Click me ^_^

Sunday, 15 May 2016

Cara tambah Iklan Nuffnang di Blog


 Assalamualaikum dan Hi..


Tau tak apa tu nuffnang ?

 The World's Leading Blog Advertising Community
Alaaa, agen iklan terbesar. Dengan iklankan nuffnang di blog, mereka akan bagi sedikit tips kepada kita. Bukan tips jawab exam yee, tapi sedikit saguhati laaa katakan.
Senang kan keje kau. Masuk iklan dalam blog, dapat duit. Tapi bergantung kepada traffic yang masuk ke dalam blog korang la banyak mana. Makin banyak yang click iklan di blog anda, makin banyak pendapatan anda. Takde laa banyak, tapi boleh laa kan dari takde langsung.

Ada yang tau kewujudan Nuffnang, tapi tak tahu macam mana nak sertai, tak tahu macam mana nak masukkan iklan dalam blog kan. Haaaa, ikuti laaah langkah-angkah berikut :

Yang ni step paling penting iaitu registration. Kalau tak macam mana nak join kan. 
Click SINI ! untuk mendaftar. Tekan JOIN NUFFNANG.


Seterusnya isikan segala detail anda. Lepas tu next dan isi yang seterusnya sampai complete.



Setelah complete registration, sila ke e-mail untuk aktifkan dan login ke akaun nuffnang anda


Lepas dah login, click MY NUFFNANG. Benda alah ni berada di bahagian atas, bawah logo


Lihat ke sebelah kiri profile anda, dan click Manage Blogs


Di sini ada 4 langkah yang perlu anda turuti ..

1. Isikan segala detail tentang blog anda.
2. Isikan survey untuk blog anda. (Soalan tentang blog anda tentang apa, brapa kali update blog dalam seminggu/sebulan). Soalan click-click jee.
3. Save Change. Tak save satu masalah pulak kena buat balik dari awal.
4. Click ADD AD UNIT.

Ni laa rupanya bila kome tekan Add Ad Unit (Terperak pulak bahasa). Hihihi
So korang boleh pilih nak iklan jenis Leaderboard, Skyscrapper atau Large Rectangle.
Click mana-mana yang anda rasa sesuai dengan blog anda.. Bila dah click, satu kotak bermentera semerah padi tu akan keluar. Nanti just copy sahajee okaay.

Login ke blog anda, tekan dashboard je dan click yang dok tengah-tengah antara New Post (Gambar Pen) dan view blog. Scroll ke bawah dan cari Layout.

Okay nanti dia akan keluar macam ni. Then cari je mana-mana yang ada (+ Add a Gadget). 
Kalau pilih Leaderboard, cari (+ Add a Gadget) yang panjang. Kalau ambik skyscrappers, cari yang kat tepi, kalau ambik Regtangular tu, cari Add a Gadget yang tengah. 
Saya pilih yang Leaderboard, so click je kat Add a Gadget yang tulisan biru tu.

Then click HTML/JavaScript. Tekan lambang (+) yang biru tu.

Nanti dia akan keluar kotak kosong macam ni.
Untuk title boleh tulis apa-apa je. Kalau saya, saya tinggalkan kosong sahaja.
Then paste link yang di copy di page Nuffnang tadi. Click Save

Dan Tadaaaaa !! Iklan da keluar. Saya baru sahaja daftar Nuffnang 1 minggu lepas..
Daftar, buat entry apa-apa, orang baca, traffic naik, dapat duit. Yeeah ! Dalam seminggu dapat laa RM1.25. Okay la tu goyang kaki dapat duit. Makin ramai visit blog anda, makin banyak laa duit anda dapat. Bila dah cukup RM50, Nuffnang akan hantar cek ke rumah anda.

Sekian sahaja. Selamat mencuba :)

2 comments:

  1. assalamualaikum..kenapa ye saya buat akaun nuffnang x leh nak login??mohon pencerahan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm. Sorry for late reply. Cuba check balik kat email, biasanya ada activation link after sign up.

      Delete