Click me ^_^

Thursday 5 May 2016

Nak jadi Backpacker ? Tapi macam mana yeee

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera...
Untuk post kali ni saya nak kogsi sedikit tips untuk menjadi backpacker yang sangat sesuai buat masa kini. Yee la semua nak jadi backpacker, tapi tak tahu macam mana nak mula kan ..



1. TETAPKAN DESTINASI



Ini merupakan sesuatu yang sangat penting.. Ye la, kalau takde halatuju nak kemana, macam mana nak mengembara kan . Hihi.. Kalau bagi yang beginner atau pertama kali nak Backpacker, seeloknya cuba pergi dalam Malaysia dulu. Biasakan diri pergi sendiri atau dengan kawan-kawan. Biasanya around 3/4 orang je la biasanya. Lagi senang kalau bersamaan jantina sebab senang sewa bilik/hostel sama saja dengan harga yang confirm lebih murah. Kebiasaanya mereka plan dalam 6 bulan atau setahun sebelum pergi. Memang lama dan sebab kenapa ambil masa lama semua keterangan ada dibawah :)

2. BOOKING TICKET
Tentang tiket tak kisah la tiket flight ke, bas ke, train atau apa sekalipun, biasanya booking lah lebih awal.. Sebab kalau flight biasanya, booking awal dapat murah sikit. Macam AirAsia selalu jugak buat promosi free seat, harga promo.. Just grab the chance. Biasanya tempoh travel yang AirAsia tetapkan memang ambik masa dalam setahun. Kawan saya sendiri booking tiket bulan Mac 2016 ke Jogja pada January 2017 dan dia dapat under RM100 Return. Murah gilaaa kan. Kalau tak tahu nak ambik airlines mana, boleh lah layari SkyScanner, Airpaz untuk compare harga tiket.

 



3. KUMPUL DUIT
Sebab seterusnya kena plan awal adalah sebab nak kumpul duit. Pergi travel dalam 4/5 hari, kumpul duit dalam masa 5/6 bulan atau ada yang ambik masa setahun.. Berbaloi ke ?
Yess, sangat berbaloi kerana korang dah plan nak ke sana sini, if korang plan harini esok nak pergi tak ke beribu-ribu habis ? Kalau plan awal, harga tiket dahlaa murah dah dan korang tahu budget berapa setelah di kira-kira tolak campur sebab kos untuk pengangkutan pergi balik tu yang agak merisaukan. Dan dit jugak korang guna untuk makan, bilik, masuk tempat-tempat menarik yang berbayar dan kalau ke luar negara, kena convert lagi. Kalau currency tinggi tak ke naya tu ..

4. PENGINAPAN
Untuk penginapan, kalau hanya Backpacker secara solo atau berdua kebiasaanya hanya sewa Dorm. Kongsi ramai-ramai dengan Backpacker lain. Dengan cara tu kita boleh make new friends tau. Secara tak langsung, mana la tau one dia dia ajak kita ke negara dia. Dan tinggal rumah dia, travel dengan dia ke. Who know kan.. Dah jimat sebenarnya kalau ada kawan dari negara lain yang offer ke rumahnya nanti. Tempat tido capsule macam Jepun tu dah ada kat Malaysia iaitu di Penang. Untuk penginapan, boleh la usha di Booking.comagoda.comTrivago dan beberapa web yang lain lagi.

Ni laa capsule kat Penang. Katanya kat luar buruk nak mati, masuk dalam canggih nak mampos Hahaha


Ni contoh Backpacker Hostel/Dorm yang ada di Hanoi.. Kat KL pun ada sebenarnya :)


5. MAKANAN HALAL UNTUK MUSLIM
Untuk muslim, makanan halal boleh dicari di zabihah.com



6. BANYAK MEMBACA
Ini sangat-sangat penting bagi yang tak biasa. Biasakan diri baca blog (Pengalaman orang lain, kadang-kadang diorang masukkan sekali tips dalam tu. Take note), atau join je group FB Backpecker Buddies Malaysia (BBM) BBM dan korang boleh baca a lot of stories diorang travel dan banyak juga Itinerary yang di share dan sangat bermanfaat untuk kita semua.



7. BARANG KEPERLUAN YANG WAJIB ADA
a. Baju dan seluar (Kebiasaannya 3/4 helai sahaja
b. Kelengkapan diri (Bawa yang basic sudah like alatan mandi dan keperluan diri yang lain)
c. Smartphone dan Charger
d. Itinerary
e.  Wallet, Passport, IC, tiket flight
f. Camera (Kalau boleh yang camera ok la sikit kan. Huhu)
g. Duit
h. Yang ni paling penting. Bawak diri. Kalau tak macam mana nak travel. Ye dokk. Hihiii

Rasanya itu sahaja kot tips untuk Beginner Backpacker.
Jangan lupa sebulan sebelum travel tu Itinerary, penginapan, ticket semua dah tersedia..
Dalam Itinerary pun sebolehnya dah ada nak makan kat mana-mana supaya nanti kat sana takde la pening nak kesana sini cari kedai untuk makan.
Selamat Berbackpack :)




No comments:

Post a Comment