Click me ^_^

Friday 29 December 2017

Menara Exchange nak lawan KLCC ??

Hi Assalamualaikum Uollsss..

Iolls ni hari-hari laa kan naik LRT, selalu gak ternampak bangunan yang under construction, warna biru katanya.

Pastu scroll twitter ternampak la orang post pasal bangunan ni lebih tinggi dari KLCC. Oh, yang aku selalu nampak tu la kot. Hahaha.



Ni haaaa.. Nama dia Exchange Tower.

Sedikit Info :

Petronas Twin Tower
451.9 meter
Siap tahun 1998
Exchange 106
492.3 meter
Bakal siap 2018

But for me, KLCC is mercu Tanda KL and Malaysia.. Always. Gittewww



Thursday 28 December 2017

Family Mart - Kedai Jepun

Assalamualaikum dan Hello

Harini nak share sikit pasal kedai yang aku baru pegi haritu. Sebelum ni tak pernah masuk pun, tapi since kawan-kawan ajak, aku ikut saje laah.. Haritu pegi kat Mid Valley. Tak tau la kat mana lagi ada benda alah ni.


Aku ikut diorang pi Family Mart, selalu la lalu depan tu cuma tak pernah masuk sebab tak tau apa yang ada kat situ. Diorang kata kat sana ice cream dia sedap.. Aku cuba laaa. Memang sedap gila beb. Harga dia tak mahal pun, RM2.90 je satu. 

Dia cone hitam. Ada 2 perisa iaitu Green Tea dan Cheese Cake.. Aku dah rasa dua-dua. Memang sedap gila.. Nothing can beat them, gitteww


GreenTea


Cheesecake

Ada lagi satu yang buatkan orang beratur nak membelinya, iaitu Oden. Oden tu ala-ala steamboat laa. Benda-benda camtu je. Haritu aku tak sempat nak beli sebab manusia yang beratur maha banyak. So aku beli ice-cream je.. Malas la nak beratur sebab nak kejar KTM. Kahkahhh

Ini haa.. Harga dia takde la murah and takde la mahal. Okey-okey laaa

Cuma aku sempat la rasa kawan aku punya. Dia punya broth ya ampun sedap gilaaa wehhh.. Tak rugi beli ni. Next time aku nak borong gak benda jadah ni. Hahaha..
Selain tu ada jugak jual makanan-makanan jepun macam sushi, nasi yang jepun-jepun, sandwich semua tu. Harga dia not bad la..

Untuk keterangan lanjut, boleh la korang layari 

Semua detail ada kat situ..

**Gambar-gambar adalah dari google**




Inspirational Quotes











TIPS nak Final Exam Di IPT

Hi assalamualaikum...

Setelah sekian lama gilaaaaaaaa menyepi. Kahkahhh



Okey laaa. Sekarang ni kan musim exam dak-dak degree U kan. So ada la beberapa tips nak kongsi. InsyaAllah berjaya korang nanti kalau ikut ni betul-betul.
Da berjaya jangan bongkak, belanja cheq gula-gula yekk

1. Revise Semua Chapter



Ini paling penting wahai manusia-manusia sekalian.. Tak kisah la malas macam mana pun. Sekadar baca nak tahu je. Tak faham pun takpa. At least da ada dalam pala the important keyword.





2. Tengok balik semua assignment/Tutorial




Kadang-Kadang Lecturer ni takde masa tau tak nak set soalan gila-gila. So diorang ambik je soalan tutorial korang tu, atau benda-benda dari assignment korang tu. Jangan anggap dah hantar assignment, benda tu tak penting lak. Mesti ada jugak sikit tu :D

3. Buat Past Sem Question

The MOST IMPORTANT ni.. Mesti buat. Macam aku biasanya buat dalam 3/4 sem sebelum je. Sebab pattern dia lebih kurang sama jee. Tu pun kalau yang ajar lecturer sama la. BTW, kalau lect lain pun, maybe tukar sikit-sikit jee. Lecturer pun kadang-kadang busy dengan keje dia, so soalan dari past sem je laa dia ambik balik. Kalo korang analisis pun, soalan sama je dia tanya.



4. Berdisiplin

Ni wajib. At least disiplin sekejap mase study week. Hahahaha. Aku faham susah, tapi go on. Seminggu jeeee. Jangan pernah skip study walau sehari. Kalau malas tahap gaban pun, sehari at least habiskan 1 atau 2 past sem question, InsyaAllah okay nanti

5. Tawakkal dan Berdoa

Da usaha, jangan lupa tuhan dekk.. Selalu la berdoa yang baik-baik, agar usaha kita diberkati.



Akhir Kalam, GOOD LUCK untuk korang dan diri sendiri