Click me ^_^

Sunday, 19 June 2016

Cara skor Last Minutes di University

Hi semua ...
Harini rasa macam nak share sikit la tips macam mana nak skor di Universiti LAST MINUTES..
Bayangkan exam esok lusa, kau satu hape pun tak study kan.

Nak belek-belek lecture note jangan harap la sempat sebab lecture note sangat lah tebal T_T..
So ni ada beberapa tips yang aku sering gunakan bila aku dah takde masa nak study

1. Buat Past Year question.. Dengan ni korang akan tahu laa macam mana patern soalan yang akan keluar dalam exam nanti.. Kurang-kurangnya buat dalam 3/4 sem lepas jee. Biasa soalan akan rotate yang sama in that cycle jee. Lecturer takkan keluarkan soalan 10 tahun lepas misalnyaa. Kalau tak sebijik pun, maybe lecturer tukar sikit-sikit jaa. Hehehehe

2. Study balik semua tutorial/esaimen yang lecturer suruh buat. Biasanya soalan final pun diambil dari tutorial jugaak.. Macam lecturer aku memang suka ambik soalan final exam dari tutorial. Ada yang ambik sebijik-sebijik (Biasanya prof). Ada jugak yang tukar sikit-sikit (Biasanya Dr dan kebawah).. Setakat ni, macam tu la yang aku prasan. Kalau jenis Prof ni, dia ambik soalan past year n tutorial sebijik-sebijik.. Kau telan jee soalan tu nanti.

3. Study Soalan test.. Haaaa, ni pun hint jugak sebenarnya.. Soalan test biasanya dr akan bagi pada akhir sem kan. Bermakna merangkumi semua. So korang study je lah yang tu.. Kalau ada 2/3 test, haaa study jee la semua test walaupun sekadar pop quiz. Penting tau...

4. Kalau dah terlalu last minutes, esok exam tapi kau satu hape tak baca lagi, aku syorkan kau jangan tido laaa.. Aku memang macam tu. Kalau esok tu ada exam, malam tu memang aku tak tido.. Aku biasanya tido lepas solat isyak, then bangun dalam pukul 12 pagi, pastu kau study laaah sampai ke masuk dewan exam.. Aku memang camtu, balik dari exam aku tido laaah. Hahaha
Roomate pun cakap aku pelik, malam jaga siang seharian tido... Memang sejak azali dik macam tu.

5. Kalau kau jenis ponteng kelas macam aku ni (Jangan contohi tau. Hahaha), tanya laa kawan-kawan apa yang lecturer cakap yang masuk exam. Biasanya nak dekat-dekat akhir sem ni ada lecturer cakap yang itu ini keluar exam, itu ini PENTING. Kalau PENTING tu kompom dik non masuk exam..

6. Solat sunat dan berdoalah kepada Allah agar apa yang kau buat tu masuk dalam exam, semoga kau ingat dan semoga usaha kita diberkati. Amin !!

Itu sajoo lah sedikit perkongsian.. Harap boleh praktikkan tauu :)

No comments:

Post a Comment