Harini nak share sikit la pasal cara beli tiket flight murah menggunakan Airpaz..
Apa itu Airpaz ?
Airpaz tu satu laman web ala-ala skyscanner, tapi kelebihannya boleh beli kat situ jee..
Yang paling best harga lagi murah dari beli kat web airlines.
Tapi murah pun potong Rm1-Rm2 je laa. Hahaha. Okay la tu. Asal nama discount mesti ambik..
1. Buka laman web airpaz, https://www.airpaz.com/en/
2. Pilih Dari/From/Origin dan Ke/Destinasi anda..
Sebagai contoh saya nak ke Penang dari KL. So saya pilih KUL|SZB sebab saya tak tau airlines mana yang promosi sekarang ye. Ye la KL kan ada 2 airport. KLIA dan KLIA2 untuk Malaysia Airlines, Malindo Air dan AirAsia. Kat Airport Subang pula Malindo Air dan Firefly.
Anda boleh juga tetapkan satu airport seperti KUL sahaja atau SZB sahaja. Ikut mana yang mudah bagi anda :D
3. Pilih yang mana anda berkenan. Tengok dia dah bagi harga mengikut hari, senang untuk anda pilih tarikh yang sesuai .
4. Pilih airlines mana dan masa yang sesuai. Seterusnya click pada yang berkenan yee
See .. Saya punya search ada 2 departure iaitu dari KLIA(KUL) dan Subang(SZB)
5. Bila dah pilih, akan keluar satu window macam ni dan click BOOK NOW
6. Isi kan detail anda
Dan jika anda ingin menambah KG luggage (AirAsia Sahaja) click dan tambah. Mudah Je. Lepas tu tekan continue ...........
7. Sedia untuk membayar. Pilih je nak bayar melalui Direct Debit ataupun Credit Card..
Paling senang kalau pakai direct debit laa. Click bank mana yang anda ada, Tick pada 2 boxes kat bawah tu dan click submit payment. Semudah ABC jee :D
Setakat ni memang aku banyak beli tiket flight guna Airpaz. Tak payah nak bukak banyak web airlines. Cukup bukak satu je dan bayar terus kat sini. Yang paling penting, takde processing fees.
Kalau beli kat web airasia ada processing fees RM4++ .. Kat sini free Jee..
Sekiannn
Selamat membeli tiket flight
No comments:
Post a Comment