Hari ni aku nak kongsi sikit kat yang baru-baru nak masuk Universiti ke, especially to Pelajar UM. Ok aku nak cakap yang kehidupan di University more complex than di Matrikulasi/Asasi/Sekolah. Ye laa, kena aktif aktiviti itu dan ini. Kalau tak memang tak boleh duk kolej kediaman la bila dah menjangkau ke tahun 2. Aku pun bukan lah senior, aku pelajar Tahun 1, Baru je masuk ke UM >_< .. Aku merupakan Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan. Major dalam Kimia dan Minor Biology. Macam ni laa senang cakap, aku blajar Kimia lebih dari Biologi. Haaaa, fahaam ? Kalau tak buat-buat faham laa ye. Haha
Orang cakap kehidupan kat Uni ni relax dan tenang. Maybe betul laa kan. Tapi tak bagi aku. Ye di akui memang kelas pagi, then sambung kelas petang. Banyak masa gap, tapi apa yang aku buat ? Haha. Blogging, FB, Henfon. Buku ntah kemana.. Bila masuk Uni ni semua benda kena urus sendiri. Tu yang penat. Tambah-tambah yang join aktiviti kolej/Universiti laagi la. Yang jadi crew laaaagi penat sebab banyak benda kena settle sebelum event, so mana masa korang nak study/assignment/lab report. memang tak sempat beb. So masuk U ni boleh dikatakan 70% enjoy, 30% study. Hahahahaaaa ! Memang dah macam tu kan. Biasa laaah. Tambah-tambah UM. Festival/pesta tak henti-henti. Nasib baik aku
So bila masuk U pertama setting niat dulu, masuk sini sebab nak belajar. Jangan gatal nak mengorat jantan tu, perempuan ni lagi ok. Blaaja dulu. Lepas dapat dekan 2 3 kali go on la.
Bila masuk UM kau mesti aktif. Setiap pelajar akan ditempatkan laaah di Kolej Kediaman mana-mana. UM ada 11 Kolej Kediaman Untuk Degree + Postgrad (Master, PhD) dan 1 kolej Kediaman Untuk Pelajar Asasi UM.
My Kolej. Kolej Kediaman Keempat. Rumah kedua after rumah kat kg :D
Macam mana nk aktive ? Setiap kolej Kediaman ada projek dan program tersendiri. Kau mesti join banyak-banyak. At least 2 laa. Jadi AJK Pelaksana untuk program yang kau join laa.
Kat U ni semua kita urus sendiri. Felo maybe akan tolong sikit-sikit jaaa. Semua terletak dibahu kita sama ada program tu berjaya atau tak.
Memang kau tak akan cukup masa untuk study sebab terlalu sibuk meeting sana sini tiap malam. Demi dapatkan merit dan stay kolej untuk tahun seterusnya. Hahaha
Sebenarnya aku kesuntukan masa nak study, buat lab report ni. Tapi pandai-pandai la cilok masa nak buat segala benda tu. Ok laa, nak sambung buat kerjaaaaa ... Nanti next aku nak cerita tentang Kos aku, Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan yeee ..
Daaaaaa