Click me ^_^

Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts
Showing posts with label Cameron Highlands. Show all posts

Sunday, 1 May 2016

Cameron Highlands Part 3 (Cameron Valley Bharat Group, Pasar Malam Brinchang)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ...
Ni merupakan part terakhir bagi percutian 2 Hari 1 Malam di Cameron Highlands..

Lepas balik dari Taman Lebah, kami Check In Homestay kat Tanah Rata..
Masuk je rumah tu, rasa sejuk yang teramat. Macam dok dalam ais dah.. Kipas takde, ekon lagi la takde. Tapi sangat sejuk gilaaa babiss tengah hari pun. Puas hati laaa dengan harga yang agak berpatutan.. Kami sekeluarga Lunch, solat dan rehat-rehat kejap.

Dalam pukul 4.30 petang, kami keluar ke Cameron Valley Bharat Group yang berada di Tanah Rata. Ambik masa dalam 20 minit dari homestay tempat kami menginap..
Pintu Gerbang 

Sampai sana kami sekeluarga minum-minum tea panas + Cake . Harga pun okay laaa. Tak mahal, tak murah. Tapi serious rasa fresh gilaaa air tea dia. Mungkin sebab minum pada suasana sejuk kot..
Dah berhajat nak turun ke ladang tea, hujan pulaak turun. Errrrghhh. Stress aku.
Aku gunakan kepakaran aku meramal hujan. Hahaha. Sebab nampak hujan awan tu bergerak kan. Dalam 10 minit lagi hujan berhenti, kita turun. Semua pun macam "yee la tu kau". Hahahaha
Tengok-tengok hujan betul berhenti. Hahaha. Sedang elok siap makan dan minum hujan berhenti kan. Aku mengetuai rombongan Che Kiah turun ke ladang.. 

Lepas aku turun tu, ramai jugak orang lain pun pakat turun.. 

Bajet petik daun tea gitteww.. Hahahaha

Memang aku la jadi kepala selpi. Budak zaman Milenium gitew kan. Hahahaha. At first abang aku snap tapi tak jadi. Then aku guna laa kepakaran aku tu. Hahaha.. Kira ok la tu kann

Lepas tu, kami ke Pasar Malam Brinchang.. Ambik masa dalam 30-40 minit camtu laa sebab jalan kat Bandar Brinchang agak jem masa tu.. Biasa laaa hari cuti ramai orang kan. Sampai je sana banyak jugak la kami beli especially makanan laaa.. Beli Ayam Uncle Bob laa, Sotong yang potong-potong laaaa dan aku dengan muka tak malu mintak mak aku belikan Gula-Gula kapas. Hahahaa. Dia beli la 3 sebab ramai kan. Last-last satu aku punya. Hahaha. Saje nak gedik-Gedik kann.. 

Murah jaaa. Masa ni RM1.50 satu. Murah kann :D

Ni laaa Pasar Malam Brinchang. Macam pasar malam biasa jeee. Cuma dia sejuk sikit laaa ..
(Gambar Google)

Nak beli strawberry dalam pack pun ada jugak. Lebih murah la harganya. Tapi rasa mestilah tak se"Fresh" yang makan baru lepas petik tu kan. Tapi Strawberry kat sini sangat murah. 
Ada yang 3 RM10, ada jugak ternampak 5 RM10. Murah kan. Rugi tak datang sini tau..
(Gambar Google)

Lepas tu kami balik dan dinner kat homestay jeeee.. Malam tu tak habis di situ. Aku, Adik kpda Akak ipar aku dan adik aku sempat ke kedai beli megi. Nak makan megi panas-panas di waktu kesejukan gitu. Feeling oversea gitu.. Turun ke kedai sebelah homestay tu tutup pulaaak -_-" .. Kami pun pi naik keta, area tanah rata kedai dah banyak tutup sebab dah pukul 10 lebih kan. Jalan-jalan, sampai la ke Brinchang. Jalan bahaya gilaaaaa, Hahahaha. Malam-malam pulak tu. Tapi kami steady jee jalan jauh.. Sampai kat Bandar Brinchang, beli kat mall kat situ. Lupa nama apa. Jauh gila cari megi pun Hahahha.. Balik tu masak dan makan seperti biasa laaaaa. 
Rasa dia perrrggghhhhhhhhhh !! Walaupun biasa, tapi rasa sedap gila maybe sebab cuaca sejuk gila, makan pulak yang panas-panas.. Nak rasa obesea, makan tepi tingkat. Hahaha. Angkat megi tak sampai 1 minit, dah sejuk megi tu.. 

Bangun pagi tuu sangat liat dan sangat sejuk gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Tak terkata sejuknya.. Nak bangun subuh liat macam di hempap batu bata atas badan. Hahaha. Lepas solat, berguling lagi. Nak kena air rasa seksa wei. Lebih teruk dari kau bangun mandi pagi-pagi nak pergi skolah..
Lepas tu kami sarapan di nama apa ntah kedai tu.. Makan nasi lemak kat situ. Sedap jugak laa. Not bad.. 

Tu jeeeeee sedikit tentang perjalanan ke Cameron Highlands .. Best, berbaloi dan mak aku cakap nak pergi lagi bulan 10 ni. Hahahha

Tempat yang kami Lawati trip ni

1. Abang Strawberry Cafe and Farm 
2. Big Red Farm Strawberry - Masuk Free. Bayar untuk yang nak petik strawberry sahaja. 1 bekas 2 orang. Bayaran ikut banyak mana strawberry yang dipetik.
3. Taman Rama-Rama - RM5 Dewasa, RM3 Kanak-Kanak
4. Taman Lebah - Free
5. Cameron Valley Tanah Rata - Free
6. Pasar Malam Brinchang

Thursday, 28 April 2016

Cameron Highland Part 2 (Big Red Farm Strawberry,Taman Rama-Rama dan Taman Lebah)

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ...

Entry lepas aku ada cerita pasal Nasi Lemak Paling sedap di Cameron Highland..
Lepas makan nasi lemak tu, kami ke Big Red Farm Strawberry ataupun Taman Agro Tourism Cameron Highlands yang terletak di Brinchang.
Kat sana ada maca-macam seperti Ladang Strawberry, Sayuran, Lavendar dan banyak laaagi laaa. Kami ke sini untuk petik Strawberry jee..

Untuk petik Strawberry kat sini, bayaran RM25 untuk separuh bekas yang diberi. Satu bekas tu hanya untuk 2 orang laaa. Jangan lebih pulak sebab ada orang jaga kat situ. Bayarannya nanti lepas korang dah siap petik, nanti diorang akan tengok laaa kena bayar banyak mana. Memang Strawberry kat sini sangat fresh sebab korang petik sendiri. Kalau takde orang jaga/tengok, korang makan je dalam tu. Hihii. 
Adik aku kat dalam tu dah makan banyak gilaaa. Aku tak masuk sebab malas laaah. Aku ngantuk sebenarnya. Hahahaa
Ni Strawberry yang tunggu masa untuk dipetik.. Petik merah je tau. Huhu

Ni laa adik aku dan Adik kakak Ipar aku yang tak tau malu makan dalam tu banyak gilaaa. Keluar tu satu pun tak makan sebab kembung perut lepas makan dalam tu banyak gilaaa. Hahaha. Mana tak kembung perut sebab buah yang fresh, baru petik memang sangat Juicy.

Ni laaa mak dan Ayah I. Berpetikan Strawberry ala-ala baru lepas kawin gittewww..

Haaaaaa.. Ni mak ayah aku dan mak ayah kakak ipar aku.. Selalu jugak diorang datang umah. Sebab tu keluarga kami rapat >_<

Tu diaa merah menyalaaa... 

Hihiii. Aku pun nak enterframe jugak.. 

Selain tu, kat situ ada jugak tanam sayur-sayur.. Ladang sayur betul-betul depan Farm Strawberry. Jalan ke kaunter bayar tu akan nampak Ladang Strawberry belah kanan dan Ladang sayuran belah kiri 


Sawi segar-segar bebeyh.. Beli jugak sebab plan nak buat Nasi Ayam kat rumah nanti.. And Sawi yang merah tu sangat sedap buat salad.
Yummy Yummu Yummy, Stay in my tummy. Hahahaa


Lepas jeee balik dari Big Red Farm Strawberry, kami ke Taman Rama-Rama yang dekat area Brinchang. Kat sini ada banyak jugak laa Taman Rama-Rama. Kami pulak ke sini

Bayarannya RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Tak tau laaa kot sekarang dah berubah harga kan :)
Kat sini bukan takat rama-rama je ada, benda lain pun banyak. Ada ular, haiwan yang exotic macam belalang yang macam kayu laaa, daun laaa. Paling aku geli ada sekor katak ni besar nk mati. Serious aku geli tengok. Rama-rama kat sini little bit friendly sebab suka hinggap atas pala, bahu orang. Hahaha. Sampaikan aku punya sepupu yang kecik tu gelak-gelak bila rama-rama hinggap kat pala ayah aku .. Area bawah pulak ada yang tanam bunga matahari kot. Very colourful dan cantik gilaa. Nak beli boleh beli kat situ. RM1 untuk sekuntum..
Gittew selpi siap berspek hitam laaagi.. Blakang tu la depa tanam Bunga yang sangat cantik

Lepas tu, kami ke Taman Lebah kat area-area situ jugak.. Ke depan sikit sampai laaa..
Comel kan >_<

Kat sini masuk percuma jeee. Kat atas tu kedai-kedai, kat bawah ada laaa binatang berterbangan. Takut jugak rasa.. Hihi. Tapi sangat cantik kalau nak bergambar sebab banyak kan patung-patung lebah kat bawah tu.

Pastu naik atas, ayah aku suka madu . Bukan bermadu,, tak pasal-pasal berperang sama mak aku nanti. Hahaha. Dia ada beli madu stick yang RM1/stick tu.. Memang pekat gilaaa madu dia. Sedap..
Ayah aku pun ada beli laaa maduk yang satu jar tu. RM30 kalau tak silap

Ok laaaa.. Untuk entry kali ni aku ke 3 tempat tu. Next entry aku cerita pasal Cameron Valley, Pasar malam Brinchang pulak okeeey . See u :)

Tuesday, 26 April 2016

Percutian ke Cameron Highlands (Part 1)

Assalamualaikum dan Halo Olls...

Dah berhabuk rasanya blog aku ni. Muahahahaha
Setahun tiada update suda. Ok laaa, nak share sikit pasal pengalaman pi Cameron Highland bulan 1 haritu. Masa tu cuti sem kaan. Pergi 2 keluarga, iaitu keluarga aku dan keluarga kakak ipar aku yang dari Penang (Kakak ipar aku tinggal dengan family kami sebab baru keja kat Kelantan ni). Sebab depa dah lama tak jumpa kan, so nak senang cerita kita ambik tengah-tengah.
Jadi laaah pertemuan di Cameroh Highlands, Gitteww ayat. Kami pulak bertolak dari Kelantan.

Aku tak tau pun diorang plan cenggitu. Masa tu ye laa aku kat UM lagi kan. Masa nak balik cuti tu, ada peristiwa berlaku kat aku. Flight AirAsia AK6442 Delayed dari pukul 8.30 malam sampai 11.30 malam. Jenuh aku nunggu kat KLIA2 tu. Tak mau cakap panjang.

At first abang aku gtau nak pi sana, aku macam hmmmm ye laa. Dalam hati bersorak kegembiraan, ibarat berkenduri kendara dalam hati ni.. Ye laaa, tak pernah lagi sampai Cameron Highland selama 20 tahun hidup ni. Hahahaha. Abang aku punya la eksaited gilaa, hari-hari dok sebut. Padahal masa tu ada lagi dalam 2 minggu lebih la sebelum pi.

Kebetulan kawan aku ada dok sana. Sedang elok laaa kan, abang aku suruh tanya pasai Homestay murah-murah yang ada kat sana. Aku pun apa lagi, tanya laaa terus. Dapat laaaa satu. Rumah dia jugak sebenarnya, dia bagi sewa kat orang jaa. Kami dapat harga special sikit laa sebab kenal kan. Dapat RM230 semalaman. Macam mahal kan, hampa jangan risau, tu kira murah dah tu. Homestay tu kat area Tanah Rata, memang sejuk gila. Tak payah kipas, ekon pun. Malam dna pagi liat gila nak bangun. Hahahaha Berbungkuih jee la semua sebab sejuk sangat. Jemur kain pun tak kering. Kena pakai dryer. Pasal pinggan mangkuk pun jangan risau. Semua dah sedia ada kat rumah tu. Tinggal bawak makanan nak masak je. Gula, garam, kunyit semua dah ada daa.. Kalau nak book, layari FB ni okeey. Promote tanpa bayaran tau ni :)
https://www.facebook.com/KakChik-muslim-homestay-1506318603001857/?fref=ts

Homestay ni ada 3 bilik (2 bilik besaq, 1 bilik single). Sangat selesa. Duduk 20 orang pun selesa sangat laaah.

Kami pi 2 hari satu malam je, maklumlaaa, hari ahad keje dah (Kelantan). Kami bertolak dari Kelantan pukul 7 malam, sebab bapak aku nak tengok Memori Cinta Suraya (Tiap petang tak pernah miss satu rumah dengan Suraya ni) LoLs.. Kitaorang plan nak tidoq umah Pak Sdara kat Gua Musang. Kami sampai pun dalam pukul 9.30 malam cenggitu laaa. Sampai tu singgah dulu KFC, makan kasi kenyang perut dulu :D

Kalau hangpa free, follow laa IG kite ek. Haaaa, promote gitu. Hahaha

Sampai rumah Pak Sdara tu, sunyi sikit sebab anak-anak dia semua dah tido.. Jangan ingat kami sampai tu terus tido, layan crita Sha dan Shah Dulu yang Kamal Adli dan Syatilla Melvin (Satu keluarga jugak dok gila crita ni). Pukul 12, layan pulak Suraya (Ulangan episod petang tadi. Hahaha)

Memandangkan Abang aku skali lagi Eksaited kan, nak selpi bagai laa. Hahahaha
Macam-macam dah dia sebut nak pergi situ sini. Aku kononnya tak eksaited, padahal tashabar jugak :P

Kami mula bertolak dari Gua Musang pukul 7 pagi. Yang dari Penang nuu gerak pukul 4 pagi kalau tak silap. Diorang direct pi Cameron. Kami nasib je ada saudara kat sini. Kalau tak liat gak tu nak bangun pukul 3/4 pagi kan. Jalan ke Cameron Highland dari Gua Musang amik masa dalam 2 jam lebih camtu laa. Kebetulan sebab bertolak awal pagi dan kabus masih tebal masa tu kan, tu yang lambat sikit Kalau tak dalam sejam lebih dan sampai dah. Hihi. I punya Uncle tu selalu laa jugak ke sana sebab dekat kan. So dia tahu laa jalan ke sana, kami ni jarang skali, aku lagi la kali pertama . LoL. Kami follow blakang dia jaa..

Sampai kat sana tu, bertemu dengan keluarga belah Penang dalam pukul 10 pagi camtu laa. Sebab yang 2 jam tu sampai ke Cameron Highland, bukan ke tempat yang di janjikan. Haha.
Kami berjanji kat Stesen Minyak Petronas kat Brinchang. Sejuk dia boleh tahan tu masa tu. Sampai sana tu, first skali kami pi breakfast Nasi Lemak Strawberry kat Abang Strawberry Cafe & Farm.
Memang pedas kawwww-kawww punya sambal, minum pulak air Teh O Stlobeli Panas kan. Melecur mulut mak nok. Hahhaaaa gituu. Sebab ais belum sampai -_- ..

Next post nanti aku cerita pulak pasal Petik Stroberi kat Big Red Farm Strawberry Okaay. Nak siapkan lab report kejap. Mati aku kalau tak siap. Hahaha ..

Peace Yoo ^_^