Click me ^_^

Wednesday, 27 April 2016

Tips Temuduga ke Universiti



Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semuaaa ..
Sekarang ni musim habis Matrik/Asasi kan.. Hepi lah laku kaaan. Jangan hepi sangat dik. Masa depan panjang lagi (InsyaAllah kalau panjang umur) :D

Ni nak kongsi sikit laaa pasal Tips Temuduga nak masuk Universiti, especially kat yang nak ke Degree iaitu STPM/Matrik?Asasi.. Saya Lepasan matrik 2013/2014 dan sekarang Pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains Dengan Pendidikan Kat Universiti MALAYA. Nama megah, tapi aku sendu. Hahahhaa

Lepas skor leklok kat matrik dulu, baru habis paper semalam, harini dah dapat mesej dari USM suruh pi temuduga. Cepat sangat aih depa panggil Temuduga. Hihihi. Ingat nak berseronok, tak boleh jugak sebab ada yang memanggil ni. Masa tu dapat temuduga untuk Program Degree Patologi Pertuturan. Sebenarnya just tengok dalam blog jaa, baca pasal kos ni nampak macam best kan.. Tu yang pilih, tapi tak dapat pun. Hahaha, sedeeeyhh.. Pastu Dapat Temuduga Degree Sains Dengan Pendidikan di UM dan jugak Degree Pendidikan Sains (Kimia) di UiTM Seksyen 17 (Intec UiTM). Semua temuduga ni lebih kurang sama jee. Kebanyakan tanya benda sama, cuma berbeza sikit jaaa.


Nampak gambaq besaq gedebak kat situ ? Haaaaa, tu laaa 5 tips paling penting kalau nak pass Interview.

1. DRESS
- Bukan dress baju kebaya ke apa. Haha. Tapi pakaian kita laaa. Lelaki wajib pakai baju kemeja    warna cerah melambangkan hati yang cerah, gittewww.. LOL.. Dan seluar mesti slack. Jangan gatai  pakai jeans pulaak. Bahaya tu. Untuk perempuan Baju kurung laaa seeloknya ataupun boleh pakai    baju alaa-ala korporat tu yang hang pa slalu tengok dalam tv3 pukul 7 :P ..

- Pakaian mestilah bergosok, kemas dan jangan serabai walaupun sikit. Yang laki rambut sikat kasi    elok sikit. Baru la nampak ada keyakinan diri. 1 point to you kalau boleh penuhi etika pertama ni.

2. PUNCTUAL
- Punctual dalam bahasa mudah dan Tepati masa dalam bahasa melayunya.. Jangan lewat or terhegeh-  hegeh walaupun sesaat. Panel pun banyak keja lagi nak buat tau. Kalau datang awal tu, boleh laa  scroll internet baca apa yang patut macam nama Agong ka, nama menteri apa-apa kee.. Penting tu.  Macam aku dulu panel pernah tanya pasal Menteri Besar Kelantan sebab aku orang Kelantan. Aku  tak dapat jawab sebab masa tu kan baru je berlaku pertukaran. Hahahha. Ok laa belajar dari  kesilapan. Jangan nak tiru aku pulak yee

3. BODY LANGUAGE
- Body language sangat laaaah penting. Bermula dari korang jalan masuk dan duduk ke kerusi lagi  markah diambil. Cara jalan pun penting tau. Nak jadi mahasiswa/i tak boleh nampak malas-malas    gitu. Kena proaktif sikit. Masuk bagi salam, senyum, bagi fail sijil-sijil/resume, minta untuk duduk  (Jangan main balun je kerusi tu), Tangan berada di paha ya, jangan nak garu sana sini ke atau letak  atas meja. Tak proper orang cakap. Cakap dengan jelas, bukan kuat. Bahasa yang mudah difahami.  Tu laa yang paling penting. Jangan biar panel tu "Haaaa" sebab tak dengar. No no nooo !!

4. EXPECT THE UNEXPECTED
- Ni pun penting jugak. Aku dah expect, tapi takde la sangat sebab aku mintak Pendidikan (Cikgu) kan. Paling tak pun suruh mengajar kan. Rupanya tak weh.. Dia tengok aku ada sijil Kawad, suruh aku kawad. Aku ada sijil nasyid suruh nasyid, aku ada sijil tilawah suruh ngaji kat situ.. Aku pun buat jeee. Yang paling penting konfiden jee walaupun malu. Muahahahaha. Buang sikit kemaluan perasaan malu tu 5 minit. Memang  kawww-kaww punya panel tu bagi. Dan aku skarang dah tahun 2 nak masuk tahun 3 bulan 9 ni, sampai sekarang aku tercari-cari sapa panel tu. Tak jumpa sampai sekarang. Hahahaha, Teruk bebeno aku nii..

5. ASK QUESTION
- Ni pun penting jugak. Ahhhh semua penting laaa :D ..
 Kalau tak faham apa-apa atau nak tahu lebih lanjut boleh je tanya panel tu. Ini akan menunjukkan bahawa kita bersungguh-sungguh nak dapat tempat dalam kos tu kan., So maybe markah pun lebih laa sikit. Sebab yang Panel ni pun semua lecturer kan. Lecturer sangat suka kalau orang banyak bertanya. Macam aku dulu aku tanya macam mana dengan kehidupan student kat UM, macam mana dengan fakulti. Sedikit sebanyak dapat la input. And panel tu mesti macam "Budak ni bersungguh-sungguh ni nak", Tak gittew kaaaan...

Bila masuk tu, soalan pertama paling killer yang panel akan tanya sebenarnya..
Soalan tu berbunyi "Introduce yourself / Perkenalkan diri anda"
Seram kaaan bunyinya tuu. Hahahahaaa..
Masa ni cakap je pasal diri, education background dari Tadika sampai Matrik, cerita pasal mak ayah datuk nenek semua laaah sebab lagi banyak bercakap lagi laaa confidence level tinggi. Tapi jangan lah banyak sangat cakap. Panel muak pulak nanti. Sedang-sedang saja.

Apa saja yang panel tanya, jawab soalan tu sahaja dengan jelas, terang dan nyata. Elakkan soalan berbalas soalan. Nampak kita tak peka, tak bersedia pulak.. Kalau boleh study laa sikit pasal kos yang kita dapat temuduga tu. Kurang-kurangnya ada laaa sikit keyakinan tu. Huhu

Ni ada contoh soalan yang mungkin ditanya masa temuduga nanti yeee

YANG PALING POPULAR
  1. Mengapa anda memilih program pra-universiti /ijazah  yang anda pohon dan apa yang anda  seronok mengenainya?
  2. Kenapa anda mahu mengambil kursus  ini di universiti?
  3. Mengapa anda memohon ke universiti ini?
  4. Apa yang boleh membawa ke universiti ini?
  5. Apa kemahiran yang telah anda diperolehi daripada kerja sambilan anda jika ada?
  6. Jika kami bertanya kepada rakan-rakan atau rakan-rakan anda apakah perkara yang baik dan buruk anda, apa yang anda fikir mereka akan katakan?
Lain-lain soalan
  1. Ceritakan mengenai diri anda / Bagaimana anda menggambarkan diri anda?
  2. Apa yang terbaik tentang anda?
  3. Apakah kepentingan utama anda?
  4. Apa yang anda fikir universiti boleh tawarkan anda?
  5. Apakah kursus-kursus yang anda telah hadiri  sama ada di sekolah atau di luar, dan apa yang anda dapat daripadanya?
  6. Mengapa kita perlu menawarkan anda tempat  untuk anda?
  7. Bagaimana anda akan menentukan bidang  yang  anda pilih?
  8. Mengapa bidang anda penting?
  9. Apakah perkembangan semasa yang paling penting dalam  bidang  anda?
  10. Apa pengalaman kerja yang telah anda lakukan dan apa yang anda belajar daripada pengalaman itu?
  11. Apakah rancangan kerjaya anda, jika ada?
  12. Apa ciri-ciri yang anda punyai untuk mengikuti kerjaya pilihan anda?
  13. Apa yang anda minat membaca?
  14. Apakah buku terakhir anda membaca dan bagaimana anda memilihnya?
  15. Apakah akhbar kegemaran anda atau berkala?
  16. Adakah anda mengikuti kolumnis tertentu dalam akhbar atau majalah berkala?
  17. Pernahkah anda berada di luar negara?
  18. Sila gambarkan pengalaman yang paling menarik di luar negara.
  19. Apakah pandangan anda tentang pembiayaan universiti?
  20. Bagaimana anda berfikir universiti perlu mencapai campuran sosial yang baik dalam pengambilan mereka?
  21. Apa kedudukan tanggungjawab anda telah diadakan dan apa yang anda belajar dari mereka?
  22. Apakah yang telah anda paling dinikmati di sekolah?
  23. Apa yang anda tidak suka mengenai sekolah?
  24. Adakah anda pandai bekerja pada anda sendiri?
  25. Apakah peluang yang anda ada untuk menjalankan tugas-tugas kepimpinan?
  26. Sila gambarkan situasi di mana anda telah diletakkan di bawah tekanan?
  27. Apakah kekuatan anda?
  28. Apakah kelemahan anda?
  29. Beritahu saya satu pencapaian yang anda banggakan.

Jawapannya buat muka seposen, muka biasa, senyum walaupun gugup. Bro tahu korang gugup nak bercakap. Tapi relax der. Buat macam cakap dengan kawan-kawan jee. Jadikan perbualan singkat temuduga yang dalam lingkungan less than 20 minit sebagai percakapan santai. Tidak terlalu formal dan tak terlalu mengarut laaa.. ^_^

Tu je kot nak shareee. Kalau ada apa-apa tanya je okaaay. Kami sedia menjawab. Yang dah dapat tawaran temuduga tu Good Luck yeee. Buat yang terbaik, semoga tempat tu menjadi milik anda :)
Terima Kasihh

6 comments:

  1. Hai nak tanya.. Sepanjang temuduga berlangsung.. Kita kne berinteraksi dalam bahasa melayu or englsih eah ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bergantung kpd panel. Kalau dia tnya dlm bm, jwab la bm. Kalau tanya dlm english, jwb la dlm english

      Delete
  2. Hai..boleh kita mix mix Bahasa tak..?
    Contoh guna perkataan future ke atau okay ke? Boleh?

    ReplyDelete
  3. Hai..boleh kita mix mix Bahasa tak..?
    Contoh guna perkataan future ke atau okay ke? Boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa.. Biasanya ikut pnel. Lau tnya bm jwb bm. Lau bi jwb bi

      Delete
  4. kaq masa temuduga hari tu cakap dalam bm ehhhh???

    ReplyDelete