Click me ^_^

Monday 29 August 2016

Thank You AirAsia :)

Assalamualaikum and Hi Uollss..

Haritu 16/8/2016 lagi dah balik Kelantan. Tapi tak hapdate blog sebab sebok pi makan tido je keja kami. Hahahaha

Amik AirAsia balik Kelantan sebab tiket RM18. Hiksss.
Rugi laa kalau lepaskan peluang ni. Di sebabkan flight pukul 8.30 malam dan 2 kali aku naik dan 2 kali jugak delay, so aku change tradisi amik flight pukul 7.30 malam pulak. Beza 1 jam je pon :p.
Usually, flight ni tak delay. Yang pukul 8.30 tu selalu bermasalah. Agak rush la kan dengan nak solat maghrib lagi..

Tiket ni pun beli dalam seminggu sebelum depart jee. Okay laa tu. Sengaja beli masa tu sebab mak aku kata selagi tak beli tiket RM18, tak payah balik Klantan. Hahaha.
Aku dengan pasrah dok je la kat KL umah abang aku tu.

Aku bertolak dari umah kat Subang pukul 3 petang macam tu laaa.. Memang awal sangat sebab aku naik bas rapid dan LRT ke KL Sentral. Memang kena awal sikit la kan.
Agak bermasalah bila pukul 2 petang baru nak packing. KahKahh ~~ Gila jugak la jadinya kejap. Tapi takpa, packing sikit je, sebab banyak barang yang aku tinggal kat situ je. Ye laa lagi 2 minggu datang KL semula untuk semester baru. After dah siap semua tu dalam pukul 2.45 petang dah. Dah rasa lambat gila dah sebenarnya ye la sebab dari rumah ke KL sentral dah sejam. Dari KL Sentral ke KLIA2 pun lebih kurang sejam ++ .. Risau jalan jammed satu sebab masa orang balik keja.

Nak dijadikan cerita masa atas bas aku cuba bukak luggage. Sekali nombor code tak kena der. Adoooi. Rasa dah betul nombor tu. Aku dah cuba dari 000-999 kot gila tak dapat langsung. Then turun dari bas kat LRT Ara Damansara and ke KL Sentral naik LRT sebab kalau naik bas ambik masa lama. Dalam LRT pun skali lagi cuba and yes got it. Ambik masa dalam 5 minit. HAHAHA.
Lega wehh.. Pastu sampai KL Sentral cari KFC dulu sebab lapaq gila ni.. Dah beli tu aku turun kat shuttle bus yang ke KLIA tu. Kalau beli tiket bas kat situ harga dia RM11. Tapi kalau korang beli melalui AirAsia masa booking flight tu, dapat la RM8.90. Jimat okeeey.. Korang boleh print itinerary atau bagi je dalam bentuk PDF kat fon. Aku bagi fon je sebab malas nak print :D ..

Journey to KLIA2 masa tu amik masa dalam sejam 15 minit. Baru brangan nak gigit KFC dalam bas, tapi awal-awal lai pak cik tu cakap makanan letak depan -_-. Kami redoo !!
Dah sampai KLIA2, of course on Pokemon Go dulu. Hahahaha. Takde laa over sangat. Saja bukak dan berjalan je laa sampai terminal. Lepas tu aku makan KFC dulu. Tengok-tengok dah nak 6.30 pm. Ceeeiit, tak sempat nak berpokemon. Cepat sangat waktu berlalu.


Lepas check security, tengok jam dah lewat. Flight depart 7.30 pm. Tapi gate belum open. Kali ni dapat gate tengah sikit K12. LOL !! Risau ekceli sebab takkan semua nak delay. Hihi

Sampai gate and the flight was there.. Ahhh lega babes sebab maybe tak lama lagi naik la tu.
Then gate baru bukak dalam pukul 6.45 pm gittew ~~. Aku sampai tu orang baru bratur nak masuk ke lounge.. 

Okeeey after that selpi dulu. KahKaaahh

Duduk tak sampai 10 minit pun terus panggil boarding. Dalam hati rasa macam yeeeay tak delay sebab aku penat kot.. Then bila jalan tu sorang FA tanya aku, Johor Bharu ? Aku macam teragak-agak, gilaa kejap jadinye. Aku cakap no, then he replied, Kota Bharu ? Aku angguk jee and terus jalan masuk cabin. 

Okey Cabin crew arm all doors and we are now ready for departure..
Lepas dah kate camtu, memang dah bersedia untuk berlepas laaa.. Kali ni rasa macam kejap gila tunggu. Sebab sampai pun dah lewat kot. Biasanya aku sampai awal lagi.
Then mendarat pada jam 8.25 pm. Awal dari jangkaan :P .. 
Hihihi.. Experience kali ni rasa best skit dari sebelum ni. Tak tau la kenapa. Sebab mood aku okey tu, sebab tu aku rasa gembira je kan.

Huhuhu. Okey ni je laaa dari aku yee.. TQ :)








Tuesday 23 August 2016

Malindo Air Delay T_T

Assalamualaikum semua..
Selamat Sejahtera..

Gila lama tak hapdate blog. Biasa laaa busy skit kalau cuti sem ni.
Busy makan tido jee sampai lupa nak update blog. Hahahaha

Hari tu ada urusan ciked kat KL.. Benda sangat urgent. Lecturer bagitau hari jumaat, event tu hari slasa.. Mati laa nak cari tiket flight ni (sebab aku malas naik bas. Hohoho)..
Dalam pala aku dok fikir mesti beratuih ni harga.

Check MAS ngan Airasia dah sampai harga seratuih.. Puuuiii. Hahahaha
Check Firefly pun ratuih. Tengok2 Malindo ada laa murah skit tapi aku malas turun Subang. Leceh nak balik umah. Then baru tringat yang Malindo Open Balik route Kota Bharu - Kuala Lumpur (KLIA) dan tiket yang boleh kata last minit la tu kot sebab under 24 hour before departure ada murah gilaa wei. RM69.. Kira ok la tu kan. Hahahaha. Haa beli la aku yang tu. Website Malindo Little bit crazy sikit, so aku beli kat http://www.airpaz.com/en/ .. Banyak kelebihan tau beli kat airpaz. Hewheww. Nanti aku crita kat entry lain yeeer..

Flight pukul 7.20 malam.. So aku gerak ke airport dalam pukul 5.30 pm.. Biasa perjalanan ke airport dalam 30 minit gitu laaa. Nak dijadikan cerita masa tu jalan jem gilaaa wei. Tak tau la ada apa kat Kota Bharu masa tu. Aku risau takut lewat je sebab nak drop luggage, takut tak sempat pulak.. Sampai jalan nak ke airport, dah nampak flight Boeing 738 Malindo kat situ. Jam dah pukul 6.20 masa tu. Aku pasrah je laa kalau tak boleh drop luggage situ T_T. Sampai dalam airport depan akak kaunter tu pun dah 6.40 pm masa. Aku tanya hakak tu boleh drop lagi tak ? Dia cakap boleh jee. Thumb up !!!

Lega dah 1 hal.. Pastu tengok board, Flight aku takde tanda-tanda "calling" lagi. Rupanya yang dari KL belum sampai. HAHAHA je laaa aku kat situ. Yang ada kat situ tu rupanya yang flight sepatutnya depart pukul 8.20 am, 8.20 pagi okeeeyy. Masa tu dah 6.45 petang.. Kau gile kee nak berkampung kat situ. Nasib baik bukan flight aku..

Aku fikir kau flight yang aku bakal naik. Tapi bukan yeee :D


Pastu dalam kelaparan ni, pi singgah KFC jap beli Rice Wrap (Tak pernah makan lagi. Haha).. Boleh laa tahan kan. Harga pun RM6 je. Besaq dan puas hati. Beli dan taruk dalam beg jaa. Takut dan risau gak.. Terus aku masuk ke waiting lounge kat departure.. Aku dah macam haa sudah. Pukul 7 takde ura-ura nak boarding lagi ni. Aku masih mengharapkan flight yang dok situ tu flight yang aku naik. Then diorang buat announcement delay flight yang aku ambik. Depart pukul 8.15 katenye.
Oke laah aku tunggu lagi. Aku suka dok airport sebab aku memang suka tengok kapal terbang. Nak jadi crew aku ni tinggi sangat pulak. Hahahahaha

Bila dah bosan memang aku selpi lah kan. Hahahaha. Lambat sangat aih depa nak sampai. Aku ada la check kat KLIA departure kat google, flight yang dari KL tu bertolak dalam pukul 6.30 pm and maybe landing sini dalam pukul 7.40 pm.

And sangkaan aku tepat dan sangat tepat lagi padat. Tepat kot !!

Tada dia dah sampai.. Tak lama sangat pun tunggu nak boarding. Kejap gila and this is first time boarding kot gate 3. Kah Kaaahh.
Biasa Malindo ngan MAS gate 1. Airasia Gate 2. Gate 3 jarang depa pakai..

Tapi aku tak kisah pun lewat, asal selamat sampai sudah. Yang aku suka pasal Malindo air ni kan sebab :

1. Luggage 30KG percuma.. WOW
2. Beroperasi di KLIA only 10 gate each side. KLIA ok la kot tak jauh sangat nak compared to KLIA2 yang ada 18 gate. Hahaha
3. Ada la makan minum ciked. Bagi hilang dahaga ciked
4. Harga tiket berbaloi walaupun last minit
5. Seat sangat selesa dan luas gila. Boleh landing lagi tengah tu. Ok gurau :P
6. Ada IFE (In flight Entertainment).. Yang ni the most aku suka sebenarnya. Hahaha.
Tapi ingat, bawak earphone sendiri okaaay.


Yang aku tak suka pasal Malindo Air :

1. Admin Fee mahal sangat. Fare je dah murah RM18. Tapi tax dia OMG ! Mahal
2. Depa hidang ayaq je skarang. Dulu ade je biskut kering ke. Hahaha

Then sampai KLIA dalam 9.20 pm. Sampai situ, sementara nak jalan ke baggage claim, on Pokemon Go dulu. Hahaha. Haritu first day launch kay Malaysia ni kan. Not bad la kat KLIA. Hahaha

Tu jeeeh untuk entry kali ni. Tak kisah laa naik apa pun. Asal sampai dengan selamat jee kan.
Flight return best gak. Masa tu naik AirAsia. Nanti cerita next time okeeey