Hi da Assalamualaikum..
Disebabkan banyak gila request yang tanya pasal Kolej MARA Kulim, aku cerita lagi more details okaay. Entry lepas aku banyak crita pasal cara nak study ni. Ni nak cerita lagi pasal lifestyle kat sana.
Lepas baca ni kompom rasa adrenaline naik, nak masuk Kolej MARA Kulim kalau boleh lagi cepat lagi bagus. Hahaa
Aku ni dah student degree tahun 2. Tapi masih dan sangat merindui KMKulim yang sangat awesome.
Kolej MARA Kulim ni kolej dia tepi jalan besaq Kg Junjong Kulim. Tapi dalamnya berbukit bukau. Redooo je laah eh naik bukit nak balik ke dorm.
ASRAMA
Kolej MARA Kulim (KMKu) masih mengamalkan sistem dorm. Bukan bilik tau. Tapi jangan risau, sebab bukan dorm macam skolah yang katil sepanjang jalan. Tapi diasingkan mengikut cube. Apa tu cube ? Boleh dikatakan macam bilik la. Satu cube 2 orang, dipisahkan dengan dinding.
Haaa inilah dia dorm dan cube. Dipisahkan dengan dinding dan locker.. Jangan risau, Takdak orang nak ngendap hang laa. Hahaha. Lifestyle langsung tak macam asrama skolah. Takde had limit light off pukul brapa ke, prep ke ape kee. Ni bukan skolah. Ni la masa untuk berdikari, self-study.. Waktu kelas 8-4.30 (KMKu je habis 4.30. Matrik lain pukul 5.. Waktu lain lantak kau laaah nak nak ke mana. Tapi keluar kolej hari minggu ja la boleh. Tapi kadang-kadang kelas 3.30-4.30 ade jee cikgu rasa malas laa nak mengajar, dia bagi balik awal. Haha. Mase sem 1 dulu pukul 3.30 - 4.30 kelas tutorial kimia. Cikgu malaih, dia bagi balik + Kitaorang pon malas sebenarnya. Hahah. Jahat kan kami. Tapi exam masing2 skor okaay)
OUTING
Untuk outing tak boleh sesuka je keluar. Ada laa hari dia iaitu khamis dan sabtu sahaja..
Untuk outing ikut giliran. Kalau lelaki hari khamis, perempuan sabtu. Next week rotate plak. Laki sabtu, perempuan khamis. Ingat lagi masa first outing pi Kulim Landmark.. Tu ja pun yang ada. hhaha selalin Tesco (payah teksi) dan Bandar Kulim (Tak suka environment dia. Hahaha). Outing biasanya naik teksi laa. Hari sabtu dan khamis (waktu outing) tak payah call teksi ke hape. Memang teksi dah dok depan tu tunggu pelajar kluar outing. Bayaran fixed, dulu la ada yang RM10, RM8, RM7. Ikot pemandu teksi laa. Harga tak fixed sebab non-metered taxi. Naik teksi 4 orang dapat la murah kan.
This is Kulim Landmark. Tempat melaghokan diri. Percaya laaah datang every week tak bosan.
Sebab kat sini ada :
- MBO Cinema
- Bowling
- Karaoke
- Giant (Shopping)
- Food Court (Quite tasty + murah)
- Fast Food (KFC, Mc Donald, Pizza, Dominos)
- Bookstore (Lupa nama dia)
Banyak lagi laaah. Apa yang ada di mall semua dia ada. Tak lupa Restoran Nasi Kandaq sbelah tu. Sedap :)
Ni first week di KMKu dan first time kluar dengan Roomate.. Dia ni kawan sejak skolah rendah lagi sebenarnya. Sekelas dari Sekolah rendah, menengah dan Roomate di KMKu. Tak sekelas sebab dia modul 2. Huhu..
Sekarang dia di UTM (Kimia Industri). Aku pulak Kimia Pendidikan. Hahaha. Minat sama babeeess !
AKTIVITI DI KMKU
Aktiviti disini sangat banyak.. Macam kat skolah tu. Tapi sangat penat sebab semua kita organize sendiri. Kat KMKulim dipecahkan kepada Kuliah A sampai huruf yang available laa. Haha. Masa kami dulu Kuliah A-H jee. Ikut Modul la. Kelas A-C (Modul 1), D-F(Modul 2), G-H (Modul 3). Batch sebelum kamu sampai IJK kelas depa. Maybe time kami kuliah compact sampai 60 - 70 orang. Then kelas tutorial pecah kepada 4.
Ni kelas tutorial aku. 10 orang sahaja.. Kuliah 70. Hahaha. Masa ni laa cikgu kau beri penekanan dan perhatian lebih sebab tak ramai.
1. English Week
Part of classmates. Kuliah H. Ramai lagi sbenarnya tak tutun. Waktu ni masa minggu English. Kelas kitaorang buat cerita Repunzel. Setiap kelas kena ambik satu story English tau. Kitaorang pilih repunzel. Yang oren blakang tu Menara yang Repunzel dok. Hahaha. Aku tolong-tolong sikit jeee.
Esok tu pi kelas ngantuk gila sampai Cikgu Bio tanya kenapa awak ni mengantuk sangat ? Malam tadi tido pukul brapa ? Aku cakap pukul 2, malam tadi prepare untuk English Week tu. Then cikgu kata I see. Lupa nak cakap "Welcome to real Matric life" ... Hahaha. Memang waktu ni study ntah kemana. SIbuk prepare booth laa.. Sangat seronok gila-gilaaaa. Maklumla zaman sekolah tak pernah buat. Masuk Matrik ni Sebijik masuk U. U klau buat aktiviti organize sendiri tau. So zaman ni mereka nak train kita berdikari, organize kumpulan sendiri. Nampak takk skills yang diserapkan masa matrik ni ? Nak tengok Repunzel dan Princenyaaa ??
Tadaaaa.. Sampai sorang Teacher tu terkejut, dia cakap apa tau..
"Wooooaaa, a real princess".. Dia pakai inner kat dalam. Rambut tu palsu sahajoor. Hahaha. Nampak tak ke"Repunzel"annya tuu ? Panjang gila rambut. Kau jangan main sekarang ambik Dr Gigi kat USM :) . Yang si Prince tu pun hensem kan. Sekarang ambik Sains Sukan di UiTM.
Ini dari kelas mana ntah. Diorang dapat Harry Potter. Hahaha
Seronokkan !!
2. Sambutan Hari Raya
Masa ni seronok sebab dapat makan segala benda. Haha.
Kelas kami tersisih dapat meja kat luar T_T. Tapi kisah ke aku. Aku nak makan, aku nak raya. Mana taknya kalau raya ke3 dah kena balik Kolej. Sedihkan Y_Y..
Sweetkan kami suap2 gitu. Hahaha
Kononnya tengok screen kat dalam. Padahal langsung tak nampak. Hahaha
Yang ni ambik gambar dengan Cikgu Fathul aka Cikgu Kimia kami.. Nampak tak berdiri sebalah cikgu tu. Sebab tu kot sampai sekarang aku ber"kimia".. Hahhahaa.
3. Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Merupakan satu organisasi paling best bagi aku seumur hidup. Kami ibarat satu keluarga. Makan gaduh sesame dalam bilik kaunseling tu. Serious kami semua team prs rapat sampai sekarang. Zaman kami tu banyak sangat aktiviti yang PRS organize. Ceramah Pengurusan Jenazah laa, Maulidurrasul la, Hari Anugerah la dan banyak laa.. Sebab pihak kolej lebih percayakan kami untuk anjur program bawah seliaan Cikgu Kamal. Tapi dia dah takde tahun lepas rasanya. Innalillah..
Cikgu Kamal baik, tapi tegas. Suka tengking kalau salah buat apa-apa, tapi dia la sebaik-baik cikgu. Dia ajar nak organize program, ajar buat surat, ajar protokol yang kau takkan pernah blajar kat luar. Sampai skarang kat U, kau kena main buat je. Diorang tak ajar dah. Nasib baik aku ada basic tentang semua itu. So kat U ni aku takde masalah untuk handle program.
PRS banyak buat aktiviti kemasyarakatan. Masa tu kami pi kem kat Kolej MARA Kuala Nerang untuk kursus..
Lepas tu Kami bertemu di City Plaza Alor Staq lawan bowling ngan depa. Serious seronok gilaaa weii.
My BFF
Nuaim, Bibong and Salam
Bibong ni tak cakap nak selfie. Hahahaha
Lagi seronok masa buat khidmat masyarakat di Rumah Anak Yatim Ummu Salamah di Gerik Perak.
Serious kata kau seronok gilaa main dengan budak-budak kat sana. Memang aku tengok kesian sebab sangat miskin (Senang kira) kan. Tapi budak kat situ dah adapt dengan masalah. So takde masalah laaa.. Ingat lagi masa nak balik adik angkat aku nangis sebab tak bagi balik. Faham laa prasaan dia kan. Adik angkat aku tu Darjah 4.. Aku selalu dok ngan dia, peluk dia, cakap ngan dia. Mybe dia tak pernah dapat kasih sayang sebegitu rupa. Aku pun turut nangis dik..
Yang baju melayu purple tu laa adik angkat aku ^_^ . Comel macam aku kan. Huhu
Masa nak dekat akhir sem, PRS buat makan malam di rumah Cikgu Kamal. Masa tu kami datang dari pagi kot untuk set-up semuanya sendiri. Masak pun sendiri jugak dengan cikgu kaunselor (Cikgu Su dan Cikgu Mar).. Kami makan Nasi Briyani sedap gila nak mampos bak hang.. Ada sate la and banyak gila laaa makanan lain pun. Kenyang gila masa tu.
Ni kira macam cendrahati la kirakann. Hahaha..
Sampai skarang simpan kot. Nampak biasa tapi memory sangat luar biasa.
4. HARI SUKAN KOLEJ
Untuk hari sukan masa tu ada 4 pasukan. Aku lupa lak kumpulan lain. Hahaha
Masa ni gabungan antara Matrik H, Matrik F dan USM A.
Nampak tak 3 Gold, 1 Silver yang i sumbang.
Acara Gymnastic Berirama. Gold dalam Ball, Ribbon and Hoop. Tapi Clubs silver. Hahaha
Tkde laaah..
5. KAKOM DAN KASUKMA
Kakom merupakan Karnival Kokurikulum Matrikulasi. Hanya pelajar matrik terlibat.
Kasukma pulak Karnival Sukan Mara. Hanya institusi MARA sahaja terlibat. Yang ni saingan sengit sikit sebab lawan matrik lain. Tapi Iolls tak masuk. hahah
6. PESTA PENANG
Pesta Penang ni setahun skali je tau anjur kat Penang. Dalam bulan 11/12 macam tu laa. Kami buat trip kelas pergi kesana. 1 bas je yang pergi. Ingat boleh pi macam tu je keee ? Kena ada orgaisasi, paper work dan AJK yang terlibat. Penting tu. Kat U segala benda kena ada paper work, surat kalau nak buat program. That's it.. Matrik ni sangat mengajar kita kearah itu okaaay ..
Sekitar di Pesta Penang
7. MALAYSIAN BROADWAY
Malaysian Broadway ni yang ala-ala high school musical tu.
Blakon then nyanyi + menari. Gambaq xdak. hahaha
Cuma ni ja yang ada. Kebetulan kami buat tajuk SOcial Network. Padan la kan. Hahah
RELAXATION AT KMKu
1. Lepak depan COOP
Coop ni dah macam pasar raya. Kau masuk jee, ada ekon satu hal.. Pastu semua mak nenek ada dijual disini..
Konon buat keja, padahal aku main pesbuk. Hahah
2. MUSIM BUAH DAN SAKURA DI KMKu
Dulu pi jalan pusing KMKu jumpa rambutan. Aku pun cakap kat si Ali. Dia tu suka panjat-panjat pokok ni. Hahaha. Jadi slave aku la masa musim buah.
Ni musim sakura. Tapi gambaq ni bukan di Kulim la. Tapi anda juga akan merasai sebab KMKu ngan Penang sangat dekat dan terpalit sikit musim sakuranya.
3. KEDAI MAKAN DEPAN KOLEJ
Yang laki ni biasanya lepas solat Jumaat singgah dulu makan kat situ. Aku paling suka Char Ho Fun. Sedap gilaaaaaa weii.
Pastu beli cekodok, pisang goreng then makan tengah padang ala-ala picnic gitu. Jangan lupa ayaq nyoqq. Padu bak hang tengah panas cenggini.
4. SURAU
Port lepak kami jugaaak surau. ahaha. Nampak tak betapa baiknya kami..
Biasa musim exam tido surau jee. Study ramai2 dan tido surau sampai subuh . Barokah tu penting kalau nak berjaya. Hahaha..
DEWAN KULIAH DAN LAB
Ni laa dewan kuliah dia. Kecikk dan senang. Tak macam kat U. Luas, nampak pun tak okaay.
Ni dewan Kuliah di Bangunan Akademik
Ni pulak dewan Kuliah di Bangunan lagi satu. Dewan kuliah ni panjang. About 3 kelas macam kat skolah.. Jangan risau, ada aircond okaay.
#MenInBlack katenyee. ahahaha
View di Perkarangan Bangunan Akademik KMKu
Ada 4 lab iaitu Lab Fizik, Kimia, Bio dan Sains Komputer.
Ini masa lab Bio. DIssection tikus sebab nak tengok organ dalaman kan. Seronok gilaaa kot.
Yang ni pulak masa ABO blood test. Aku jenis B :D
BULAN PUASA DI KMKu
Bulan puasa paling seronok. Pukul 6 2/3 orang ahli dorm ke Dewan Selera untuk ambik makanan untuk semua ahli dorm.. Nanti makan ikut dorm masing-masing (meja makan panjang). Cukup laa untuk satu dorm. Masa ni buat laa jadual. Hari ni sapa prepare makanan, esok pulak sapaa.
Azan tu tak boleh makan lagi. Pi surau bukak posa dengan air dan kurma jaa. Solat maghrib, pstu baru makan.. Solat Terawih kat Surau ^_^ .. Seronok
SEDIKIT GAMBAR YANG DIAMBIL SEMASA DI KMKu
Tebal kan. Blajar 5 bulan jee. hahaha. Jangan risau, senang jaaaa niih. Buku fizik tu romet aku punya okeeyh
Kau mampu.. Dekat Baldi pun banyak formula fizik. Hahaha
Contoh soalan fizik (Tiba-tiba ada dalam album kan)
Nanti kau akau faham kalau kau blajar fizik (Projectile motion)..
Tapi aku tak ambik fizik pon. Hahahaha. Romet I ambik
Panjang gila entry ni. Hahah.
Takpa laa. Demi hadik-hadik tersayang.. Korbankan masa sikit jaaa.. Tak salah.
Semoga Berjaya di KMKulim semuaa.
Hayatilah setahun anda yang sangat singkat nak mampos..
TQ
Kolej Mara Kulim Part 1