Click me ^_^

Tuesday, 21 June 2016

Dapat CPUV Nuffnang tapi tak banyak unique visitor

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semuaaa...

Walaupun pukul 3 petang nanti ada exam, tetap gigih nak berblogging. Hahahaha
Aku baru prasan sebenarnya banyak gilaa aku punya CPUV. Dah lama tak bukak Nuffnang ekceli.
Terkejut jugak tengok banyak gilaaa, macam dalam mimpi. Ada baca blog lain, kalau dapat CPUV earning akan jadi banyak gilaa..

Tapi aku tengok macam sedih jee. Brapa sen je dapat. Hahahaha. Tak tau babe nak buat entry apa sebab sekarang ni busy ngan final exam..

Haaa tengok la sendiri banyak mana. Kat bawah tu ada lagi sebenarnya..
Yang credited dah dapat 32 sen. Wakakakaka..
Okey la tu, bersyukur di Bulan Romadon nii. Dok goyang kaki sambil tak bukak blog pun dapat 32 sen. Romet aku pun kedekut babe nak bagi. Hahaha (Takde laaah. Jangan marah romet)

Tak tau nak buat macam mana lagi dah nak dapat banyak unique visitor..
Tapi takpa laaa, side income jaah, Lagi 18 tahun dapat la first cheque. Wakakakakaka

Ok laaa babeeess.. Aku nak sambung study dulu. Fail paper ni mati aku

Assalamualaikum dan Salam 16 Ramadhan

Sunday, 19 June 2016

Cara skor Last Minutes di University

Hi semua ...
Harini rasa macam nak share sikit la tips macam mana nak skor di Universiti LAST MINUTES..
Bayangkan exam esok lusa, kau satu hape pun tak study kan.

Nak belek-belek lecture note jangan harap la sempat sebab lecture note sangat lah tebal T_T..
So ni ada beberapa tips yang aku sering gunakan bila aku dah takde masa nak study

1. Buat Past Year question.. Dengan ni korang akan tahu laa macam mana patern soalan yang akan keluar dalam exam nanti.. Kurang-kurangnya buat dalam 3/4 sem lepas jee. Biasa soalan akan rotate yang sama in that cycle jee. Lecturer takkan keluarkan soalan 10 tahun lepas misalnyaa. Kalau tak sebijik pun, maybe lecturer tukar sikit-sikit jaa. Hehehehe

2. Study balik semua tutorial/esaimen yang lecturer suruh buat. Biasanya soalan final pun diambil dari tutorial jugaak.. Macam lecturer aku memang suka ambik soalan final exam dari tutorial. Ada yang ambik sebijik-sebijik (Biasanya prof). Ada jugak yang tukar sikit-sikit (Biasanya Dr dan kebawah).. Setakat ni, macam tu la yang aku prasan. Kalau jenis Prof ni, dia ambik soalan past year n tutorial sebijik-sebijik.. Kau telan jee soalan tu nanti.

3. Study Soalan test.. Haaaa, ni pun hint jugak sebenarnya.. Soalan test biasanya dr akan bagi pada akhir sem kan. Bermakna merangkumi semua. So korang study je lah yang tu.. Kalau ada 2/3 test, haaa study jee la semua test walaupun sekadar pop quiz. Penting tau...

4. Kalau dah terlalu last minutes, esok exam tapi kau satu hape tak baca lagi, aku syorkan kau jangan tido laaa.. Aku memang macam tu. Kalau esok tu ada exam, malam tu memang aku tak tido.. Aku biasanya tido lepas solat isyak, then bangun dalam pukul 12 pagi, pastu kau study laaah sampai ke masuk dewan exam.. Aku memang camtu, balik dari exam aku tido laaah. Hahaha
Roomate pun cakap aku pelik, malam jaga siang seharian tido... Memang sejak azali dik macam tu.

5. Kalau kau jenis ponteng kelas macam aku ni (Jangan contohi tau. Hahaha), tanya laa kawan-kawan apa yang lecturer cakap yang masuk exam. Biasanya nak dekat-dekat akhir sem ni ada lecturer cakap yang itu ini keluar exam, itu ini PENTING. Kalau PENTING tu kompom dik non masuk exam..

6. Solat sunat dan berdoalah kepada Allah agar apa yang kau buat tu masuk dalam exam, semoga kau ingat dan semoga usaha kita diberkati. Amin !!

Itu sajoo lah sedikit perkongsian.. Harap boleh praktikkan tauu :)

Monday, 6 June 2016

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan 1437 Hijrah

Assalamualaikum semua..


Alhamdulillah.. Dah masuk Ramadhan tahun 1437 Hijrah bersamaan dengan 2016 Masihi..
Sangat cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah puasa dah..

Sem ni agak sedih la sebab puasa 3 minggu di UM dan seminggu di kampung halaman..
Macam sem lepas puasa seminggu je kat UM. Buntu jap bila dok fikir nak makan apa sahur ngan buka puasa selama 3 minggu ni. Masak laaaa aku. Hahahaha

So sebagai persediaan aku dah plan dah. Sahur macam sebelum-sebelum ni laaa. Makan roti atau biskut dengan ayaq milo jee.. Kalau petang aku keluar, beli laa roti yang sedap kat bakery atau beli Big Apple donuts .. Yummm Yummm sedap. Hahaha


Lepas tengok ni, terus aku pi Mid Valley beli oat buat minum dengan milo pagi-pagi. Buat ala-ala nestum gittew


Buka puasa tak kisah sebab Bazar Ramadhan Pantai dalam menawarkan juadah berbuka puasa yang sangat sedap kata kau. Hahhaa. Serious tak sabar nak ke Bazar Ramadhan Pantai Dalam nanti.
Tapi ingat jangan boros. Amalan syaiton semua tu. Walaupun syaiton dah kena waran tangkap, jangan la kau pulak jadi syaiton yeee..

So bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak ni, aku nak memohon maaf sekiranya ada terlepas cakap sepanjang aku tulis entry, terpedas terkutuk termaki dan semua Ter laaah..
Kadang-kadang buat entry dalam keadaan stress sebab esaimen berlambak ke ape kann. Huhu
Harap dimaafkan okaaay. Semoga amalan kita diterima olehNya. InsyaAllah.

So mari laaaah kita buat sebanyak mungkin amal ibadat di bulan yang rahmat dan berkat ni. Ramadhan ni sebulan je dalam masa setahun ni. Masa ni laa nak adjust balik perangai jadi elok, fix mana-mana yang problem tu kan. Why not jadikan ramadhan tahun ini lebih bermakna dan memberi kesedaran kepada kita. Mari laaa kita muhasabah diri kita wahai manusia sekalian.

Lazimi laaah diri dengan berzikir, solat sunat, bersedekah, baca Quran dan buat je apa-apa kerja amal. InsyaAllah akan diterima oleh Allah :)

Haaaa. Jangan baca je tau. Kena amalkan jugak

Jom laaa kita tingkatkan puasa kita tahun ni sampai ke stage 3. Kalau tahun-tahun lepas dah sampai ke level 3, naikkan lagi sampai 300 pun takpa. Sebab makin tinggi level, makin banyak laah pahala kita. InsyaAllah.

Ni haaa paling penting. Jangan lupa niat posa. Kang posa sebulan tapi lupa niat. Mintak Jauh laaa yee.. Lupa niat posa ?
Ni haaa baca okaaay. Nak senang baca yang pertama tu. Niat sebulan terus. If terlupa nanti pun takpa sebab dah niat puasa sebulan.

Semoga Ramadhan tahun ini lebih diberkati olehNya. Aminn :)
Jangan Lupa Ketuk-Ketuk Ramadhan okaay. My feveret time bulan posa. Wajib tuu. Hahaha

Friday, 3 June 2016

Pak John Steamboat e-Curve

Assalamualaikum dan Hi Ollsss..

Minggu ni dah last week lecture sebab lagi 2 minggu dah final exam semester 4 T_T (Study belum)..
So semalam plan nak gi makan-makan dengan Team Polymer Lab. Hahaha
5 orang je pun. Aku, Ainaa, Shida, Hazran ngan Tutor Kesayangan kami, Kak Efa. Hahaha

At first aku mengidam nak makan megi celup. Ye lah, dah nama lagi pregnant kan. Ngidam la macam-macam. Huhuhu.. Tiba-tiba Shida cakap nak makan Pak John. Aku macam -_-" .. Apa tu ?
Rupanya steamboat. Biasanya steamboat paling kurang RM45/head. Pastu aku tengok website. Harga RM29.90 jee/ Head. Campur tax dalam RM35 sorang laaa. Aku macam, wah murahnyeeeeeeee <3 ..
Aku setuju jee laaa. Bertolak dari UM dalam pukul 11 pagi. Sampai laa e-Curve dalam pukul 11 lebih camtu..

Sampai tu, Ya Allah jalan jauh gilaaa nak sampai ke Pak John. Sebab parking kat Ikea. Jarang datang sini, parking merata jee laa. Hahaha
Sampai tu kami orang first yang nak makan. Hahaha. Nampak semangat tu.

Situ style ko duduk dulu, dia siapkan kau punya dapur (kot laaa namanya). Hahaha
Pilih Sup apa yang kau nak. Ada 5 pilihan sup. Woooo, banyaknya. Tapi pilih 1 je laa. Hihi
Kami pi 5 orang, dia bagi 2 dapur. So jangan berebut okay. Kami ambik Tom Yam dan Chicken Soup.
Nak bayar lak masa ko tengah makan, nanti dio punya pekerja datang laa kat meja bagi resit dan bayar masa tu. Tak payah nak beratur kat kaunter.


Beef Bone Soup, Tom Yam, Miso, Curry and Chicken soup yang available..

Haaa inilah dia muka pelahap taraf antarabangsa. Hahaha


Pilhan makanan yang ada :D ..
Macam-macam jenis sayur, bebola, isi ikan, udang, sotong yang ada. Serious tak cukup perut nak makan semua. Huhuhu

Honey Chicken sangat sedap gilaaaaaaaa...

Comel kan. Nak makan pun sayang. Hahahaha


Grill pun boleh.. Bukan pakai sup jaaa..

Yang panjang-panjang tu siput buluh rasanya nama dia.. Bila bakar besar laaa, lepas tu serious kecik gila nak mati. Hahaha. Tapi sedap !!

Bukan tu jaaa. Waffle, Kaya Balls pun ada. Serious sangat best kat sini ..

Lepas tu dalam peti ni ada buah dan pencuci mulut. Ada puding, sagu dan yang paling sedap dibawah 

Cocktail buah. Serious weh sedap gilaaaaaaaaa...
Bayangkan dalam peti tu dia letak 12 mangkuk, kitaorang 2 mangkuk sorang. Hahahaha
Kuang Hajooo betul kitaorang. Balik pun rasa macam nak makan lagii. Huhuhu

Battle Ended .. Hahaha
Makan 5 orang, dah rupa makan 18 orang. Huhuhu

Sangat puas hati gilaaaaa.. 
Murah dan balik je bilik semua terus telentang. Hahahaha
Akibat kekenyangan kan.. Hahahaha

Kalau pergi weekend, Harga RM45 (Campur tax). Kalau pergi weekday dapat RM35 jee..

Dia dok dalam e-Curve benda ni. Pi laaa, serious tak rugi.
BTW, air bandung dia sedap sangat. Hahaha

Jalan nampak ni. Nasib baik aku dah tua, Kalau tak aku dah lama naik. Hahahaha