Click me ^_^

Wednesday, 29 October 2014

TAHUKAH ANDA : KELEBIHAN MANDI SEBELUM SUBUH?

Antara kebaikan mandi sebelum subuh ialah:
01: Kulit lebih lembut dan halus;
Pada waktu pagi selalunya anda akan memasang "water heater" untuk mendapatkan air yang hangat dan menghilangkan kesejukan. Selepas ini, jika anda memiliki lingkaran hitam di bawah mata, mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan kegelapan pada bawah mata. Begitu juga dengan kuku, ia akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.
02: Melancarkan peredaran darah;
Jika peredaran darah anda lancar maka tubuh badan anda akan menjadi lebih sihat dan bertenaga. Malah anda juga boleh melakukan aktiviti seharian tanpa rasa letih.
03: Meningkatkan kesuburan;
Kesihatan tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila anda mandi pada waktu pagi. Ia dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.
04: Mengurangkan risiko darah tinggi;
Untuk anda yang memiliki penyakit darah tinggi, mungkin ini merupakan salah satu cara untuk anda mengurangkan penyakit anda. Insya ALLAH, dengan izin ALLAH, jika ia diamalkan selalu, penyakit anda akan pulih.
05: Mengurangkan tekanan serta tenang;
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat anda yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik utk anda menghilangkannya. Oleh itu, ubahlah tabiat kpd mandi pagi sebelum subuh.
06: Meningkatkan sel darah putih;
Mandi dengan air sejuk, ia akan meningkatkan sel darah putih di dalam tubuh badan. Apabila sel darah putih banyak, maka daya tahan penyakit dan tubuh badan boleh melawan virus. Oleh itu, anda tidak mudah untuk dijangkiti dengan sebarang penyakit.
*Semoga bermanfaat untuk dikongsikan.
Selamat mencuba & selamat beramal..('',)..

Wednesday, 15 October 2014

Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan Universiti Malaya

Assalamualaikum dan Hai semua ..

Hari ni aku nak kongsikan serba sedikit tentang Course aku ni, Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan atau nama Glemer kat sini.. Course ni memang dah di design oleh pihak pengurusan untuk para graduan menjadi seorang guru sekolah menengah. Korang akan bermastautin di Universiti Malaya selama 4 tahun atau lebih :). Korang akan diberi pilihan untuk mengambil 1 matapelajaran Major dan 1 Minor. Apakah itu major dan minor ?

Ok macam ni. Untuk major, korang akan blajar lebih sikit. Sebanyak 56 Jam credit, untuk minor korang akan belajar 24 Credit. Korang boleh pilih major minor. Antara yang available ialah Biology, Pyhsics, Chemistry and Mathematics. Macam aku, aku ambik Major Chemistry, Minor Biology. Korang akan berada di Fakulti Sains selama 5 semester iaitu belajar segala subject yang berkaitan dengan Sains dan di semester 6 dan 7 akan berpindah ke Fakulti Pendidikan untuk mempelajari ilmu perguruan. Semester 8 korang akan Practical di sekolah-sekolah yang akan di tetapkan. Nak cakap ke"busy"an tu memang korang akan busy sebab kita kena score 2 subject sains pada satu masa. Tak sama macam course lain. Diorang dah specific dah. Memang la sebab cikgu kan kena serba tahu.

Course ni memang langsung tidak sama dengan struktur program di UiTM dan UPSI. Course ni akan sama seperti di UPM. Kerana UiTM dan UPSI diorang adalah Sarjana Muda Pendidikan Sains (apa-apa subject). So diorang akan lebihkan matapelajaran pendidikan. Macam di UM dan UPM, kita lebihkan sains dalam kurikulum pendidikan. So, graduan dari UPM dan UM lebih laku sebab content sains lebih dari diorang. Dan Degree UM dan UPM boleh diguna pakai untuk mohon menjadi pendidik di Kolej Matrikulasi. Kalau UiTM dan UPSI dia lebih kepada pendidikan di Sekolah Menengah. Apa-apa pun ini semua bergantung kepada pointer dan softskills masing-masing. Rezeki ada dimana-mana, kita je kena pandai mencari.

Subjek di Fakulti Sains sangat-sangat challenging.. Depends laaa macam mana, tapi untuk Kimia dan Maths sangat-sangat susah gilaaa.. Hahaha. Tapi senang je bila fokus dan rajin (Cliche)..