Click me ^_^

Showing posts with label Education. Show all posts
Showing posts with label Education. Show all posts

Thursday, 19 May 2016

Tips Menduduki Ujian MEdSI


Assalamualaikum dan Hi semuaa..

Nak cerita sikit pasal pengalaman aku mabik Ujian MEdSI dulu sebelum masuk Degree.
MEdSI tu merupakan singkatan kepada Malaysian Educators Selection Inventory iaitu satu ujian berkomputer yang mesti diambil oleh pelajar lepasan Matrik/Asasi/STPM/Diploma yang mohon UPU kos Pendidikan tak kira laa UiTM ke, UPSI ke, UTHM ke, UPM ke. Tak kisah la pendidikan apapun, kalau je nampak word pendidikan mesti akan dipanggil untuk ujian MEdSI dan melepasi syarat minimum permohonan Program Pendidikan Di Universiti.

Sebelum ke Ujian MEdSI, korang kena check dulu dapat atau tak di web UPSI.
Ujian MEdSI di urus oleh UPSI. Ujian MEdSI bukan untuk masuk UPSI tau, tapi untuk ke mana-mana U yang tawarkan Kos Pendidikan. Tak pergi MEdSI jangan harap akan dapat Interview U lain.
Tapi kalau gagal MEdSI pun tak dapat jugak. :D

Ujian MEdSI ni sangat simple. Bukan jawab soalan math/sains ke ape. Tapi hanyalah ujian personaliti yang nak tengok anda ni layak tak jadi guru. Click-click kat komputer je. Senang kan
Soalan tak susah. Apa yang aku ingat dia pernah tanya "Anda pernah Bercinta" ?
HAhahaha. Soalan lain aku lupa laaak.
Dan tips dia apa yang aku jawab haritu jangan terlalu jujur laaah. Hihi
Then ada soalan yang jawapan dia
- Sangat Setuju
- Setuju
- Memusakan
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju

Bagi aku soalan macam ni yang trick. Jangan sesekali jawab yang lain kecuali Sangat Setuju dan Sangat Tidak Setuju. Ini menunjukkan anda yakin dan konfiden dengan jawapan anda. Nak jadi cikgu tak boleh was-was dan teragak-agak tau. Kena konfiden.

Pasal pakaian, mestilah formal..
Lelaki pakai baju kemeja, Tali Leher dan Slack. Yang perempuan biasanya baju kurung atau boleh pakai baju korporat. Jangan ketat-ketat tau. Nanti nak bernafas pun susah. LOL

Bila dah dapat tawaran menduduki Ujian, jangan lupa print slip. Bawa juga IC dan pen skali okay. Mana tau kena ada tulis nama ke apa. Menjadikan proses lebih cepat.
Kalau dah lepas Ujian, dalam 2-4 minggu selepas tu boleh buat semakan untuk temuduga Program Pendidikan Di U yang dipohon. Andai kata anda dapat temuduga tersebut, bermakna MEdSI anda lulus la. Kalau tak dapat, bermakna anda tak lulus.

Okey, itu sahaja sedikit perkongsian tentang Ujian MEdSI bagi Program Pendidikan

Thursday, 5 May 2016

4 Jenis Universiti di Malaysia

Di Malaysia terdapat lebih kurang 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau nama barunya Universiti Awam (UA). Dalam 20 Universiti tersebut, terdapat 4 jenis kategori universiti.

1. Apex University
  • Universiti Sains Malaysia [USM]  

Penubuhan Universiti Apex (Accelerated Programme For Excellence) telah ditubuhkan selaras dengan hasrat murni Kementerian Pengajian Tinggi  untuk mewujudkan IPT yang setanding dengan universiti terbaik di dunia.

2. Research University
  • Universiti Malaya [UM]
  • Universiti Kebangsaan Malaysia [UKM]
  • Universiti Sains Malaysia [USM]
  • Universiti Putra Malaysia [UPM]
  • Universiti Teknologi Malaysia [UTM]






  






Ciri-ciri Universiti Penyelidikan:
Bidang pengajian berfokuskan penyelidikan, Kemasukan kompetitif, Pensyarah berkualiti, Nisbah siswazah dan pascasiswazah 50:50

3. Focus University
  • Universiti Utara Malaysia 
  • Universiti Pendidikan Sultan Idris 
  • Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 
  • Universiti Teknikal Malaysia Melaka 
  • Universiti Malaysia Perlis 
  • Universiti Malaysia Terengganu 
  • Universiti Malaysia Pahang 
  • Universiti Sains Islam Malaysia 
  • Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
  • Universiti Malaysia Kelantan 
  • Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Universiti berfokus ialah universiti awam yang memberikan lebih tumpuan kepada bidang - bidang tertentu seperti teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahanan. Antara ciri-ciri universiti berfokus ialah : 
Bidang pengajian berfokus, Kemasukan kompetitif, Pensyarah berkualiti, Nisbah siswazah dan pasca siswazah 70 : 30

4. Comprehensive University
  • Universiti Teknologi MARA
  • Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 
  • Universiti Malaysia Sabah 
  • Universiti Malaysia Sarawak
Antara ciri-ciri Universiti Komprehensif ialah :
Pelbagai Bidang pengajian, Kemasukan kompetitif, Pensyarah berkualiti, Nisbah siswazah dan pasca siswazah 70 : 30