Click me ^_^

Wednesday 12 November 2014

Aku masuk Universiti nak belajar je laaa. Jangan kacau

Assalamualaikum dan Haaai Reader ..


Hari ni aku nak ulas sikit laa statement diatas "Aku masuk Universiti nak blajar je laa. Jangan kacau" . Umum diketahui bahawa Universiti adalah sebuah institusi pendidikan Tertinggi di dunia ni. Macam-macam jenis manusia yang ada kat universiti ni. Universiti sebenarnya bukanlah semata-mata melahirkan graduan yang bijak pandai atas kertas sahaja. Malah soft skills atau dalam bahasa melayu nya skill lembut Kemahiran Insaniah. 

Terlalu ramai graduan yang mendapat first class degree tapi tak dapat kerja. Kenape yeee ?

1. Always Dengan Buku
Yee tak dinafikan kehidupan di Universiti ni untuk study dan beramah mesra dengan buku. Tapi kurang-kurangnya join laa sikit aktiviti kolej/universiti. Ada jugak sesetengah orang yang hanya berkawan dengan buku. Dia takde kawan sebab mungkin dia sendiri yang pendiam, tak reti bergaul. Mostly yang di Universiti semua kepala gila-gila kaaan. Kononnya dah besaq. hahahaa

2. Kurangnya Kemahiran Insaniah(Soft Skills)
Yang ni ramai graduan takde, soft skills. Soft skills ni banyak tau. Contohnya kemahiran berkomunikasi, spontan dalam membuat sesuatu, berilmu dan berbudaya, planning something. Ni antaranya soft skills yang penting bila berkerja nanti




3. Kurang Pengetahuan dunia semasa
Pasal ni tak boleh nak ulas panjang sebab ni atas individu tu sendiri. Kalau nak jadi "Katak bawah tempurung" go on je laa. Banyakkan membaca sesuatu diluar pembelajaran seperti dunia politik semasa, berita global dan sebagainya. 

4. Kurang Bergaul
Ni pon problem gak mahasiswa sekarang. Nampak perangai tak elok sikit, tak nak kawan. Hello ! Even diorang ajak korang buat benda yang tak sepatutnya korang boleh tolak. Tapi seeloknya jangan laaa rapat sangat. Just kawan biasa-biasa jee. Hai, hai jee ler .

5. Aku banyak keje nak buat laa, tak sempat nak join itu dan ini
Hooooi Cik Salmah, budak medic pon join 1001 aktiviti. Ni kan pula budak Fakulti lain, bukan nak rendahkan, tapi at least pergi laa join Persatuan anak negeri ke, Persatuan Agama ke, Pergi camp ape-ape ke. Memang kem nampak macam tak best penat, tapi korang akan dapat apa yang tak dapat di Universiti/Kolej. Korang boleh berkenalan dengan lebih rapat ngan kawan-kawan dari Fakulti lain, Pelajar senior or apa-apa je. As long as bukan budak fakulti korang, bukan budak Kolej korang. Ini yang penting, boleh tambahkan kenalan. Mana laaa tau kan susah-susah nanti, diorang yang bantu dulu. Ntah-ntah roomate buat x tahu jee. Ke acaneee ? Huhuu

Key Laaa. Aku pun nak pi kelas ni. Tapi aku sempat nak share sedikit sebanyak. Boleh laa nak kongsi sikit pengalaman kat sape-sape yang nak masuk Universiti nanti. Jangan takut kalau takde kawan satu sekolah/matrik/asasi kat Universiti. Kawan-kawan baru tak makan orang. Haha ,,



Cara belajar Sains (Kimia dan Biology)

Assalamalaikum dan Hii Readers (Walaupun xde reader kan)

Hari ni nak share sikit cara nak study Biology dan Kimia. Ini dari apa yang aku buat la. Macam la tinggi sangat kan markah aku dalam exam, hahaha. Tapi boley laa. Diakui memang dua subject ni agak susah, tapi senang je nak skor sebenarnya. Blajar saat akhir pun boleh dapat A, tapi dengan syarat caranya mesti betul.

BIOLOGY
1. Wajib rajin baca, macam aku la rajin. Kalau nak lagi senang baca topic by topic. Ok contohnya harini Study topic 1, fahamkan segalanya dengan segera. Jangan just baca tapi tak tau apa-apa.

2. Dengan kemudahan teknologi yang canggih-manggih ni, apa kata korang pakai internet untuk tengok gambar atau video. Ini laa yang aku sering lakukan. Contohnya nak tengok ElectroCardiogram (ECG) punya mesin untuk degupan jantung. Setiap graph naik turun tu ada maknanya. Apa kata tengok Utube je. Kan senang. Senang faham, senang nampak .

3. Pergi ke lapangan tu sendiri. Contohnya belajar Pasal Biodiversity , apa kata keluar sat pergi cari apa yang kita baca tadi macam Bryophytes ke (Tu je aku terfikir saat ni :3 ), Lichens and so on. Pergi tengok sendiri. Baru laa lebih ingat kannnnn !

4. Dah tahu bende ni kena banyak baca, buat la sikit nota kecik. Jangan tulis mengalahkan buku Campbell tu. Tapi tulis sikit, lukis sikit jee. InsyaAllah akan ingat.

5. Haaaa. Yang ni penting. Tolong ajar kawan-kawan yang tak pandai tu. Jangan kedekut ilmu. Allah x suka tau. Just share, lukis , tunjuk video pastu terangkan laaah kat mereka. Di samping diorang faham benda tu, kita pun makin ingat. Makin ramai anak murid, makin banyak kali ulang benda sama, makin ingatlah kita. Biology ni cerita jee. Bukan kena hafal sebijik sejebon, tapi just ingat jalan cerita jeee.

CHEMISTRY
1. Sama laaa macam bio pon. Wajib baca. Tapi takde laaa baca seperti bio tu :D . Macam aku both subject senang nak skor nak compare dengan Math dan Physics (Tak sukaaaa) . Kimia nak kata hafal pun ada tapi tak banyak. Kimia ni banyak pemahaman je.

2. Rajin-rajin laaa melukis. Nanti kalau belajar organic, 80% kerja korang melukis je. Mechanism, bonding laa ape laa. Korang kena kenal pasti laa arrow macam mana, apa tarik apa, apa lepas apa. Kalau pegang hak tu, memang sah-sah laa betul jawapan hang. Kimia tak yah hafal, soalan dia pun macam math laa keluar soalan yang berbeza, kalu bio confirm laa soalan sama dan jawapan sama je keluar. Kimia taak, tapi cara je sama. Asal faham satu, yang lain pun ok je

3. Buat semua tutorial yang Lecturer/Cikgu bagi. Jangan skip satu pon. Kalau tutorial pon tak boleh nak buat, jangan harap past year korang boleh buat dengan jayanya

Haaa ! Ni je laa kot yang aku boleh kongsi untuk malam ni. Aku ade test esok ni . Hahaha ! Sempat lagi berblogging. Bukan apa, aku dok study tadi, tringat nak share cara aku study. Ingat satu je "Kau study result ok, tak study fail, padan muka" .. :)