Click me ^_^

Monday 29 September 2014

Kehidupan Di Universiti Malaya

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semuaaa ...



Hari ni aku nak kongsi sikit kat yang baru-baru nak masuk Universiti ke, especially to Pelajar UM. Ok aku nak cakap yang kehidupan di University more complex than di Matrikulasi/Asasi/Sekolah. Ye laa, kena aktif aktiviti itu dan ini. Kalau tak memang tak boleh duk kolej kediaman la bila dah menjangkau ke tahun 2. Aku pun bukan lah senior, aku pelajar Tahun 1, Baru je masuk ke UM >_< .. Aku merupakan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan. Major dalam Kimia dan Minor Biology. Macam ni laa senang cakap, aku blajar Kimia lebih dari Biologi. Haaaa, fahaam ? Kalau tak buat-buat faham laa ye. Haha

Orang cakap kehidupan kat Uni ni relax dan tenang. Maybe betul laa kan. Tapi tak bagi aku. Ye di akui memang kelas pagi, then sambung kelas petang. Banyak masa gap, tapi apa yang aku buat ? Haha. Blogging, FB, Henfon. Buku ntah kemana.. Bila masuk Uni ni semua benda kena urus sendiri. Tu yang penat. Tambah-tambah yang join aktiviti kolej/Universiti laagi la. Yang jadi crew laaaagi penat sebab banyak benda kena settle sebelum event, so mana masa korang nak study/assignment/lab report. memang tak sempat beb. So masuk U ni boleh dikatakan 70% enjoy, 30% study. Hahahahaaaa ! Memang dah macam tu kan. Biasa laaah. Tambah-tambah UM. Festival/pesta tak henti-henti. Nasib baik aku beriman (Prasaan) . Mana taknye, waktu maghrib duk ade Konsert, karoake, laagi. Macam-macam la sekarang ni.

So bila masuk U pertama setting niat dulu, masuk sini sebab nak belajar. Jangan gatal nak mengorat jantan tu, perempuan ni lagi ok. Blaaja dulu. Lepas dapat dekan 2 3 kali go on la.

Bila masuk UM kau mesti aktif. Setiap pelajar akan ditempatkan laaah di Kolej Kediaman mana-mana. UM ada 11 Kolej Kediaman Untuk Degree + Postgrad (Master, PhD) dan 1 kolej Kediaman Untuk Pelajar Asasi UM.

My Kolej. Kolej Kediaman Keempat. Rumah kedua after rumah kat kg :D



Macam mana nk aktive ? Setiap kolej Kediaman ada projek dan program tersendiri. Kau mesti join banyak-banyak. At least 2 laa. Jadi AJK Pelaksana untuk program yang kau join laa.
Kat U ni semua kita urus sendiri. Felo maybe akan tolong sikit-sikit jaaa. Semua terletak dibahu kita sama ada program tu berjaya atau tak.
Memang kau tak akan cukup masa untuk study sebab terlalu sibuk meeting sana sini tiap malam. Demi dapatkan merit dan stay kolej untuk tahun seterusnya. Hahaha

Sebenarnya aku kesuntukan masa nak study, buat lab report ni. Tapi pandai-pandai la cilok masa nak buat segala benda tu. Ok laa, nak sambung buat kerjaaaaa ... Nanti next aku nak cerita tentang Kos aku, Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan yeee ..
Daaaaaa

Sunday 21 September 2014

Minggu Keluarga Bestari 2014 Kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya



Assalamualaikum dan Haaaaai Everyone..


Malam tadi merupakan majlis penutup Minggu Keluarga Bestari di Kolej Kediaman keempat. Aktiviti nii diadakan setiap tahun bagi mengeratkan laagi kasih sayang dan silaturrahim antara senior dan junior. Aku junior jee, Freshies yang baru je masuk 3 minggu lepass. Haha ! So far program ni ok sangat-sangat dan nampak laa kesepaduan antara family yang terlibat. Korang akan dibahagikan kepada 4 kumpulan. Pertama Fire Nation (Group akuuu), Water Tribe, Earth Kingdom dan Air Nomad (Dahh macam Avatar kaaan) .

 

 

Macam biasa laaa, UM kan gila dengan Cheers dan tarian.. Haha. Setiap family ada laa Cheers tersendiri. Dan Lagu Tema kali ini adalah "Kau dan Aku" nyanyian Aizat. Selama 4 hari 4 malam kitaorang berlatih dan Group #FireNation adalah juara bagi Tarian Lagu Tema dan Cheers. Yeeeeayyy !!

Aktiviti yang diadakan

Hari Pertama
Malam Kebangkitan Empayar 

Hari Kedua
Gladiator: Golden Age Of 4th Kingdom
- Debat Kakyah
- Alih Suara
- Curi Gambar
- Snake and Ladder
Hari Ketiga
Night Of Imperium: The Battle of 4 Kingdoms
- Parodi Meletop
- Nyanyian solo atau duet
- X Factor (Bebas - Tarian, Dikir Barat, dll)
Hari Keempat
Battle Of The Warriors
- Bola Tampar
- Futsal dan Ping Pong
- Sukaneka dan Larian Pahlawan Bestari 

Tapi aku tak join ape-ape aktiviti pun sebab aku banyak kerja kat fakulti, masa latihan aku ade kelas. Sedihh kot tak dapat join. Tapi tak pe laa kan, datang bagi support pon dikira join kann. Haha . Pandai-pandai je declare as join. Yee laa. Setiap kehadiran dikira sebagai mata. Kira yee je la kan. Haha.. 

Ni Family aku punye peserta X-Factor, Aci-Aci Buka Pintu. Satu Dewan Ketawa tak berhenti dari awal sampai habis. Memang laaawak nak mampuih . Huuhuuhuu 
Ada gaya Labu dan Labi takk ? Haha

Yang ni Curi Gambar. Juri akan cakap suruh buat bentuk apa. Agak-agak bentuk apa ni ek ? Haha, Yang tak dapat agak keluar dari Malaysia. Huhuhu


Ini Family kaami. #FireNation


Family #FireNation bersama Barisan Pengurusan Kolej Kediaman Keempat

Sekian sahajaa Hupdate dari saya. Walaupun nampak macam formal sangat. Haha ! Btw, aku harap next year aku dapat stay lagi dalam Kolej Kediaman Keempat A.K.A Kolej Kediaman Bestari ni. 


Saturday 20 September 2014

Kolej MARA Kulim :(

Assalamualaikum n Holla ...

Dah berkurun lamanya aku tak hupdate blog aku .. Huuuuh ! Sekarang ni aku dah pun menjadi mahasiswa Universiti Malaya #UMisOne gituuu . Haha. Setelah berhempas pulas belajar pagi petang siang malam di matrik dulu, nampaknya membuahkan hasil yang sangat bagus (Y).


Dulu aku berprogram Matrikulasi kat Kolej Mara Kulim. Sebuah kolej yang sangat indah dan best sangat-sangat.. Yeee ! Aku suka gilaa kolej aku tu. Sampai sekarang pun termimpi2 lagi hokeey. Kehidupan kat sana untong sangat-sangat. Lecturer, kami panggil cikgu je. Diorang suap A-Z, bukan macam kat Kolej Matrikulasi yang lain :) . Dekat Kolej Mara Kulim (KMKu), merupakan pusat persediaan kepada beberapa program untuk ke Degree. Time aku dulu ada Program Matrikulasi KPM (MKPM), Pra-U USM, Foundation UniKL, Program Persediaan Keusahawanan Sains UMK (Asasi UMK laaa katakan) dan juga Program Fast Track USM, pengambilan Fast Track guna result Trial SPM jee. Confirmm laa result diorang Straight A +++++ kaaan.

Okee. Aku dari program Matrikulasi, nak cerita sikit cara nak survive kat Kolej Mara Kulim ni. Program lain aku tak berapa nak tahu laaa. Ok, First nak cerita kelebihan kalau korang dok blaja kat Kolej Mara Kulim ... Kelebihannya adaaaalaaahhh :-
:: Dari Asrama lelaki dan perempuan ke bilik kuliah tak jauh pun. Cuma kena tempuhi perjalanan yang bergunung-ganang jee. Haha,, Best woooo
:: Makan Free 5 kali sehari.. Kawan aku dah gemuk ok lepas stahun dok kat sana. Hahahaaa
:: Dapat Elaun RM100 sebulan. Ok laa kan sebab makan dah free. Kalau Kolej lain, Elaun RM250 Sbulan. Tak cukup beb makan Sbulan
:: Nota kuliah, buku tutorial semua dibekalkan. Cuma keluarkan duit sikit jee.. Haha ! Ok laa kan. Tak banyak pun. Serious aku cakap. Klau kolej lain, kena print sendiri. Duit tuuu beb ..
:: Suasana Di KMKu sangat Islamic. At least xde laa yang pelik2 kat sana :)

Cara Belajar Di Kolej Mara Kulim

1. Macam aku, aku selalu tidur dalam kuliah. Jangan tiru yee. Hahaha. Korang kena focus apa yang Lecturer korang cakap kat depan tu. Sebab bila dah faham, nanti balik tak yaah laa nak revise balik kan.

2. Buat semua tutorial. Jangan tinggal satu soalan pun. Memang laa soalan banyak, pandai2 laa bagi masa korang yeee. Kalau tak faham, tanya cikgu, tanya kawan2 ..

3. Setiap malam study laa walaupun skit. Macam aku, aku bagi laa masa. Ok, malam ni study Bio Bab1, esok study la benda lain. Yang penting baca topic by topic, lepas tu baru buat tutorial . Faham taak ?? Berbelit ayat akuu

4. Jangan kedekut Ilmu. Ajar laa kawan-kawan korang yang tak faham. Di samping korang ajar diorang, korang pun makin ingat kan.

5. Aku bila minggu Exam, aku study kat surau sampai pukul 5 pagi, then aku tido kejap. Pkul 6 bangun laa solat subuh . (Aku bukan sorang2 ok kat surau. Ade laa budak2 ni yang study kat sana jugak. Kalau sorang, aku pun takut)

6. Lepas habis satu topic, lecturer akan bagi Quiz sebagai Carry Mark korang. Matrik bukan macam skolah yee Exam 100%. Dia kalau untuk Sains (Bio,Kimia,Fizik,Sains Computer) 70% Final, 10%Quiz, 10%Lab Report dan 10% UPS (Ujian pertengahan Semester). Kalau Math, 80% Final, 10% Quiz dan 10% UPS. UPS aku hancur, Tapi Final aku okk jee .. Huhhuuuuu.

Bila dapat result .....
Heavennye duniaaa.. Hahahaha ! Usaha aku selama ni membuahkan hasil laaa. Sem1 aku dapat 3.61. Sem2 aku dapat 3.76. So tatal aku dapat laaa 3.68 . Ok laa kan. Result aku spoil sebab math jee. Sem1 n Sem2 dapat B. Ntaah laa bila nak dapat A. Hahaha

Ok laaaa.. Banyak benda nak kena buat. Nanti aku cerita laagi ye ape2 ..

Matrik tu susah ke ? Baca entry ni
>Click Here<

Kolej Mara Kulim Part 2
Click Here