Click me ^_^

Tuesday, 24 May 2016

Cara mengubati Ulser mulut

Assalamualaikum dan Hi semuaa..

Harini rasa takde mood sebab terkena mata ikan. Apa kena mengena mata ikan ngan Ulser lak kan ?
Kalau orang-orang tua biasa panggil mata ikan. Budak zaman milenium ni panggil ulser mulut.


Itu laa binatangnyee. Tompok putih atau merah kat dalam mulut. Sakit dia tak payah cakap memang sangat sakit gila babeng. Biasanya benda alah ni hilang dalam masa 4-5 hari jee. Tapi kalau dah nak hilang, kau tergigit dinding mulut kau, tanggung laaah buat 4-5 hari lagi. Dah la aku banyak esaimen ni, test pu banyak. Biasa laa minggu-minggu akhir kuliah ni macam-macam la lecturer nak..

Ada banyak laa jugak sebab kalau terkena ulser mulut ni. Antaranya ialah (Ayat BM sekolah menengah gittew)
1. Terkena benda tajam seperti garfu ke atau kau saja-saja gigit dinding mulut kau pun probably akan jadi ulser mulut sebab kulit yang menutupi dinding mulut kat dah gigit. LOLS
2. Kekurangan zinc, folic acid and vitamin B12. 
3. Jangkitan kulat/bakteria
4. Kurang minum ayaq masak. Maybe betul laa kot sebab aku kat kolej memang minum ayaq masak je banyak. Semalam cuti sabtu ahad aku balik rumah. Kat Subang jeeek :P.. Kat umah kau faham-faham laaa kejap teh tarik, kejap milo, kejap air gas. Hahaha. Kat kolej berjimat cermat dik, barulah hidup harmoni.

Kesan Ulser mulut
1. Selera makan tu ada. Tapi sedeyh sebab yang jenis tom yam kawww-kaww, kari ka apa kaaa, kalau kena mulut jadi pedih gilaaa T_T. Tadi pun aku makan nasi dengan sup ayam jee. Padahal craving gila nak makan tom yam.
2. Mulut kau akan rasa sakit tambah-tambah masa nak bercakap, menguap even masa makan, minum ayaq pun kadang-kadang terasa. Kalau kau letak lidah dekat "White spot" tu pun rasa sakit Y_Y.
3. Dehydration. Ye laaa, nak minum air masak pun ada jugak rasa sakit, so korang akan jadi kurang minum. Bahaya laaah musim-musim panas cenggini ni kalau kurang minum air. So penyelesaiannya ialah minum pakai straw. Hahaha. Aku minum pakai straw tak kena white spot tu.

Cara Mengatasi
1. Cara yang aku paling suka iaitu makan eskrim vanilla. Tak tau la ada apa dalam tu walaupun aku ni budak kimia.
2. Cara paling effective tapi sangat menyakitkan adalah dengan kau taruk garam dekat white spot tu. Pedih dia rasa macam nak tumbuk orang. Mak aku pernah suruh dulu, aku buat laaa. Sakitnya hanya tuhan yang tahu. So sekarang kalau kena ulcer mulut jangan harap aku nak pakai garam.
3. Berkumur dengan air garam. Ok laaa dari letak garam sejambak (betul ke? Haha) kat mulut kau tu.
4. Kau makan sweet corn, letak garam lebih skit. Hahahaha... Ok laa dari berkumur dengan air garam atau taruk garam dalam mulut kan.
5. Boleh cuba guna soda Bicarbonate sebab dia banyak zinc dalam tu (Nampak laa kekimiaan aku tu. Hihi)

Cara Menghindari
1. Banyakkan minum air masak
2. Jangan gatal gigit dinding mulut pakai gigi dracula kau
3. Boleh ambik supplement atau vitamin yang ada folic acid, zinc dan vitamin B12.
4. Selalu bersihkan mulut (berkumur) lepas makan dan gosok gigi sebelum dan selepas tidur.

Tu jee laa apa yang aku pernah cuba, pernah lalui ulser mulut ni. Sakit dan perit, tapi dunia dah moden. Banyak laaah cara mengubati dengan cepat dan sedap macam makan eskrim Vanilla tu. Hihii

No comments:

Post a Comment