Click me ^_^
Showing posts with label Asasi. Show all posts
Showing posts with label Asasi. Show all posts
Thursday, 19 May 2016
Tips Menduduki Ujian MEdSI
Assalamualaikum dan Hi semuaa..
Nak cerita sikit pasal pengalaman aku mabik Ujian MEdSI dulu sebelum masuk Degree.
MEdSI tu merupakan singkatan kepada Malaysian Educators Selection Inventory iaitu satu ujian berkomputer yang mesti diambil oleh pelajar lepasan Matrik/Asasi/STPM/Diploma yang mohon UPU kos Pendidikan tak kira laa UiTM ke, UPSI ke, UTHM ke, UPM ke. Tak kisah la pendidikan apapun, kalau je nampak word pendidikan mesti akan dipanggil untuk ujian MEdSI dan melepasi syarat minimum permohonan Program Pendidikan Di Universiti.
Sebelum ke Ujian MEdSI, korang kena check dulu dapat atau tak di web UPSI.
Ujian MEdSI di urus oleh UPSI. Ujian MEdSI bukan untuk masuk UPSI tau, tapi untuk ke mana-mana U yang tawarkan Kos Pendidikan. Tak pergi MEdSI jangan harap akan dapat Interview U lain.
Tapi kalau gagal MEdSI pun tak dapat jugak. :D
Ujian MEdSI ni sangat simple. Bukan jawab soalan math/sains ke ape. Tapi hanyalah ujian personaliti yang nak tengok anda ni layak tak jadi guru. Click-click kat komputer je. Senang kan
Soalan tak susah. Apa yang aku ingat dia pernah tanya "Anda pernah Bercinta" ?
HAhahaha. Soalan lain aku lupa laaak.
Dan tips dia apa yang aku jawab haritu jangan terlalu jujur laaah. Hihi
Then ada soalan yang jawapan dia
- Sangat Setuju
- Setuju
- Memusakan
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Bagi aku soalan macam ni yang trick. Jangan sesekali jawab yang lain kecuali Sangat Setuju dan Sangat Tidak Setuju. Ini menunjukkan anda yakin dan konfiden dengan jawapan anda. Nak jadi cikgu tak boleh was-was dan teragak-agak tau. Kena konfiden.
Pasal pakaian, mestilah formal..
Lelaki pakai baju kemeja, Tali Leher dan Slack. Yang perempuan biasanya baju kurung atau boleh pakai baju korporat. Jangan ketat-ketat tau. Nanti nak bernafas pun susah. LOL
Bila dah dapat tawaran menduduki Ujian, jangan lupa print slip. Bawa juga IC dan pen skali okay. Mana tau kena ada tulis nama ke apa. Menjadikan proses lebih cepat.
Kalau dah lepas Ujian, dalam 2-4 minggu selepas tu boleh buat semakan untuk temuduga Program Pendidikan Di U yang dipohon. Andai kata anda dapat temuduga tersebut, bermakna MEdSI anda lulus la. Kalau tak dapat, bermakna anda tak lulus.
Okey, itu sahaja sedikit perkongsian tentang Ujian MEdSI bagi Program Pendidikan
Apa itu "Kos Lelong"
Assalamualaikum dan Hi Readerssss..
Tau tak apa tu kos lelong ? Emmmm, nampak macam ramai yang salah tafsir tentang kos lelong.
Asal masuk matrik je dapat kos lelong nanti degree. Asal masuk asasi jee dapat kos lelong masa degree. Asal masuk STPM je dapat kos lelong nanti.
Oh pastu diploma tak boleh masuk kos lelong eh kalau mohon degree ?
Huhu. Itu lah pasal orang ramai salah tafsir apa itu kos lelong.
Kos Lelong tu apa ?
Tau tak apa tu kos lelong ? Emmmm, nampak macam ramai yang salah tafsir tentang kos lelong.
Asal masuk matrik je dapat kos lelong nanti degree. Asal masuk asasi jee dapat kos lelong masa degree. Asal masuk STPM je dapat kos lelong nanti.
Oh pastu diploma tak boleh masuk kos lelong eh kalau mohon degree ?
Huhu. Itu lah pasal orang ramai salah tafsir apa itu kos lelong.
Kos Lelong tu apa ?
Ni ke lelong ? lelong.com.my yang orang shopping ke ?
Ke lelong tu jualan murah ?
Haaaa lelong ni macam ni cerita dia. Kau mohon UPU, tapi kau dapat kos yang takde dalam pilihan UPU kau. Tu laa lelong. Lelong ni boleh dikategorikan kepada beberapa kisah laaa. Nak cakap tak reti, so aku bagi example je okaaay.
Case 1
Kau seorang pelajar Matrikulasi Jurusan Akaun/sains dengan CGPA 3.00. Tapi bila mohon UPU kau mohon perubatan dan sains tulen dari pilihan 1 sampai la 12.
Agak-agak dapat tawaran tak ? Pada aku memang akan dapat tawaran, tapi bukan dari 12 pilihan yang kau buat. So bermakna kau telah dilelong sebab kau tak mencukupi kriteria yang Kos Medic tu nak. Itu laaah lelong. Dapat tawaran yang kau tak pilih dalam UPU.
Case 2
Kau seorang pelajar STPM Sains. Tapi dalam UPU kau mohon Sarjana Muda Sastera macam Sejarah, Geografi dan lain-lain lagi. Pastu kau mohon lagi Bahasa Melayu. Deeeeey, memang tak dapat la sebab kau mohon luar dari bidang kau. So kau akan dilelong dan akan dapat kos lain.
Case 3
Kau STPM sastera, pointer 2.90. Then kau mohon Sarjana Muda Sastera, pengajian melayu di UM, UKM yang nak at least 3.0, apa-apa. Kompem la tak dapat yang kau pilih tu kan.Kau dapat la kos setara dengan result dan subjek yang kau ambik.
Case 4
Kau student Matrik/Asasi/STPM apa-apa jurusan, then kau mintak semua Law dalam UPU kau. Pointer kau cantik 4.00, tapi muet band 2.. Sampai mati pun takkan dapat sebab kau mencukupi syarat (Muet untuk Law at Least Band 4). So korang akan dilelong ke program yang setara dengan keputusan dan subjek yang diambil.
Case 5
Kau budak Diploma Sains UiTM contohnya, pastu CGPA akhir kau 2.5. Pastu Degree kau demand mohon kos yang nak keputusan minimum 3.0. Kau jugak akan dilelong sebab kau tak cukup syarat. Kalau penerapan pun sama. Kau dapat 2.5, mohon kos yang nak keputusan at least 2.75, kau akan dilelong jugak oleh U kau sendiri sebab kau tak cukup syarat minimum untuk ke program Degree yang kau mohon.
Deeeeeeeeeeyyy !! Sapa Kata Diploma Tak Kena Lelong
Nak cerita kes Lelong ni banyak. Asal kau mohon UPU kena dengan result dan subjek yang kau ambik, InsyaAllah kau takkan dilelong masa degree.
Tak semua akan dilelong melainkan kau pointer cukup makan, pastu kau mohon kos yang highly competitive (yang ramai orang mohon dan orang yang mohon tu pointer dia lebih tinggi dari kau, yes kau akan dilelong kalau dalam UPU kau tu kau pilih kos yang semua highly competitive).
Moral of The Story : Kau masuk mana-mana pun kau study la elok-elok.. Jangan kata masuk sini kena lelong, masuk sana tak kena lelong. Kau tak payah laa nak percaya kata orang masuk matrik/asasi/STPM kena lelong. Kau masuk diploma, kalau result kau macam rendah kau kena lelong jugak. So bila nak mohon UPU nanti, rajinkan diri bukak e-panduan UPU okaay. Kalau tak lepas walau 1 requirement, memang tak dapat la.
Wednesday, 27 April 2016
Tips Temuduga ke Universiti
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semuaaa ..
Sekarang ni musim habis Matrik/Asasi kan.. Hepi lah laku kaaan. Jangan hepi sangat dik. Masa depan panjang lagi (InsyaAllah kalau panjang umur) :D
Ni nak kongsi sikit laaa pasal Tips Temuduga nak masuk Universiti, especially kat yang nak ke Degree iaitu STPM/Matrik?Asasi.. Saya Lepasan matrik 2013/2014 dan sekarang Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan Kat Universiti MALAYA. Nama megah, tapi aku sendu. Hahahhaa
Lepas skor leklok kat matrik dulu, baru habis paper semalam, harini dah dapat mesej dari USM suruh pi temuduga. Cepat sangat aih depa panggil Temuduga. Hihihi. Ingat nak berseronok, tak boleh jugak sebab ada yang memanggil ni. Masa tu dapat temuduga untuk Program Degree Patologi Pertuturan. Sebenarnya just tengok dalam blog jaa, baca pasal kos ni nampak macam best kan.. Tu yang pilih, tapi tak dapat pun. Hahaha, sedeeeyhh.. Pastu Dapat Temuduga Degree Sains Dengan Pendidikan di UM dan jugak Degree Pendidikan Sains (Kimia) di UiTM Seksyen 17 (Intec UiTM). Semua temuduga ni lebih kurang sama jee. Kebanyakan tanya benda sama, cuma berbeza sikit jaaa.
Nampak gambaq besaq gedebak kat situ ? Haaaaa, tu laaa 5 tips paling penting kalau nak pass Interview.
1. DRESS
- Bukan dress baju kebaya ke apa. Haha. Tapi pakaian kita laaa. Lelaki wajib pakai baju kemeja warna cerah melambangkan hati yang cerah, gittewww.. LOL.. Dan seluar mesti slack. Jangan gatai pakai jeans pulaak. Bahaya tu. Untuk perempuan Baju kurung laaa seeloknya ataupun boleh pakai baju alaa-ala korporat tu yang hang pa slalu tengok dalam tv3 pukul 7 :P ..
- Pakaian mestilah bergosok, kemas dan jangan serabai walaupun sikit. Yang laki rambut sikat kasi elok sikit. Baru la nampak ada keyakinan diri. 1 point to you kalau boleh penuhi etika pertama ni.
2. PUNCTUAL
- Punctual dalam bahasa mudah dan Tepati masa dalam bahasa melayunya.. Jangan lewat or terhegeh- hegeh walaupun sesaat. Panel pun banyak keja lagi nak buat tau. Kalau datang awal tu, boleh laa scroll internet baca apa yang patut macam nama Agong ka, nama menteri apa-apa kee.. Penting tu. Macam aku dulu panel pernah tanya pasal Menteri Besar Kelantan sebab aku orang Kelantan. Aku tak dapat jawab sebab masa tu kan baru je berlaku pertukaran. Hahahha. Ok laa belajar dari kesilapan. Jangan nak tiru aku pulak yee
3. BODY LANGUAGE
- Body language sangat laaaah penting. Bermula dari korang jalan masuk dan duduk ke kerusi lagi markah diambil. Cara jalan pun penting tau. Nak jadi mahasiswa/i tak boleh nampak malas-malas gitu. Kena proaktif sikit. Masuk bagi salam, senyum, bagi fail sijil-sijil/resume, minta untuk duduk (Jangan main balun je kerusi tu), Tangan berada di paha ya, jangan nak garu sana sini ke atau letak atas meja. Tak proper orang cakap. Cakap dengan jelas, bukan kuat. Bahasa yang mudah difahami. Tu laa yang paling penting. Jangan biar panel tu "Haaaa" sebab tak dengar. No no nooo !!
4. EXPECT THE UNEXPECTED
- Ni pun penting jugak. Aku dah expect, tapi takde la sangat sebab aku mintak Pendidikan (Cikgu) kan. Paling tak pun suruh mengajar kan. Rupanya tak weh.. Dia tengok aku ada sijil Kawad, suruh aku kawad. Aku ada sijil nasyid suruh nasyid, aku ada sijil tilawah suruh ngaji kat situ.. Aku pun buat jeee. Yang paling penting konfiden jee walaupun malu. Muahahahaha. Buang sikit
5. ASK QUESTION
- Ni pun penting jugak. Ahhhh semua penting laaa :D ..
Kalau tak faham apa-apa atau nak tahu lebih lanjut boleh je tanya panel tu. Ini akan menunjukkan bahawa kita bersungguh-sungguh nak dapat tempat dalam kos tu kan., So maybe markah pun lebih laa sikit. Sebab yang Panel ni pun semua lecturer kan. Lecturer sangat suka kalau orang banyak bertanya. Macam aku dulu aku tanya macam mana dengan kehidupan student kat UM, macam mana dengan fakulti. Sedikit sebanyak dapat la input. And panel tu mesti macam "Budak ni bersungguh-sungguh ni nak", Tak gittew kaaaan...
Bila masuk tu, soalan pertama paling killer yang panel akan tanya sebenarnya..
Soalan tu berbunyi "Introduce yourself / Perkenalkan diri anda"
Seram kaaan bunyinya tuu. Hahahahaaa..
Masa ni cakap je pasal diri, education background dari Tadika sampai Matrik, cerita pasal mak ayah datuk nenek semua laaah sebab lagi banyak bercakap lagi laaa confidence level tinggi. Tapi jangan lah banyak sangat cakap. Panel muak pulak nanti. Sedang-sedang saja.
Apa saja yang panel tanya, jawab soalan tu sahaja dengan jelas, terang dan nyata. Elakkan soalan berbalas soalan. Nampak kita tak peka, tak bersedia pulak.. Kalau boleh study laa sikit pasal kos yang kita dapat temuduga tu. Kurang-kurangnya ada laaa sikit keyakinan tu. Huhu
Ni ada contoh soalan yang mungkin ditanya masa temuduga nanti yeee
YANG PALING POPULAR
- Mengapa anda memilih program pra-universiti /ijazah yang anda pohon dan apa yang anda seronok mengenainya?
- Kenapa anda mahu mengambil kursus ini di universiti?
- Mengapa anda memohon ke universiti ini?
- Apa yang boleh membawa ke universiti ini?
- Apa kemahiran yang telah anda diperolehi daripada kerja sambilan anda jika ada?
- Jika kami bertanya kepada rakan-rakan atau rakan-rakan anda apakah perkara yang baik dan buruk anda, apa yang anda fikir mereka akan katakan?
Lain-lain soalan
- Ceritakan mengenai diri anda / Bagaimana anda menggambarkan diri anda?
- Apa yang terbaik tentang anda?
- Apakah kepentingan utama anda?
- Apa yang anda fikir universiti boleh tawarkan anda?
- Apakah kursus-kursus yang anda telah hadiri sama ada di sekolah atau di luar, dan apa yang anda dapat daripadanya?
- Mengapa kita perlu menawarkan anda tempat untuk anda?
- Bagaimana anda akan menentukan bidang yang anda pilih?
- Mengapa bidang anda penting?
- Apakah perkembangan semasa yang paling penting dalam bidang anda?
- Apa pengalaman kerja yang telah anda lakukan dan apa yang anda belajar daripada pengalaman itu?
- Apakah rancangan kerjaya anda, jika ada?
- Apa ciri-ciri yang anda punyai untuk mengikuti kerjaya pilihan anda?
- Apa yang anda minat membaca?
- Apakah buku terakhir anda membaca dan bagaimana anda memilihnya?
- Apakah akhbar kegemaran anda atau berkala?
- Adakah anda mengikuti kolumnis tertentu dalam akhbar atau majalah berkala?
- Pernahkah anda berada di luar negara?
- Sila gambarkan pengalaman yang paling menarik di luar negara.
- Apakah pandangan anda tentang pembiayaan universiti?
- Bagaimana anda berfikir universiti perlu mencapai campuran sosial yang baik dalam pengambilan mereka?
- Apa kedudukan tanggungjawab anda telah diadakan dan apa yang anda belajar dari mereka?
- Apakah yang telah anda paling dinikmati di sekolah?
- Apa yang anda tidak suka mengenai sekolah?
- Adakah anda pandai bekerja pada anda sendiri?
- Apakah peluang yang anda ada untuk menjalankan tugas-tugas kepimpinan?
- Sila gambarkan situasi di mana anda telah diletakkan di bawah tekanan?
- Apakah kekuatan anda?
- Apakah kelemahan anda?
- Beritahu saya satu pencapaian yang anda banggakan.
Jawapannya buat muka seposen, muka biasa, senyum walaupun gugup. Bro tahu korang gugup nak bercakap. Tapi relax der. Buat macam cakap dengan kawan-kawan jee. Jadikan perbualan singkat temuduga yang dalam lingkungan less than 20 minit sebagai percakapan santai. Tidak terlalu formal dan tak terlalu mengarut laaa.. ^_^
Terima Kasihh
Subscribe to:
Posts (Atom)





