Click me ^_^

Friday, 21 June 2019

Pengalaman Kerja Part-Time di KFC

Hi Assalamualaikum...

Pengalaman ? KFC ??


Bila sebut KFC, memang terngiang-Ngiang dalam kepala AYAM YANG SEDAP GILA NI 


Emmm best ke keje part time kat KFC ?

Bagi aku BEST SANGAT.. ENJOY gilerrrr

So aku mula kerja KFC masa cuti Sem 3 bulan 2017. Mula-mula Interview pun dia tanya benda basic je. Nama, Umur, dok mana, boleh tak kerja OT atau balik lewat malam. AKu OK kan ajeeee.. Hahahaha

GIMANA MAU APPLY KERJANYA PAK?
1. Make sure umur kau dah genap 16 tahun
2. Pergi KFC, mintak borang dna bawak gambar passport.
3. Lepas tu nanti dia interview kau, then kalau dapat, dia akan bagi borang untuk suntikan thypod dulu. 
4. Dah suntik tu, nanti pegi balik bagi certificate suntikan tu kt Manager dan dia bagi korang pakaian serta shift kerja korang.
5. sehari selepas suntikan, korang dah boleh mula bekerjaaaaa.


Ok So KFC tempat aku kerja ni terbahagi kepada 4 Department.

1. COOK

Cook ni tugas dia dari pagi sampai balik basuh ayam, marinate ayam, tepungkan ayam, goreng ayam, angkat ayam, bersihkan kolah goreng ayam dan segala-galanya berkaitan dengan ayam. Ye la KFC mesti la ayam kan. KehKehKehhh..
So aku pernah sekali di department ni, penat namateyyy especially time closing. Kena basuh kolah masak ayam, mop lantai, main ngan minyak-minyak bagai. Hahahahaha. Penat tapi kerja diorang paling cepat siap. Pukul 9 dah closing dah diorang. Terus setel kerja diorang. Relax-Relax sajaa laaaa.

2. BACKUP

Backup department ialah yang berada di belakang cashier. Backup ni kerja dia goreng fries, goreng nugget, buat burger, twister segala bagai tu. Department ni agak penat jugak laa. Tapi aku tak pernah pun berada disini. Cuma tolong-tolong sikit tu ada laaa.. Di Department ni memang kerja kena laju, kalau tak mampus kena maki dengan cashier. Hahahahahaha
Closing dia pun agak rumit jugak sebab banyak instrument kena basuh. Malam closing pun kerja diorang basuh benda-benda tu, prepare barang untuk hari esok dan sebagainya.

3. CSC (CLEANER)

CSC atau Customer Service Crew atau nama manja dia Cleaner ni Penat tapi agak ok laaaa... Sebab ko kerja sorang-sorang, tak perlu rush. Kerja ko kutip pinggan, masuk tong sampah, lap meja, mop lantai, sapu sampah jeeee.. Keja dia paling senang >_<..
Aku jadi CSC dalam 1 minggu. Nak patah tulang belakang ngan tulang kaki rasa..
Masuk morning dan Closing pun mula dengan mengemop dan diakhiri dengan mengemop. Yang penting, ko keje sorang-sorang je tanpa ada kekacauan daripada yang lain.
Tapi sekejap je laaaaaaaa sebab lepas tu aku dimasukkan ke department Cashier. YEAYYYYYY

4. CASHIER

Haaaaa ni department aku. Masa cuti sem 2017 aku cashier selepas seminggu jadi CSC. Masa cuti sem 2018 pun masuk-masuk terus je jadi cashier.. Sebab Manager aku sayang dan kenal aku.. Muahahahahahah... Berbekalkan sedang belajar (Degree) ni membuatkan diorang konfiden nak letak aku jadi cashier. Riak takkkk !! Hahahahahaha...

Kerja cashier best dan senang sebab ambik order, setal payment, siapkan order dan bagi kat customer. HABISSSS... Paling tak best kalau customer ramai gilaaaaa dan barang banyak pending. Haaaaa tu sakit jiwa sikit laaaa.. Pernah sekali customer ramai, tapi ayam habis. Kena tunggu 20 minit. Tak ke rasa takut kena maki cashier kat depan tu ????????

Tapi aku chill jeee.. Kalau aku takut, aku lari kebelakang. Hahahahahaha. Terus manager aku ambik alih kaunter. Tapi sepanjang keja situ, aku suka jaga kaunter tu. Kalau boleh kaunter aku, aku tak nak orang lain pegang. Nanti short duit, mati aku. Tapi manager tempat aku OK sangat..

Sir Ibrahim, Miss Serena dan Miss Shally.

Paling aku sayang Miss Shally <3... Dia seriously baik gilerrr ngan aku. Ngammmmm jeee selalu. Waktu dengan dia, nak makan apa pun dia kata makan jeee. Hahahaha.. Manager lain macam ikut mood sikit. Tapi boleh je kadang-kadang time diorang baik. Ahahahah

Me and My Counter.. Hahahahaha

Macam tempat aku, shift ada 3.

MORNING - 7 pagi - 3 petang
MIDDLE - 11 Pagi - 7 malam
CLOSING - 3 Petang - 11 Malam

KELEBIHAN KERJA KFC

OK so banyak sebenarnya kerja KFC ni

1. Kerja ikut shift. So takda penat sangat

2. Makan Free.... Ada staff mail. So tak de ko berlapar dan nak fikir makan ape kaannn.. KFC Free kottttt

3. Kawan-kawan kat sana semua sporting. Manager aku pun sporting. Cuma sorang je tak berapa nak sporting. Hehehe

KEKURANGAN KERJA KFC

1. Gaji murah dan lambat masuk.. Errmmm No komen laahhh. Sejam pun dibayar RM4.80 jeeeee. So sebulan tu boleh la dalam 1K. Kalau OT lebih sikit ada laaa 1.5K.. Lambat dalam seminggu camtu lah..

2. PENAT ? Errmmm takda kerja yang tak penat kan. Tapi OK laaa sebab makan pun dah free, customer pun bukan selalu ada. Kadang-kadang kosong je kedai. Huhuhu

3. Manager ?? Ermmmm Alhamdulillah 2/3 manager aku OK. Sorang je tak berapa ok. Tapi since tahu aku ada degree, baru laaa dia baik sikit. Hmmmmm. (Bangga nyahhh)

4. Jadual tak menentu.. AGak laaa.. Kadang-kadang, jadual tukar last minit, yang patutnya balik kul 3, extend sampai closing. Tapi aku ok jeeee sebab cashier takda la penat mana ponnn.. Gaji pun masyuk kalau OT. OT gaji mahal dari biasa, Ahahahahaha. Sebab tu aku suka OT.



ni Mei Ling.. Ni partner cashier aku.
Ada satu waktu tu short staff, sampai aku dengan mei ling bergilir-gilir morning closing. Sehari sampai kerja 16 jam. Tapiiiii, gaji masyuk gila babeeee

Me and My Manager yang sporting. Sir Ibrahim and Miss Shally.
Closing ngan diorang best. Sebab selalu bawak balik makanan lebih ke rumah dan sambung melantak kat umah. Hahahaha

OK sekian sahaja bebelan aku buat kali ini.

Kalau ada apa-apa soalan boleh komen dibawah okkkk 
:)





31 comments:

  1. kfc mana ni? wow untung dpt manager baik yg blh amek alih kaunter..

    ReplyDelete
  2. tumpang tanya tuan blog, kalu tuan blog tahu menahu boleh tanya kalau KFC/ MCD kerja bahagian rider delivery tu macam pulak ye? kalau full-time bagaimana gaji macam mana dan part-time bagaimana gaji macam mana, masuk kerja macam mana etc? harap tidak menyusahkan tuan blog. TQ

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum, nak tanye macam mane eh kite tahu keja kita lain lain tiap hari, lepas tu, part goreng ayam tu dia akan tunjukkan eh? Ada disediakan hostel utk pekerja ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadual pekerja ada disediakan setiap minggu. So boleh tahu bahagian kerja kita, shif dan sbgnya. Lps tu, lps dpt kerja, mmg akan ada kelas training dulu dlm 1-2 minggu... Training tu mmg kita dh start kira bekerja dan gaju dah mula berjalan. Masa training tu la dorg akan ajar benda2 yg kita kene buat, start dr masuh dgn dgn sanitizing sampai la penyediaan makanan. Kalau mcm hostel tu, ada sesetengah KFC memang sediakan hostel. Bergantung ikut cawangan.

      Delete
  4. Sekarang masih kerja kfc lagi ke?

    ReplyDelete
  5. Hi bro umor 16 leh apply kat sume kfc ke?

    ReplyDelete
  6. pakaian semasa kena temuduga tu pakai baju apa? Berkolar ok ker? Atau nak pakai baju kemeja?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Casual je.. means pakai tshirt biasa, seluar panjang, kasut... Seeloknya pakai la baju berkolar. Kita nk mintak kerja, mesti la nk nampak smart.

      Delete
  7. Rehat bile?πŸ€”πŸ€”

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerja 8 jam setiap hari tu termasuk rehat. Rehat ½ jam je. So kiranya kita kerja 7½ jam laa dlm sehari

      Delete
  8. salam bro�� saya umur 17 tahun ni, dh nak masuk 18, pendek kata budak2 batch covid lahh�� nak tanya bro, part time dekat kfc ada tak? macam habis belajar, petang dlm pukul 3 masuk kerja cam tu?��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada je masa tu budak ting 4, lepas skolah keje part time

      Delete
  9. Nak tnya klw lelaki rmbut bleh Panjang ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bidang penyediaan makanan mmg x bleh rambut panjang la awak. Saya dulu kerja dgn rambut panjang tau, but manager marah.πŸ˜…πŸ˜…. Tp ok la, sbb paham2 la kan, kenapa x boleh. Ok la dia marah je, asalkan x pecat.

      Delete
  10. Replies
    1. Mula-mula memang macam susah sebab kena tekan-tekan screen dia tu. Lama-lama dah biasa tu okey lah.

      Delete
  11. Tkut tgk part nk jge kaunter

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tu keje paling senang dan rilexxx. Hahaha. Belakang stress sikit

      Delete
  12. Saya dulu pun ada pengalaman kerja KFC, department CSC, masa habis SPM dulu. kerja dlm 3-4 bulan je sementara tunggu masuk Matrik.Serius seronok kerja KFC. Kawan2 semua ramah, manager pon baik. Paling best, dpt kerja dlm aircond and makan free... Kalau closing dpt bawak balik KFC freeπŸ₯°πŸ₯°πŸ₯°

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaaann. Dia macam pengalaman yang takde tempat lain. Tapi bestt. Cuma kalau offer keje kfc lagi tu tak la. hahahaha

      Delete
  13. Nak tanye, kalau shift morning untuk hari jumaat kan... Dia akan bagi ruang untuk solat jumaat and anjakkan masa habis shift untuk cukupkan 8jam ataupun tak ye??

    ReplyDelete
  14. Hai sy nak tya time rehat untuk 3 shif MORNING MIDDLE CLOSING

    ReplyDelete
  15. Nak tnye sikit bout cuti. If ade anything perayaan such as raya cina, deepavali and hari raya. Berapa hari je kita dpt cuti?

    ReplyDelete
  16. Nak tanya kena ade sijil pape ke utk bg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiada sijil diperlukan.. dia cuma ada minta taraf pengajian tertinggi masa isi borang permohonan kerja kosong sahaja.

      Delete
  17. Bang nk Tanya kalau ayam short sbb apa?

    ReplyDelete
  18. Saya nak tanya kerja part kfc sekarang suntik thypod kena bayar sendiri ke pe ya

    ReplyDelete
  19. Clossing duit akhir siapa kira, orang atas kita atau cashier?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cashier kena kira. Nanti manager akan double check balik tak. Kalau tk tahu tanya je staff dgn manager. Jangan malu.

      Delete