Click me ^_^

Tuesday, 26 April 2016

Percutian ke Cameron Highlands (Part 1)

Assalamualaikum dan Halo Olls...

Dah berhabuk rasanya blog aku ni. Muahahahaha
Setahun tiada update suda. Ok laaa, nak share sikit pasal pengalaman pi Cameron Highland bulan 1 haritu. Masa tu cuti sem kaan. Pergi 2 keluarga, iaitu keluarga aku dan keluarga kakak ipar aku yang dari Penang (Kakak ipar aku tinggal dengan family kami sebab baru keja kat Kelantan ni). Sebab depa dah lama tak jumpa kan, so nak senang cerita kita ambik tengah-tengah.
Jadi laaah pertemuan di Cameroh Highlands, Gitteww ayat. Kami pulak bertolak dari Kelantan.

Aku tak tau pun diorang plan cenggitu. Masa tu ye laa aku kat UM lagi kan. Masa nak balik cuti tu, ada peristiwa berlaku kat aku. Flight AirAsia AK6442 Delayed dari pukul 8.30 malam sampai 11.30 malam. Jenuh aku nunggu kat KLIA2 tu. Tak mau cakap panjang.

At first abang aku gtau nak pi sana, aku macam hmmmm ye laa. Dalam hati bersorak kegembiraan, ibarat berkenduri kendara dalam hati ni.. Ye laaa, tak pernah lagi sampai Cameron Highland selama 20 tahun hidup ni. Hahahaha. Abang aku punya la eksaited gilaa, hari-hari dok sebut. Padahal masa tu ada lagi dalam 2 minggu lebih la sebelum pi.

Kebetulan kawan aku ada dok sana. Sedang elok laaa kan, abang aku suruh tanya pasai Homestay murah-murah yang ada kat sana. Aku pun apa lagi, tanya laaa terus. Dapat laaaa satu. Rumah dia jugak sebenarnya, dia bagi sewa kat orang jaa. Kami dapat harga special sikit laa sebab kenal kan. Dapat RM230 semalaman. Macam mahal kan, hampa jangan risau, tu kira murah dah tu. Homestay tu kat area Tanah Rata, memang sejuk gila. Tak payah kipas, ekon pun. Malam dna pagi liat gila nak bangun. Hahahaha Berbungkuih jee la semua sebab sejuk sangat. Jemur kain pun tak kering. Kena pakai dryer. Pasal pinggan mangkuk pun jangan risau. Semua dah sedia ada kat rumah tu. Tinggal bawak makanan nak masak je. Gula, garam, kunyit semua dah ada daa.. Kalau nak book, layari FB ni okeey. Promote tanpa bayaran tau ni :)
https://www.facebook.com/KakChik-muslim-homestay-1506318603001857/?fref=ts

Homestay ni ada 3 bilik (2 bilik besaq, 1 bilik single). Sangat selesa. Duduk 20 orang pun selesa sangat laaah.

Kami pi 2 hari satu malam je, maklumlaaa, hari ahad keje dah (Kelantan). Kami bertolak dari Kelantan pukul 7 malam, sebab bapak aku nak tengok Memori Cinta Suraya (Tiap petang tak pernah miss satu rumah dengan Suraya ni) LoLs.. Kitaorang plan nak tidoq umah Pak Sdara kat Gua Musang. Kami sampai pun dalam pukul 9.30 malam cenggitu laaa. Sampai tu singgah dulu KFC, makan kasi kenyang perut dulu :D

Kalau hangpa free, follow laa IG kite ek. Haaaa, promote gitu. Hahaha

Sampai rumah Pak Sdara tu, sunyi sikit sebab anak-anak dia semua dah tido.. Jangan ingat kami sampai tu terus tido, layan crita Sha dan Shah Dulu yang Kamal Adli dan Syatilla Melvin (Satu keluarga jugak dok gila crita ni). Pukul 12, layan pulak Suraya (Ulangan episod petang tadi. Hahaha)

Memandangkan Abang aku skali lagi Eksaited kan, nak selpi bagai laa. Hahahaha
Macam-macam dah dia sebut nak pergi situ sini. Aku kononnya tak eksaited, padahal tashabar jugak :P

Kami mula bertolak dari Gua Musang pukul 7 pagi. Yang dari Penang nuu gerak pukul 4 pagi kalau tak silap. Diorang direct pi Cameron. Kami nasib je ada saudara kat sini. Kalau tak liat gak tu nak bangun pukul 3/4 pagi kan. Jalan ke Cameron Highland dari Gua Musang amik masa dalam 2 jam lebih camtu laa. Kebetulan sebab bertolak awal pagi dan kabus masih tebal masa tu kan, tu yang lambat sikit Kalau tak dalam sejam lebih dan sampai dah. Hihi. I punya Uncle tu selalu laa jugak ke sana sebab dekat kan. So dia tahu laa jalan ke sana, kami ni jarang skali, aku lagi la kali pertama . LoL. Kami follow blakang dia jaa..

Sampai kat sana tu, bertemu dengan keluarga belah Penang dalam pukul 10 pagi camtu laa. Sebab yang 2 jam tu sampai ke Cameron Highland, bukan ke tempat yang di janjikan. Haha.
Kami berjanji kat Stesen Minyak Petronas kat Brinchang. Sejuk dia boleh tahan tu masa tu. Sampai sana tu, first skali kami pi breakfast Nasi Lemak Strawberry kat Abang Strawberry Cafe & Farm.
Memang pedas kawwww-kawww punya sambal, minum pulak air Teh O Stlobeli Panas kan. Melecur mulut mak nok. Hahhaaaa gituu. Sebab ais belum sampai -_- ..

Next post nanti aku cerita pulak pasal Petik Stroberi kat Big Red Farm Strawberry Okaay. Nak siapkan lab report kejap. Mati aku kalau tak siap. Hahaha ..

Peace Yoo ^_^


No comments:

Post a Comment