Click me ^_^

Friday 10 February 2017

Cara Buat Ayam Goreng Ala-Ala KFC Yang Tak Berapa Jadi

Assalamualaikum and Hi gaisss

Masa cuti sem haritu tiba-tiba la teringin nak makan ayam goreng. Masa tu lak kampung dikepung banjir T_T. Umah tak kena, cuma tak boleh keluar kawasan sebab hulu dan hilir kampung dah naik air.

So saja la berexperiment, masa tu pukul 3 pagi tak silap. LOL.. Bosan dan lapar kan. Bosan gak asyik makan megi jee keje. Huhu

So kita perlu sediakan 3 bahan utama iaitu :
1. Ayam laah paling penting. Takde ayam tak jadi laaa..
2. Bahan perap
3. Bahan salut ayam

Untuk ayam for sure laa ayam bahagian mana pun boleh pakai.. :D . Saya masak 1 jee. Ye laa pukul 3 pagi makan sorang jee

Untuk bahan perap
- 3 ulas bawang putih
- Serbuk cili (ikut suka anda nak letak brapa banyak)
- Serbuk Kari Ayam
- Sedikit garam
- Sedikit ajinomoto
- Sedikit Soda Bicarbonate
- Sedikit air
- Sedikit lada hitam

Sorry ye tak cantik. Hahahaha. Perap selama 15 minit macam tu dah okay laa kot 

Bahan Salut Ayam (1 ketul)
- 1/2 cawan Tepung Jagung
- 1/4 cawan Tepung Gandum
- Garam
- Soda Bicarbonate
- Serbuk Cili 
- Serbuk Roti
- Telur 

[Semua bahan diatas disediakan mengikut jumlah ayam]
Make sure tepung jagung lebih banyak dari tepung gandum yeeeee

Tepung-Tepungan dan serbuk roti digaul bersama secukup rasa

Serbuk roti ni la aku pakai. Ntah ape ke jenama. LOLs


CARA MENYALUT (macam pelik kan bahasa aku)

1. Pecahkan telur dalam satu bekas berasingan
2. Ambik ayam dan salut dama tepung terlebih dahulu
3. Masukkan ayam dalam bekas berisi telur (salut dengan telur)
4. Salutkan ayam lagi sekali dengan tepung tersebut

Tadaaaa !! Walaupun rupa agak menyedihkan. Hahahahahaha

Goreng Deep Fry sehingga kuning keemasan gitu..
Tadaaa.. Tak kuning pun. Agak gelap masa depan sikit. Hahaha. Masak malam-malam, lampu malas nak bukak dua-dua. Tu yang tak berapa nak nampak rupa ayam. Telur lebih tu leh la goreng jee. Dari membazirkan :D

Dari segi rupa memang agak celaka la sikit, tapi rasa not bad. Boleh laa nak makan. Cuma kesilapan pada masakan ni tepung gandum terlebih.. Lastly makan tepung lagi banyak dari makan ayam. Hahahaha.. Tapi perapan dia sedap okeyyy. Paling best sebab ada serbuk roti dan membuatkan ayam anda rangup.

Selamat mencuba k Bai







Cara Beli Tiket Flight Murah

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera

Harini nak share sikit la pasal cara beli tiket flight murah menggunakan Airpaz..



Apa itu Airpaz ?
Airpaz tu satu laman web ala-ala skyscanner, tapi kelebihannya boleh beli kat situ jee..
Yang paling best harga lagi murah dari beli kat web airlines.
Tapi murah pun potong Rm1-Rm2 je laa. Hahaha. Okay la tu. Asal nama discount mesti ambik..

1. Buka laman web airpaz, https://www.airpaz.com/en/

2. Pilih Dari/From/Origin dan Ke/Destinasi anda..
Sebagai contoh saya nak ke Penang dari KL. So saya pilih KUL|SZB sebab saya tak tau airlines mana yang promosi sekarang ye. Ye la KL kan ada 2 airport. KLIA dan KLIA2 untuk Malaysia Airlines, Malindo Air dan AirAsia. Kat Airport Subang pula Malindo Air dan Firefly.


Anda boleh juga tetapkan satu airport seperti KUL sahaja atau SZB sahaja. Ikut mana yang mudah bagi anda :D


3. Pilih yang mana anda berkenan. Tengok dia dah bagi harga mengikut hari, senang untuk anda pilih tarikh yang sesuai .

4. Pilih airlines mana dan masa yang sesuai. Seterusnya click pada yang berkenan yee


See .. Saya punya search ada 2 departure iaitu dari KLIA(KUL) dan Subang(SZB)


5. Bila dah pilih, akan keluar satu window macam ni dan click BOOK NOW

6. Isi kan detail anda

Dan jika anda ingin menambah KG luggage (AirAsia Sahaja) click dan tambah. Mudah Je. Lepas tu tekan continue ...........

7. Sedia untuk membayar. Pilih je nak bayar melalui Direct Debit ataupun Credit Card..
Paling senang kalau pakai direct debit laa. Click bank mana yang anda ada, Tick pada 2 boxes kat bawah tu dan click submit payment. Semudah ABC jee :D


Setakat ni memang aku banyak beli tiket flight guna Airpaz. Tak payah nak bukak banyak web airlines. Cukup bukak satu je dan bayar terus kat sini. Yang paling penting, takde processing fees.
Kalau beli kat web airasia ada processing fees RM4++ .. Kat sini free Jee..
Sekiannn

Selamat membeli tiket flight