Click me ^_^
Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Showing posts with label pendidikan. Show all posts
Thursday, 19 May 2016
Tips Menduduki Ujian MEdSI
Assalamualaikum dan Hi semuaa..
Nak cerita sikit pasal pengalaman aku mabik Ujian MEdSI dulu sebelum masuk Degree.
MEdSI tu merupakan singkatan kepada Malaysian Educators Selection Inventory iaitu satu ujian berkomputer yang mesti diambil oleh pelajar lepasan Matrik/Asasi/STPM/Diploma yang mohon UPU kos Pendidikan tak kira laa UiTM ke, UPSI ke, UTHM ke, UPM ke. Tak kisah la pendidikan apapun, kalau je nampak word pendidikan mesti akan dipanggil untuk ujian MEdSI dan melepasi syarat minimum permohonan Program Pendidikan Di Universiti.
Sebelum ke Ujian MEdSI, korang kena check dulu dapat atau tak di web UPSI.
Ujian MEdSI di urus oleh UPSI. Ujian MEdSI bukan untuk masuk UPSI tau, tapi untuk ke mana-mana U yang tawarkan Kos Pendidikan. Tak pergi MEdSI jangan harap akan dapat Interview U lain.
Tapi kalau gagal MEdSI pun tak dapat jugak. :D
Ujian MEdSI ni sangat simple. Bukan jawab soalan math/sains ke ape. Tapi hanyalah ujian personaliti yang nak tengok anda ni layak tak jadi guru. Click-click kat komputer je. Senang kan
Soalan tak susah. Apa yang aku ingat dia pernah tanya "Anda pernah Bercinta" ?
HAhahaha. Soalan lain aku lupa laaak.
Dan tips dia apa yang aku jawab haritu jangan terlalu jujur laaah. Hihi
Then ada soalan yang jawapan dia
- Sangat Setuju
- Setuju
- Memusakan
- Tidak Setuju
- Sangat Tidak Setuju
Bagi aku soalan macam ni yang trick. Jangan sesekali jawab yang lain kecuali Sangat Setuju dan Sangat Tidak Setuju. Ini menunjukkan anda yakin dan konfiden dengan jawapan anda. Nak jadi cikgu tak boleh was-was dan teragak-agak tau. Kena konfiden.
Pasal pakaian, mestilah formal..
Lelaki pakai baju kemeja, Tali Leher dan Slack. Yang perempuan biasanya baju kurung atau boleh pakai baju korporat. Jangan ketat-ketat tau. Nanti nak bernafas pun susah. LOL
Bila dah dapat tawaran menduduki Ujian, jangan lupa print slip. Bawa juga IC dan pen skali okay. Mana tau kena ada tulis nama ke apa. Menjadikan proses lebih cepat.
Kalau dah lepas Ujian, dalam 2-4 minggu selepas tu boleh buat semakan untuk temuduga Program Pendidikan Di U yang dipohon. Andai kata anda dapat temuduga tersebut, bermakna MEdSI anda lulus la. Kalau tak dapat, bermakna anda tak lulus.
Okey, itu sahaja sedikit perkongsian tentang Ujian MEdSI bagi Program Pendidikan
Subscribe to:
Posts (Atom)
