something. Kalau 400g dapat RM8-9 camtu je. Jimat kan. Dan kau beli laa roti skali buat makan dengan air tu. Roti sandwich yang murah tu pun takpe sebab makan pun sekadar skeping atau 2 keping je tiap pagi. Boleh tahan sminggu. Kadang-kadang kau punya kenyang tu sampai ke pukul 3/4 petang. Just makan malam jee. Nampak tak jimat tewww.. Kalau roti expired jangan risau. Boleh je makan lagi selagi tak berkulat sebab tu just tarikh berjaga-jaga jee.

6. Cara Print nota
Untuk print nota, kalau yang ada printer tu takpe laa. Kalau takde printer, korang jangan la print satu slide satu page. Mampuih nak membayar nanti. Just print dalam 4 slide atau 6 slide satu page sebab kat U ni biasanya satu slide tu tulisan besar + biasanya 2 3 baris ayat jee.. Takde hal laah. Atau kalau kau rajin sangat, kau salin je dalam kelas dengan tulisan yang cakap ayam (kau sorang je faham tulisan kau tu, Percayalah) atau balik bilik bukak slide melalui Laptop dan salin balik isi penting. Dalam nota bukan semua Isi penting pun. Hahaha

Nampak je sebenarnya tulisan kalau print macam ni. Aku dah biasa print macam ni. Huhu

7. Basuh Baju Pakai Tangan
Baju basuh je la pakai tangan. Kalau kau basuh pakai washing machine, consume duit tau. Skali basuh RM2.50 (Tempat aku laa). Kalau basuh tangan tu jangan laa satu baldi kau basuh skali. Basuh je dalam 3/4 helai skali basuh atau skali mandi. Kan senang, cepat dan mudah. kata #2Kerja kan. Hihihi

8. Sediakan Tabung
Ini sangat penting dan sangat membantu di saat-saat memerlukan.. Setiap kali ada baki Singgit, 50 sen tu masukkan je la dalam tabung.. Macam aku, kalau ada je 50 sen, terus masuk tabung. Tak fikir banyak dah.. Bila parents korang bagi duit, simpan la sikit untuk kegunaan masa depan. Mana laaa tau nak guna ke, terdesak ke, kurng-kurangnya boleh jugak guna kan..

Hahhh kau tabung ayam. Langsung tak boleh pecah


9. Kepada yang nak Travel
Sediakan tabung khas untuk anda travel.. Biasanya korang mesti akan rancang dalam 6 bulan hingga setahun sebelum pergi.. Dalam masa yang ada, tetapkan brapa duit yang korang target dan dalam seminggu brapa yang anda perlu kumpul.. Haaa, ni je laa cara terbaik kalau tak nak mintak duit dengan mak ayah korang.

Okaaay, ni ada laa serba sedikit tentang cara untuk berjimat di Universiti. Semoga Bermanfaat kepada semua :)

No comments:

Post a Comment