Click me ^_^

Sunday 1 May 2016

Cameron Highlands Part 3 (Cameron Valley Bharat Group, Pasar Malam Brinchang)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ...
Ni merupakan part terakhir bagi percutian 2 Hari 1 Malam di Cameron Highlands..

Lepas balik dari Taman Lebah, kami Check In Homestay kat Tanah Rata..
Masuk je rumah tu, rasa sejuk yang teramat. Macam dok dalam ais dah.. Kipas takde, ekon lagi la takde. Tapi sangat sejuk gilaaa babiss tengah hari pun. Puas hati laaa dengan harga yang agak berpatutan.. Kami sekeluarga Lunch, solat dan rehat-rehat kejap.

Dalam pukul 4.30 petang, kami keluar ke Cameron Valley Bharat Group yang berada di Tanah Rata. Ambik masa dalam 20 minit dari homestay tempat kami menginap..
Pintu Gerbang 

Sampai sana kami sekeluarga minum-minum tea panas + Cake . Harga pun okay laaa. Tak mahal, tak murah. Tapi serious rasa fresh gilaaa air tea dia. Mungkin sebab minum pada suasana sejuk kot..
Dah berhajat nak turun ke ladang tea, hujan pulaak turun. Errrrghhh. Stress aku.
Aku gunakan kepakaran aku meramal hujan. Hahaha. Sebab nampak hujan awan tu bergerak kan. Dalam 10 minit lagi hujan berhenti, kita turun. Semua pun macam "yee la tu kau". Hahahaha
Tengok-tengok hujan betul berhenti. Hahaha. Sedang elok siap makan dan minum hujan berhenti kan. Aku mengetuai rombongan Che Kiah turun ke ladang.. 

Lepas aku turun tu, ramai jugak orang lain pun pakat turun.. 

Bajet petik daun tea gitteww.. Hahahaha

Memang aku la jadi kepala selpi. Budak zaman Milenium gitew kan. Hahahaha. At first abang aku snap tapi tak jadi. Then aku guna laa kepakaran aku tu. Hahaha.. Kira ok la tu kann

Lepas tu, kami ke Pasar Malam Brinchang.. Ambik masa dalam 30-40 minit camtu laa sebab jalan kat Bandar Brinchang agak jem masa tu.. Biasa laaa hari cuti ramai orang kan. Sampai je sana banyak jugak la kami beli especially makanan laaa.. Beli Ayam Uncle Bob laa, Sotong yang potong-potong laaaa dan aku dengan muka tak malu mintak mak aku belikan Gula-Gula kapas. Hahahaa. Dia beli la 3 sebab ramai kan. Last-last satu aku punya. Hahaha. Saje nak gedik-Gedik kann.. 

Murah jaaa. Masa ni RM1.50 satu. Murah kann :D

Ni laaa Pasar Malam Brinchang. Macam pasar malam biasa jeee. Cuma dia sejuk sikit laaa ..
(Gambar Google)

Nak beli strawberry dalam pack pun ada jugak. Lebih murah la harganya. Tapi rasa mestilah tak se"Fresh" yang makan baru lepas petik tu kan. Tapi Strawberry kat sini sangat murah. 
Ada yang 3 RM10, ada jugak ternampak 5 RM10. Murah kan. Rugi tak datang sini tau..
(Gambar Google)

Lepas tu kami balik dan dinner kat homestay jeeee.. Malam tu tak habis di situ. Aku, Adik kpda Akak ipar aku dan adik aku sempat ke kedai beli megi. Nak makan megi panas-panas di waktu kesejukan gitu. Feeling oversea gitu.. Turun ke kedai sebelah homestay tu tutup pulaaak -_-" .. Kami pun pi naik keta, area tanah rata kedai dah banyak tutup sebab dah pukul 10 lebih kan. Jalan-jalan, sampai la ke Brinchang. Jalan bahaya gilaaaaa, Hahahaha. Malam-malam pulak tu. Tapi kami steady jee jalan jauh.. Sampai kat Bandar Brinchang, beli kat mall kat situ. Lupa nama apa. Jauh gila cari megi pun Hahahha.. Balik tu masak dan makan seperti biasa laaaaa. 
Rasa dia perrrggghhhhhhhhhh !! Walaupun biasa, tapi rasa sedap gila maybe sebab cuaca sejuk gila, makan pulak yang panas-panas.. Nak rasa obesea, makan tepi tingkat. Hahaha. Angkat megi tak sampai 1 minit, dah sejuk megi tu.. 

Bangun pagi tuu sangat liat dan sangat sejuk gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Tak terkata sejuknya.. Nak bangun subuh liat macam di hempap batu bata atas badan. Hahaha. Lepas solat, berguling lagi. Nak kena air rasa seksa wei. Lebih teruk dari kau bangun mandi pagi-pagi nak pergi skolah..
Lepas tu kami sarapan di nama apa ntah kedai tu.. Makan nasi lemak kat situ. Sedap jugak laa. Not bad.. 

Tu jeeeeee sedikit tentang perjalanan ke Cameron Highlands .. Best, berbaloi dan mak aku cakap nak pergi lagi bulan 10 ni. Hahahha

Tempat yang kami Lawati trip ni

1. Abang Strawberry Cafe and Farm 
2. Big Red Farm Strawberry - Masuk Free. Bayar untuk yang nak petik strawberry sahaja. 1 bekas 2 orang. Bayaran ikut banyak mana strawberry yang dipetik.
3. Taman Rama-Rama - RM5 Dewasa, RM3 Kanak-Kanak
4. Taman Lebah - Free
5. Cameron Valley Tanah Rata - Free
6. Pasar Malam Brinchang

No comments:

Post a Comment