Click me ^_^

Wednesday, 12 November 2014

Aku masuk Universiti nak belajar je laaa. Jangan kacau

Assalamualaikum dan Haaai Reader ..


Hari ni aku nak ulas sikit laa statement diatas "Aku masuk Universiti nak blajar je laa. Jangan kacau" . Umum diketahui bahawa Universiti adalah sebuah institusi pendidikan Tertinggi di dunia ni. Macam-macam jenis manusia yang ada kat universiti ni. Universiti sebenarnya bukanlah semata-mata melahirkan graduan yang bijak pandai atas kertas sahaja. Malah soft skills atau dalam bahasa melayu nya skill lembut Kemahiran Insaniah. 

Terlalu ramai graduan yang mendapat first class degree tapi tak dapat kerja. Kenape yeee ?

1. Always Dengan Buku
Yee tak dinafikan kehidupan di Universiti ni untuk study dan beramah mesra dengan buku. Tapi kurang-kurangnya join laa sikit aktiviti kolej/universiti. Ada jugak sesetengah orang yang hanya berkawan dengan buku. Dia takde kawan sebab mungkin dia sendiri yang pendiam, tak reti bergaul. Mostly yang di Universiti semua kepala gila-gila kaaan. Kononnya dah besaq. hahahaa

2. Kurangnya Kemahiran Insaniah(Soft Skills)
Yang ni ramai graduan takde, soft skills. Soft skills ni banyak tau. Contohnya kemahiran berkomunikasi, spontan dalam membuat sesuatu, berilmu dan berbudaya, planning something. Ni antaranya soft skills yang penting bila berkerja nanti




3. Kurang Pengetahuan dunia semasa
Pasal ni tak boleh nak ulas panjang sebab ni atas individu tu sendiri. Kalau nak jadi "Katak bawah tempurung" go on je laa. Banyakkan membaca sesuatu diluar pembelajaran seperti dunia politik semasa, berita global dan sebagainya. 

4. Kurang Bergaul
Ni pon problem gak mahasiswa sekarang. Nampak perangai tak elok sikit, tak nak kawan. Hello ! Even diorang ajak korang buat benda yang tak sepatutnya korang boleh tolak. Tapi seeloknya jangan laaa rapat sangat. Just kawan biasa-biasa jee. Hai, hai jee ler .

5. Aku banyak keje nak buat laa, tak sempat nak join itu dan ini
Hooooi Cik Salmah, budak medic pon join 1001 aktiviti. Ni kan pula budak Fakulti lain, bukan nak rendahkan, tapi at least pergi laa join Persatuan anak negeri ke, Persatuan Agama ke, Pergi camp ape-ape ke. Memang kem nampak macam tak best penat, tapi korang akan dapat apa yang tak dapat di Universiti/Kolej. Korang boleh berkenalan dengan lebih rapat ngan kawan-kawan dari Fakulti lain, Pelajar senior or apa-apa je. As long as bukan budak fakulti korang, bukan budak Kolej korang. Ini yang penting, boleh tambahkan kenalan. Mana laaa tau kan susah-susah nanti, diorang yang bantu dulu. Ntah-ntah roomate buat x tahu jee. Ke acaneee ? Huhuu

Key Laaa. Aku pun nak pi kelas ni. Tapi aku sempat nak share sedikit sebanyak. Boleh laa nak kongsi sikit pengalaman kat sape-sape yang nak masuk Universiti nanti. Jangan takut kalau takde kawan satu sekolah/matrik/asasi kat Universiti. Kawan-kawan baru tak makan orang. Haha ,,



No comments:

Post a Comment