Click me ^_^

Saturday, 20 September 2014

Kolej MARA Kulim :(

Assalamualaikum n Holla ...

Dah berkurun lamanya aku tak hupdate blog aku .. Huuuuh ! Sekarang ni aku dah pun menjadi mahasiswa Universiti Malaya #UMisOne gituuu . Haha. Setelah berhempas pulas belajar pagi petang siang malam di matrik dulu, nampaknya membuahkan hasil yang sangat bagus (Y).


Dulu aku berprogram Matrikulasi kat Kolej Mara Kulim. Sebuah kolej yang sangat indah dan best sangat-sangat.. Yeee ! Aku suka gilaa kolej aku tu. Sampai sekarang pun termimpi2 lagi hokeey. Kehidupan kat sana untong sangat-sangat. Lecturer, kami panggil cikgu je. Diorang suap A-Z, bukan macam kat Kolej Matrikulasi yang lain :) . Dekat Kolej Mara Kulim (KMKu), merupakan pusat persediaan kepada beberapa program untuk ke Degree. Time aku dulu ada Program Matrikulasi KPM (MKPM), Pra-U USM, Foundation UniKL, Program Persediaan Keusahawanan Sains UMK (Asasi UMK laaa katakan) dan juga Program Fast Track USM, pengambilan Fast Track guna result Trial SPM jee. Confirmm laa result diorang Straight A +++++ kaaan.

Okee. Aku dari program Matrikulasi, nak cerita sikit cara nak survive kat Kolej Mara Kulim ni. Program lain aku tak berapa nak tahu laaa. Ok, First nak cerita kelebihan kalau korang dok blaja kat Kolej Mara Kulim ... Kelebihannya adaaaalaaahhh :-
:: Dari Asrama lelaki dan perempuan ke bilik kuliah tak jauh pun. Cuma kena tempuhi perjalanan yang bergunung-ganang jee. Haha,, Best woooo
:: Makan Free 5 kali sehari.. Kawan aku dah gemuk ok lepas stahun dok kat sana. Hahahaaa
:: Dapat Elaun RM100 sebulan. Ok laa kan sebab makan dah free. Kalau Kolej lain, Elaun RM250 Sbulan. Tak cukup beb makan Sbulan
:: Nota kuliah, buku tutorial semua dibekalkan. Cuma keluarkan duit sikit jee.. Haha ! Ok laa kan. Tak banyak pun. Serious aku cakap. Klau kolej lain, kena print sendiri. Duit tuuu beb ..
:: Suasana Di KMKu sangat Islamic. At least xde laa yang pelik2 kat sana :)

Cara Belajar Di Kolej Mara Kulim

1. Macam aku, aku selalu tidur dalam kuliah. Jangan tiru yee. Hahaha. Korang kena focus apa yang Lecturer korang cakap kat depan tu. Sebab bila dah faham, nanti balik tak yaah laa nak revise balik kan.

2. Buat semua tutorial. Jangan tinggal satu soalan pun. Memang laa soalan banyak, pandai2 laa bagi masa korang yeee. Kalau tak faham, tanya cikgu, tanya kawan2 ..

3. Setiap malam study laa walaupun skit. Macam aku, aku bagi laa masa. Ok, malam ni study Bio Bab1, esok study la benda lain. Yang penting baca topic by topic, lepas tu baru buat tutorial . Faham taak ?? Berbelit ayat akuu

4. Jangan kedekut Ilmu. Ajar laa kawan-kawan korang yang tak faham. Di samping korang ajar diorang, korang pun makin ingat kan.

5. Aku bila minggu Exam, aku study kat surau sampai pukul 5 pagi, then aku tido kejap. Pkul 6 bangun laa solat subuh . (Aku bukan sorang2 ok kat surau. Ade laa budak2 ni yang study kat sana jugak. Kalau sorang, aku pun takut)

6. Lepas habis satu topic, lecturer akan bagi Quiz sebagai Carry Mark korang. Matrik bukan macam skolah yee Exam 100%. Dia kalau untuk Sains (Bio,Kimia,Fizik,Sains Computer) 70% Final, 10%Quiz, 10%Lab Report dan 10% UPS (Ujian pertengahan Semester). Kalau Math, 80% Final, 10% Quiz dan 10% UPS. UPS aku hancur, Tapi Final aku okk jee .. Huhhuuuuu.

Bila dapat result .....
Heavennye duniaaa.. Hahahaha ! Usaha aku selama ni membuahkan hasil laaa. Sem1 aku dapat 3.61. Sem2 aku dapat 3.76. So tatal aku dapat laaa 3.68 . Ok laa kan. Result aku spoil sebab math jee. Sem1 n Sem2 dapat B. Ntaah laa bila nak dapat A. Hahaha

Ok laaaa.. Banyak benda nak kena buat. Nanti aku cerita laagi ye ape2 ..

Matrik tu susah ke ? Baca entry ni
>Click Here<

Kolej Mara Kulim Part 2
Click Here

10 comments:

  1. alaaaaaaa.....sikit sgt lahh, xcukup..hehe

    ReplyDelete
  2. Sya nk tnya klu SPM 5a je agak2 ada chance ke nk masuk matriks esp yg kolej mara..Klu to keberatan share sikit ut result SPM..TQ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dulu 6A (Teras + kimia), B bio, c fizik dan addmath. Alhamdulillah dapat survive smpai ke U :)

      Delete
  3. Sorry tnya lg ambik course apa ye kat um? Sya pun pasang angan2 nk ambik course engineering kat um insyaallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekarang ambik sains dengan pendidikan (kimia) sebab gila kimia sangat kan :p.. Utk engineering UM, pastikan pointer matrik/asasi dalam 3.5 InsyaAllah peluang tu ada

      Delete
  4. Assalam,Kalau spm tak ada chemist boleh mohon tak kmk?

    ReplyDelete
  5. Asslam nk Tanya ..kite hnya kene bayar suit daftar he me ..yg Latin x perlu bayar ke contoh mcm buku , apa 2 ka and so on

    ReplyDelete
  6. Macam mana nak mohon kolej nihh???

    ReplyDelete