Click me ^_^

Wednesday 15 October 2014

Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan Universiti Malaya

Assalamualaikum dan Hai semua ..

Hari ni aku nak kongsikan serba sedikit tentang Course aku ni, Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan atau nama Glemer kat sini.. Course ni memang dah di design oleh pihak pengurusan untuk para graduan menjadi seorang guru sekolah menengah. Korang akan bermastautin di Universiti Malaya selama 4 tahun atau lebih :). Korang akan diberi pilihan untuk mengambil 1 matapelajaran Major dan 1 Minor. Apakah itu major dan minor ?

Ok macam ni. Untuk major, korang akan blajar lebih sikit. Sebanyak 56 Jam credit, untuk minor korang akan belajar 24 Credit. Korang boleh pilih major minor. Antara yang available ialah Biology, Pyhsics, Chemistry and Mathematics. Macam aku, aku ambik Major Chemistry, Minor Biology. Korang akan berada di Fakulti Sains selama 5 semester iaitu belajar segala subject yang berkaitan dengan Sains dan di semester 6 dan 7 akan berpindah ke Fakulti Pendidikan untuk mempelajari ilmu perguruan. Semester 8 korang akan Practical di sekolah-sekolah yang akan di tetapkan. Nak cakap ke"busy"an tu memang korang akan busy sebab kita kena score 2 subject sains pada satu masa. Tak sama macam course lain. Diorang dah specific dah. Memang la sebab cikgu kan kena serba tahu.

Course ni memang langsung tidak sama dengan struktur program di UiTM dan UPSI. Course ni akan sama seperti di UPM. Kerana UiTM dan UPSI diorang adalah Sarjana Muda Pendidikan Sains (apa-apa subject). So diorang akan lebihkan matapelajaran pendidikan. Macam di UM dan UPM, kita lebihkan sains dalam kurikulum pendidikan. So, graduan dari UPM dan UM lebih laku sebab content sains lebih dari diorang. Dan Degree UM dan UPM boleh diguna pakai untuk mohon menjadi pendidik di Kolej Matrikulasi. Kalau UiTM dan UPSI dia lebih kepada pendidikan di Sekolah Menengah. Apa-apa pun ini semua bergantung kepada pointer dan softskills masing-masing. Rezeki ada dimana-mana, kita je kena pandai mencari.

Subjek di Fakulti Sains sangat-sangat challenging.. Depends laaa macam mana, tapi untuk Kimia dan Maths sangat-sangat susah gilaaa.. Hahaha. Tapi senang je bila fokus dan rajin (Cliche)..

26 comments:

  1. Salam,sebelum ambik deg bhg ni,sebelum ni cik ambik asasi sains di um juga ke?Dan sekarang ni,cik bekerja sebagai guru subjek apa ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm.. Sebelum ni matrik sains. Skarang masih belum kerja. Tengah belajar lagi.

      Delete
    2. assalam,pointer berape yng awak guna masa apply kos ni?

      Delete
  2. salam kalau usm pon sama jugak ke dgn um dan upm..saya apply kos ni kat usm..saya ingat nak apply cikgu matrikulasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama. Kalau nama Sains dengan pendidikan semua sama. Melainkan upsi dan Uitm. Diorg Pendidikan Sains. Ada beza tu pada nama. Utk Cikgu matrik, kalau nak sng dia mmg under matrik terus. Matrik korg hantar ke oversea utk jd cikgu matrik.

      Delete
  3. awak dah dapat kerja ke belum

    ReplyDelete
  4. Okay tak mengaji sekarang .. Saya berminat nk tnya lebih lanjut . Tuan ada ig ka or any other social media yg sy boleh contact :)

    ReplyDelete
  5. Assalammualaikum. Still boleh pilih 1 Major dan 1 Minor ke untuk sesi 2019?

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum hehe hye senior, saya bakal jadi freshies untuk 1/9 ni omg rasa takut pulak bila dengar math tu susah :') Thank you atas perkongsian!

    ReplyDelete
  7. Kalau pointer matrik 3.50++ macam tu je...lepas tak nak dapat kos ni?

    ReplyDelete
  8. Hi nak tnya..syarat kelayakn muet pula klau band 3 layak tak?

    ReplyDelete
  9. Saya nak Tanya , kalau nak ambil degree ni , asasi apa je yg boleh saya belajar? Kalau boleh saya x mahu ambil matriks hehe , tq

    ReplyDelete
  10. Nak tanya, saya nak amik major coarse dalam bidang sains (environment science atau yang sewaktu dengannya) dan minor coarse dalam bidang agama. Dan saya guna sijil stam dan spm. Boleh ke? sebab dulu waktu spm saya amik kelas sains agama, so belajar la kimia biologi fizik tu.

    ReplyDelete
  11. Saya nak bertanya .. dalam upu ni die ade tulis (open market) maksud nye ape ye?

    ReplyDelete
  12. salam saya nak tanya, apa kerjaya bidang ini ye selain daripada guru?

    ReplyDelete
  13. Nk tanya mahal ke kos pendidikan di um dgr mahal sgt tu yg risaušŸ˜­

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mana-Mana U pun lebih kurang juga kecuali UiTM murah sikit.. Waktu saya 930 yuran per semester. Yuran pengajian sahaja tu. Penginapan dikira lain. U lain pun ada 2 yuran iaitu pengajian dan penginapan.

      Delete
  14. Hai nak tanya, kebanyakan kawan awak yang dah diterima masuk ke kos pendidikan ini, mereka dapat pointer berapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. UM 3.5 keatas. Tapi batch saya, paling rendah pun 3.6. Batch selepas saya, saya tak pasti

      Delete
  15. Abg ada tips nak pergi iv situu takkk

    ReplyDelete
  16. nk tips iv boleh

    ReplyDelete
  17. masa iv tu fully English ke die tanya ?

    ReplyDelete