Alhamdulillah.. Dah masuk Ramadhan tahun 1437 Hijrah bersamaan dengan 2016 Masihi..
Sangat cepat masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah puasa dah..
Sem ni agak sedih la sebab puasa 3 minggu di UM dan seminggu di kampung halaman..
Macam sem lepas puasa seminggu je kat UM. Buntu jap bila dok fikir nak makan apa sahur ngan buka puasa selama 3 minggu ni. Masak laaaa aku. Hahahaha
So sebagai persediaan aku dah plan dah. Sahur macam sebelum-sebelum ni laaa. Makan roti atau biskut dengan ayaq milo jee.. Kalau petang aku keluar, beli laa roti yang sedap kat bakery atau beli Big Apple donuts .. Yummm Yummm sedap. Hahaha
Lepas tengok ni, terus aku pi Mid Valley beli oat buat minum dengan milo pagi-pagi. Buat ala-ala nestum gittew
Buka puasa tak kisah sebab Bazar Ramadhan Pantai dalam menawarkan juadah berbuka puasa yang sangat sedap kata kau. Hahhaa. Serious tak sabar nak ke Bazar Ramadhan Pantai Dalam nanti.
Tapi ingat jangan boros. Amalan syaiton semua tu. Walaupun syaiton dah kena waran tangkap, jangan la kau pulak jadi syaiton yeee..
So bersempena bulan Ramadhan Al Mubarak ni, aku nak memohon maaf sekiranya ada terlepas cakap sepanjang aku tulis entry, terpedas terkutuk termaki dan semua Ter laaah..
Kadang-kadang buat entry dalam keadaan stress sebab esaimen berlambak ke ape kann. Huhu
Harap dimaafkan okaaay. Semoga amalan kita diterima olehNya. InsyaAllah.
So mari laaaah kita buat sebanyak mungkin amal ibadat di bulan yang rahmat dan berkat ni. Ramadhan ni sebulan je dalam masa setahun ni. Masa ni laa nak adjust balik perangai jadi elok, fix mana-mana yang problem tu kan. Why not jadikan ramadhan tahun ini lebih bermakna dan memberi kesedaran kepada kita. Mari laaa kita muhasabah diri kita wahai manusia sekalian.
Lazimi laaah diri dengan berzikir, solat sunat, bersedekah, baca Quran dan buat je apa-apa kerja amal. InsyaAllah akan diterima oleh Allah :)
Haaaa. Jangan baca je tau. Kena amalkan jugak
Jom laaa kita tingkatkan puasa kita tahun ni sampai ke stage 3. Kalau tahun-tahun lepas dah sampai ke level 3, naikkan lagi sampai 300 pun takpa. Sebab makin tinggi level, makin banyak laah pahala kita. InsyaAllah.
Ni haaa paling penting. Jangan lupa niat posa. Kang posa sebulan tapi lupa niat. Mintak Jauh laaa yee.. Lupa niat posa ?
Ni haaa baca okaaay. Nak senang baca yang pertama tu. Niat sebulan terus. If terlupa nanti pun takpa sebab dah niat puasa sebulan.
Semoga Ramadhan tahun ini lebih diberkati olehNya. Aminn :)
Jangan Lupa Ketuk-Ketuk Ramadhan okaay. My feveret time bulan posa. Wajib tuu. Hahaha
No comments:
Post a Comment