Click me ^_^

Tuesday, 21 June 2016

Dapat CPUV Nuffnang tapi tak banyak unique visitor

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semuaaa...

Walaupun pukul 3 petang nanti ada exam, tetap gigih nak berblogging. Hahahaha
Aku baru prasan sebenarnya banyak gilaa aku punya CPUV. Dah lama tak bukak Nuffnang ekceli.
Terkejut jugak tengok banyak gilaaa, macam dalam mimpi. Ada baca blog lain, kalau dapat CPUV earning akan jadi banyak gilaa..

Tapi aku tengok macam sedih jee. Brapa sen je dapat. Hahahaha. Tak tau babe nak buat entry apa sebab sekarang ni busy ngan final exam..

Haaa tengok la sendiri banyak mana. Kat bawah tu ada lagi sebenarnya..
Yang credited dah dapat 32 sen. Wakakakaka..
Okey la tu, bersyukur di Bulan Romadon nii. Dok goyang kaki sambil tak bukak blog pun dapat 32 sen. Romet aku pun kedekut babe nak bagi. Hahaha (Takde laaah. Jangan marah romet)

Tak tau nak buat macam mana lagi dah nak dapat banyak unique visitor..
Tapi takpa laaa, side income jaah, Lagi 18 tahun dapat la first cheque. Wakakakakaka

Ok laaa babeeess.. Aku nak sambung study dulu. Fail paper ni mati aku

Assalamualaikum dan Salam 16 Ramadhan

Sunday, 19 June 2016

Cara skor Last Minutes di University

Hi semua ...
Harini rasa macam nak share sikit la tips macam mana nak skor di Universiti LAST MINUTES..
Bayangkan exam esok lusa, kau satu hape pun tak study kan.

Nak belek-belek lecture note jangan harap la sempat sebab lecture note sangat lah tebal T_T..
So ni ada beberapa tips yang aku sering gunakan bila aku dah takde masa nak study

1. Buat Past Year question.. Dengan ni korang akan tahu laa macam mana patern soalan yang akan keluar dalam exam nanti.. Kurang-kurangnya buat dalam 3/4 sem lepas jee. Biasa soalan akan rotate yang sama in that cycle jee. Lecturer takkan keluarkan soalan 10 tahun lepas misalnyaa. Kalau tak sebijik pun, maybe lecturer tukar sikit-sikit jaa. Hehehehe

2. Study balik semua tutorial/esaimen yang lecturer suruh buat. Biasanya soalan final pun diambil dari tutorial jugaak.. Macam lecturer aku memang suka ambik soalan final exam dari tutorial. Ada yang ambik sebijik-sebijik (Biasanya prof). Ada jugak yang tukar sikit-sikit (Biasanya Dr dan kebawah).. Setakat ni, macam tu la yang aku prasan. Kalau jenis Prof ni, dia ambik soalan past year n tutorial sebijik-sebijik.. Kau telan jee soalan tu nanti.

3. Study Soalan test.. Haaaa, ni pun hint jugak sebenarnya.. Soalan test biasanya dr akan bagi pada akhir sem kan. Bermakna merangkumi semua. So korang study je lah yang tu.. Kalau ada 2/3 test, haaa study jee la semua test walaupun sekadar pop quiz. Penting tau...

4. Kalau dah terlalu last minutes, esok exam tapi kau satu hape tak baca lagi, aku syorkan kau jangan tido laaa.. Aku memang macam tu. Kalau esok tu ada exam, malam tu memang aku tak tido.. Aku biasanya tido lepas solat isyak, then bangun dalam pukul 12 pagi, pastu kau study laaah sampai ke masuk dewan exam.. Aku memang camtu, balik dari exam aku tido laaah. Hahaha
Roomate pun cakap aku pelik, malam jaga siang seharian tido... Memang sejak azali dik macam tu.

5. Kalau kau jenis ponteng kelas macam aku ni (Jangan contohi tau. Hahaha), tanya laa kawan-kawan apa yang lecturer cakap yang masuk exam. Biasanya nak dekat-dekat akhir sem ni ada lecturer cakap yang itu ini keluar exam, itu ini PENTING. Kalau PENTING tu kompom dik non masuk exam..

6. Solat sunat dan berdoalah kepada Allah agar apa yang kau buat tu masuk dalam exam, semoga kau ingat dan semoga usaha kita diberkati. Amin !!

Itu sajoo lah sedikit perkongsian.. Harap boleh praktikkan tauu :)

Monday, 6 June 2016

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan 1437 Hijrah

Assalamualaikum semua..


Alhamdulillah.. Dah masuk Ramadhan tahun 1437 Hijrah bersamaan dengan 2016 Masihi..
Sangat cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah puasa dah..

Sem ni agak sedih la sebab puasa 3 minggu di UM dan seminggu di kampung halaman..
Macam sem lepas puasa seminggu je kat UM. Buntu jap bila dok fikir nak makan apa sahur ngan buka puasa selama 3 minggu ni. Masak laaaa aku. Hahahaha

So sebagai persediaan aku dah plan dah. Sahur macam sebelum-sebelum ni laaa. Makan roti atau biskut dengan ayaq milo jee.. Kalau petang aku keluar, beli laa roti yang sedap kat bakery atau beli Big Apple donuts .. Yummm Yummm sedap. Hahaha


Lepas tengok ni, terus aku pi Mid Valley beli oat buat minum dengan milo pagi-pagi. Buat ala-ala nestum gittew


Buka puasa tak kisah sebab Bazar Ramadhan Pantai dalam menawarkan juadah berbuka puasa yang sangat sedap kata kau. Hahhaa. Serious tak sabar nak ke Bazar Ramadhan Pantai Dalam nanti.
Tapi ingat jangan boros. Amalan syaiton semua tu. Walaupun syaiton dah kena waran tangkap, jangan la kau pulak jadi syaiton yeee..

So bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak ni, aku nak memohon maaf sekiranya ada terlepas cakap sepanjang aku tulis entry, terpedas terkutuk termaki dan semua Ter laaah..
Kadang-kadang buat entry dalam keadaan stress sebab esaimen berlambak ke ape kann. Huhu
Harap dimaafkan okaaay. Semoga amalan kita diterima olehNya. InsyaAllah.

So mari laaaah kita buat sebanyak mungkin amal ibadat di bulan yang rahmat dan berkat ni. Ramadhan ni sebulan je dalam masa setahun ni. Masa ni laa nak adjust balik perangai jadi elok, fix mana-mana yang problem tu kan. Why not jadikan ramadhan tahun ini lebih bermakna dan memberi kesedaran kepada kita. Mari laaa kita muhasabah diri kita wahai manusia sekalian.

Lazimi laaah diri dengan berzikir, solat sunat, bersedekah, baca Quran dan buat je apa-apa kerja amal. InsyaAllah akan diterima oleh Allah :)

Haaaa. Jangan baca je tau. Kena amalkan jugak

Jom laaa kita tingkatkan puasa kita tahun ni sampai ke stage 3. Kalau tahun-tahun lepas dah sampai ke level 3, naikkan lagi sampai 300 pun takpa. Sebab makin tinggi level, makin banyak laah pahala kita. InsyaAllah.

Ni haaa paling penting. Jangan lupa niat posa. Kang posa sebulan tapi lupa niat. Mintak Jauh laaa yee.. Lupa niat posa ?
Ni haaa baca okaaay. Nak senang baca yang pertama tu. Niat sebulan terus. If terlupa nanti pun takpa sebab dah niat puasa sebulan.

Semoga Ramadhan tahun ini lebih diberkati olehNya. Aminn :)
Jangan Lupa Ketuk-Ketuk Ramadhan okaay. My feveret time bulan posa. Wajib tuu. Hahaha

Friday, 3 June 2016

Pak John Steamboat e-Curve

Assalamualaikum dan Hi Ollsss..

Minggu ni dah last week lecture sebab lagi 2 minggu dah final exam semester 4 T_T (Study belum)..
So semalam plan nak gi makan-makan dengan Team Polymer Lab. Hahaha
5 orang je pun. Aku, Ainaa, Shida, Hazran ngan Tutor Kesayangan kami, Kak Efa. Hahaha

At first aku mengidam nak makan megi celup. Ye lah, dah nama lagi pregnant kan. Ngidam la macam-macam. Huhuhu.. Tiba-tiba Shida cakap nak makan Pak John. Aku macam -_-" .. Apa tu ?
Rupanya steamboat. Biasanya steamboat paling kurang RM45/head. Pastu aku tengok website. Harga RM29.90 jee/ Head. Campur tax dalam RM35 sorang laaa. Aku macam, wah murahnyeeeeeeee <3 ..
Aku setuju jee laaa. Bertolak dari UM dalam pukul 11 pagi. Sampai laa e-Curve dalam pukul 11 lebih camtu..

Sampai tu, Ya Allah jalan jauh gilaaa nak sampai ke Pak John. Sebab parking kat Ikea. Jarang datang sini, parking merata jee laa. Hahaha
Sampai tu kami orang first yang nak makan. Hahaha. Nampak semangat tu.

Situ style ko duduk dulu, dia siapkan kau punya dapur (kot laaa namanya). Hahaha
Pilih Sup apa yang kau nak. Ada 5 pilihan sup. Woooo, banyaknya. Tapi pilih 1 je laa. Hihi
Kami pi 5 orang, dia bagi 2 dapur. So jangan berebut okay. Kami ambik Tom Yam dan Chicken Soup.
Nak bayar lak masa ko tengah makan, nanti dio punya pekerja datang laa kat meja bagi resit dan bayar masa tu. Tak payah nak beratur kat kaunter.


Beef Bone Soup, Tom Yam, Miso, Curry and Chicken soup yang available..

Haaa inilah dia muka pelahap taraf antarabangsa. Hahaha


Pilhan makanan yang ada :D ..
Macam-macam jenis sayur, bebola, isi ikan, udang, sotong yang ada. Serious tak cukup perut nak makan semua. Huhuhu

Honey Chicken sangat sedap gilaaaaaaaa...

Comel kan. Nak makan pun sayang. Hahahaha


Grill pun boleh.. Bukan pakai sup jaaa..

Yang panjang-panjang tu siput buluh rasanya nama dia.. Bila bakar besar laaa, lepas tu serious kecik gila nak mati. Hahaha. Tapi sedap !!

Bukan tu jaaa. Waffle, Kaya Balls pun ada. Serious sangat best kat sini ..

Lepas tu dalam peti ni ada buah dan pencuci mulut. Ada puding, sagu dan yang paling sedap dibawah 

Cocktail buah. Serious weh sedap gilaaaaaaaaa...
Bayangkan dalam peti tu dia letak 12 mangkuk, kitaorang 2 mangkuk sorang. Hahahaha
Kuang Hajooo betul kitaorang. Balik pun rasa macam nak makan lagii. Huhuhu

Battle Ended .. Hahaha
Makan 5 orang, dah rupa makan 18 orang. Huhuhu

Sangat puas hati gilaaaaa.. 
Murah dan balik je bilik semua terus telentang. Hahahaha
Akibat kekenyangan kan.. Hahahaha

Kalau pergi weekend, Harga RM45 (Campur tax). Kalau pergi weekday dapat RM35 jee..

Dia dok dalam e-Curve benda ni. Pi laaa, serious tak rugi.
BTW, air bandung dia sedap sangat. Hahaha

Jalan nampak ni. Nasib baik aku dah tua, Kalau tak aku dah lama naik. Hahahaha

Tuesday, 31 May 2016

Cara-Cara Memohon PTPTN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua ...

Di pagi yang hening, ni rasa nak share sedikit laaa bagaimana cara nak buat permohonan PTPTN. Ye laaa, musim-musim masuk IPT ni kan. Tak kira laa awam ke, swasta ke, Poli or mana-mana jee laa.
Cara dia senang jeee.. Permohonan boleh dibuat setelah mendapat tawaran sahaja okeeey.

1. Bukan Akaun SSPN-i di Maybank, Bank Islam, Bank Rakyat dan ada lagi bank lain cuma lupa :P). Bawak duit RM30 untuk pembukaan account. SSPN-i ni wajib ada untuk yang nak mohon PTPTPN. SSPN-i ni bukan account bank, tapi sekadar account untuk kita mohon PTPTN sahaja :) .


2. Wajib buka account Universiti masing-masing. Contohnya UiTM, UM, UKM Bank Islam. UPM CIMB Bank.

3. Beli number Pin PTPTN di BSN (RM5 sahaja).

4. Sila ke web PTPTN atau boleh Klik http://www.ptptn.gov.my/gateway/ untuk ke laman web PTPTN.

5. Akan keluar page seperti dibawah. Just Isikan IC, Tarikh, Masa dan Nombor Pin. Segala bagai tu telah ditulis di slip pembelian anda.. Baca sampai habis kat slip tu. Kat tulisan biru tu ada dia tulis nombor pin, masa dan tarikh. Must be Exactly. Ingat laaah password anda sampai bila-bila.



6. Isi segala butiran yang diperlukan. Hati-hati, jangan ada silap langsung.. Double Triple check. Kalau silap, PTPTN takkan terima dan korang kena buat permohonan semula.

7. Pastu korang kena tunggu laaa. Biasanya dalam less than sebulan after korang daftar, baru laaa keputusan permohonan keluar. Untuk mohon boleh mohon masa minggu pertama atau ke2 di U ataupun boleh je mohon selepas mendapat tawaran.

8. Korang akan dapat E-mail laaa yang korang berjaya atau tak. So, lepas tu boleh terus print dokumen perjanjian PTPTN. Isi mengikut panduan yang diberi. Jangan silap satu pun okay. MESTI DAN WAJIB PRINT PAKAI KERTAS A4 80GSM SAHAJA OKAY.. PI KEDAI PRINT PUN DIA FAHAM LA KERTAS 80GSM TU APA.

9. Kena siapkan dokumen tu awal-awal, lepas tu pihak PTPTN akan datang ke IPT masing-masing ikut masa yang ditetapkan laaa. Macam kat UM, pihak HEP e-mail dan tampal notis di Kolej Kediaman, Pejabat untuk penyerahan dokumen PTPTN di mana dan bila.

10. Bila diorang datang, just bagi dokumen tu. Betulkan mana yang silap. Macam aku dulu kejap jee. Orang lain sampai stengah jam. Tapi aku dalam 10 minit dah siap semua sebab memang kena betul-betul ikut garis panduan. Jika ibu atau bapa anda tidak berkerja/berkerja sendiri (Tiada slip gaji), awal-awal lagi ke HEP untuk ambik borang pengesahan pendapatan okay. Sebab nanti jadi masalah pulak bila masa penyerahan dokumen.

11. Dalam seminggu++, semak laa dalam account anda. InsyaAllah dah masuk. Jangan risau yuran ke ape okay. Semua diorang dah tolak siap-siap. Yang ada dalam tu hak milik korang sepenuhnya. Tapi ingat, tu pinjam je okaay. #GunakanDenganBerhemat. Hahahaha

- PTPTN akan masuk ke account anda setiap awal semester sahaja okay. Sekali masuk gedebak 2K.
- Sijil yang berkaitan tu boleh dicop oleh mana-mana pegawai yang ada Degree keatas. So sebelum masuk U tu, sediakan terus laaa sijil akademik, sijil ko sekurang-kurangnya 2 salinan dan semua dah cop siap-siap dah sebelum masuk U. Boleh jeeer ke skolah ke, bagi kat mak ayah korang suruh bagi kat pegawai yang ada kat tempat keja diorang.
- If rasa ada salah setelah anda sahkan permohonan (permohonan sekali sahaja), korang boleh je beli nombor pin baru. Pergi pejabat PTPTN, cakap nak cancel permohonan tu sebab nak buat permohonan baru. Leceh sikit laa kena keluar kan. So masa isi tu, isi elok-elok jngan bagi ada silap okeeey.

Monday, 30 May 2016

Cara Beli Tiket Flight Murah di Skyscanner

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Semuaaa...

Harini rasa nak share pasal cara nak beli tiket flight murah-murah.
Jangan anggap orang kaya je tau boleh naik flight, orang tak brapa nak kaya macam aku ni pun boleh naik flight. Aku pun dah rasa semua airlines kat Malaysia ni. Aku pernah Naik MAS dengan hanya RM55 (sama dengan harga tiket bas ke Kota Bharu, My Hometown). Pernah naik AirAsia dengan harga RM10, pernah naik Firefly dan Malindo dengan harga RM50..
Kalau nak diikutkan, kalau naik bas dah brapa hengget tiket, pastu kalau brenti mana-mana memenag kompem laaa kau turun makan kan. Kalau naik flight sejam jee, takde stop dah. Boleh terus sampai negeri kau yang tercinta. Hahahaha

Aku biasa dalam sebulan sebelum cuti sem memang dah usha-usha tiket flight.
Korang boleh usha di http://www.skyscanner.com.my/ .
Laman web ni dia bandingkan harga tiket, so tak payah la nak check satu-satu. Percaya laaa kata aku, orang kata Airasia murah kan. Tapi kadang-kadang MAS jauh lebih murah dari Airasia.

Procedure : Cewah ...

1. Bukak Skyscanner.com.my dan akan keluar macam ni


Then pilih from mana, destinasi ke mana. Macam aku baru je beli dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu.
Click jugak yee add nearby airport. Sebab nanti airlines yang di KLIA dan Airport Subang skali include. Macam aku naik KLIA pun boleh, naik Subang pun boleh. Asal murah sajooo.

2. Pilih Tarikh


 Macam aku habis exam terus balik. So aku balik pada 25 June. Click je 25 June..


Then dia akan keluar laaa senarai harga dari murah sampai laaah ke paling mahal. Confirm la aku ambik yang murah kan. Huhuhu. Tapi masa tu masa buka puasa laa. Adeeeh !! Untuk 25 June aku ambik flight malam, pukul 8.25 PM.. Buka puasa KLIA2 laaah aku yeee.
So, bila dah tengok harga murah tu, terus laaa bukak laman web yang korang nak sama ada MAS ke, Airasia, Firefly ataupun Malindo.

If tak tetap lagi nak travel bila, korang boleh click ni.


Click depart tu, cari whole month.. Contohnya bulan June 2016, korang click laaa.


Nanti dia akan keluar macam ni. Haaaa nampak tak below RM50 tu pun ada. Tapi masa tu aku ada paper exam lagi. Huhu. SO tak boleh balik laaa masa tu.

Okay laaa, tu beberapa tips nak compare harga tiket flight. Ada banyak cara lagi nak comapre tiket flight. Boleh ke expedia, kayak.com, airpaz.com dan banyak lagi laa. Tapi aku suka pakai skyscanner laaa. Huhuhu

Okaay laaa, nanti next entry aku nak share pulak macam mana nak ke KLIA dan Airport Subang
See Yaaaaaa

Tuesday, 24 May 2016

Cara mengubati Ulser mulut

Assalamualaikum dan Hi semuaa..

Harini rasa takde mood sebab terkena mata ikan. Apa kena mengena mata ikan ngan Ulser lak kan ?
Kalau orang-orang tua biasa panggil mata ikan. Budak zaman milenium ni panggil ulser mulut.


Itu laa binatangnyee. Tompok putih atau merah kat dalam mulut. Sakit dia tak payah cakap memang sangat sakit gila babeng. Biasanya benda alah ni hilang dalam masa 4-5 hari jee. Tapi kalau dah nak hilang, kau tergigit dinding mulut kau, tanggung laaah buat 4-5 hari lagi. Dah la aku banyak esaimen ni, test pu banyak. Biasa laa minggu-minggu akhir kuliah ni macam-macam la lecturer nak..

Ada banyak laa jugak sebab kalau terkena ulser mulut ni. Antaranya ialah (Ayat BM sekolah menengah gittew)
1. Terkena benda tajam seperti garfu ke atau kau saja-saja gigit dinding mulut kau pun probably akan jadi ulser mulut sebab kulit yang menutupi dinding mulut kat dah gigit. LOLS
2. Kekurangan zinc, folic acid and vitamin B12. 
3. Jangkitan kulat/bakteria
4. Kurang minum ayaq masak. Maybe betul laa kot sebab aku kat kolej memang minum ayaq masak je banyak. Semalam cuti sabtu ahad aku balik rumah. Kat Subang jeeek :P.. Kat umah kau faham-faham laaa kejap teh tarik, kejap milo, kejap air gas. Hahaha. Kat kolej berjimat cermat dik, barulah hidup harmoni.

Kesan Ulser mulut
1. Selera makan tu ada. Tapi sedeyh sebab yang jenis tom yam kawww-kaww, kari ka apa kaaa, kalau kena mulut jadi pedih gilaaa T_T. Tadi pun aku makan nasi dengan sup ayam jee. Padahal craving gila nak makan tom yam.
2. Mulut kau akan rasa sakit tambah-tambah masa nak bercakap, menguap even masa makan, minum ayaq pun kadang-kadang terasa. Kalau kau letak lidah dekat "White spot" tu pun rasa sakit Y_Y.
3. Dehydration. Ye laaa, nak minum air masak pun ada jugak rasa sakit, so korang akan jadi kurang minum. Bahaya laaah musim-musim panas cenggini ni kalau kurang minum air. So penyelesaiannya ialah minum pakai straw. Hahaha. Aku minum pakai straw tak kena white spot tu.

Cara Mengatasi
1. Cara yang aku paling suka iaitu makan eskrim vanilla. Tak tau la ada apa dalam tu walaupun aku ni budak kimia.
2. Cara paling effective tapi sangat menyakitkan adalah dengan kau taruk garam dekat white spot tu. Pedih dia rasa macam nak tumbuk orang. Mak aku pernah suruh dulu, aku buat laaa. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. So sekarang kalau kena ulcer mulut jangan harap aku nak pakai garam.
3. Berkumur dengan air garam. Ok laaa dari letak garam sejambak (betul ke? Haha) kat mulut kau tu.
4. Kau makan sweet corn, letak garam lebih skit. Hahahaha... Ok laa dari berkumur dengan air garam atau taruk garam dalam mulut kan.
5. Boleh cuba guna soda Bicarbonate sebab dia banyak zinc dalam tu (Nampak laa kekimiaan aku tu. Hihi)

Cara Menghindari
1. Banyakkan minum air masak
2. Jangan gatal gigit dinding mulut pakai gigi dracula kau
3. Boleh ambik supplement atau vitamin yang ada folic acid, zinc dan vitamin B12.
4. Selalu bersihkan mulut (berkumur) lepas makan dan gosok gigi sebelum dan selepas tidur.

Tu jee laa apa yang aku pernah cuba, pernah lalui ulser mulut ni. Sakit dan perit, tapi dunia dah moden. Banyak laaah cara mengubati dengan cepat dan sedap macam makan eskrim Vanilla tu. Hihii