Click me ^_^

Saturday, 30 April 2016

Matrikulasi tu susah kee ? Meh bacaaaa

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semuanyaa..

Sihat ? Kalau sihat Alhmdulillah, kalau tak sihat, buatlah apa yang patut yeee. Nak share sikit pasal matrik yang orang dok kata susah, susah tuu.. Ok, sebenarnya masuk mana-mana pun susah kalau kau tak belajar dik. Rasanya kat Universiti double triple lagi susah dari kat Matrik.



Aku dulu belajar di Kolej Mara Kulim, Batch 13/14. SPM leaver 2012. Result aku takde la gempak mana. Cukup makan je dengan Add Math C+, Fizik C, Bio B dan Kimia A..
Sebeum masuk matrik tu aku dah tetapkan nak ambik Modul 3 yang tek perlukan Fizik..

Senarai Modul Matrikulasi Sains

Modul 1 - Math, Chemistry, Biology, Physics
Modul 2 - Math, Chemistry, Physics, Computer Science
Modul 3 - Math, Chemistry, Biology, Computer Science

#Dalam 2 sem tu korang blajar 4 ni yang core (utama)

Dan ada lagi 4 matapelajaran wajib ambik tapi tak dikira pointer :
Bahasa Inggeris, Kemahiran Dinamika, Pendidikan Islam/Moral (Bukan Islam), Ko-K (Sukan Permainan/Kelab Persatuan/Unit Beruniform)

Grading untuk Matrik ni sama macam kat Universiti that is 10% dari Ujian Pertengah Semester (UPS), 10% dari Lab (Bio, Fizik, Kimia, Sains Komputer), 10% dari Esaimen dan Tutorial korang, 70% dari Final Exam..

At first aku masuk tu memang rasa susah dan penat sebab kelas pukul 8 pagi sampai 5 petang. Nampak macam penat kan.. Ada rehat pukul 10 pagi dan 1 tengah hari..
Awal-awal tu memang rasa penat, lama-lama nanti boleh adapt laa. Aku kat U ni lagi penat weh.
Kelas pukul 8-10, Lab 10-5 petang dan kelas lagi pukul 5-6 . Lagi pack kan ?
Kurngnya matrik lab 2 jam, kuliah dan tutorial sejam. Kat U Lab hambik kau 7 jam, Kuliah dan tutorial tu masing-masing sejam/2 jam jee.

Jangan laaa kau nak give up pada minggu pertama-keempat di Matrik. Memang kau rasa penat gilaaa sampai nak meletop kepala.. Aku bab subject lain macam Bio, Kimia dan Sains Computer aku okaay laa. Cuma aku memang masalah besar dengan Math sebab math disini adalah ADDMATH.. Kat skolah aku paling tak suka Add Math. Percayalaaah Ujian Bulanan Add Math masa Form4 aku dapat below than 10 over 100%. Form 5 improve sikit, dapat la 30-40% kan.. Tapi SPM aku C+ sebab aku usaha last minit. Aku tak nak fail, C pun jadi la dan Alhamdulillah lebih tinggi dari Fizik yang aku always dapat B dalam exam. LuLz. Lawak rasa weh.

Masa tu nak dekat UPS (Ujian Pertengahan Semester) yang bawak 10% dalam Final Exam kau. Aku nangis sebab serious aku langsung tak pandai math. Subject lain kacang jee bagi aku. Prasan sial. Hahahaha.. Macam Kimia awal-awal ni blajar basic macam SPM jee. Cuma topic blakang je susah sikit. Sama je untuk Sem 1 dan 2. Bab depan lebih kurang SPM, cuma up sikit je. Bila masuk bab belakang-belakang mampus lah kau. Kalau bio aku lupa laa, tapi about cell-cell lah kot bab depan tu,. Sains Komputer sangat senang nak skor.. Jangan kau blagak pandai sangat sampai tak nak ambik sains komputer (Lecturer aku la cakap dulu. Hahahaha).
Tapi Math awal-awal aku dah mampus weh sebab bukan laa tak minat. Cuba untuk minat, bila belajar, buat example senang je rasa. Bila masuk soalan tutorial, past year, tulisan tak keluar.. Tapi air mata yang keluar. Percayalah kau math kat matrik mampu menjatuhkan air mata jantan aku. Sampai aku nangis-nangis call mak aku yang aku seriously tak pandai math. Langsung, Zeroooooooo ...
Lepas dapat result dapat D. Wakakakaka.. Ok laa tu sebab result papar kat board. Rata-Rata dapat F. Aku pun macam ok mereka teruk lagi. Untuk subjek lain aku A dan kimia aku B sebab aku pun tak tau kenapa B. Hahaha. Awalnya aku jumpa cikgu math aku sebab tak faham. Sekali kena ceramah itu dan ini, lepas tu aku stop. Malas laaa weh. Hahaha (Jangan ikut tabiat ini)

Lepas je UPS, aku mula berkawan dengan kawan baik 4 orang sampai sekarang walaupun tak sama U. Dia ni agak terrer laaa math. Belajar ngan kawan ni lagi seronok dari kau belajar dengan Lecturer. Percayalah cakap aku. Kalau kau loner sangat, kau blajar lah melalui Youtube. Sangat berguna gila babi kata kau.. Aku yang math samar-samar pada awalnya muncul semangat yang sangat membara .
*Gemuruh jiwa, semangat membara .. (Ternyanyi pulak Uolls)

Kami rapat, belajar sama-sama sampai pukul 3 4 pagi. Serious bangun pagi pun tak ngantuk ala-ala sekolah dulu kan. Walaupun kaul 8 malam dah tido, bangun pagi tetap liat dan tak bermaya. Kat Matrik ni lain sikit. Bila dah kena cara, semangat kau lain macam melainkan kau malas macam aku (Hari cuti meemang aku pemalas Nauzubillah. Pukul 12 tengah hari baru nampak matahari. LoL)
Masa sem 1 kami berlima study jee keje. Serious tak tipu. Takde life pun ada. Tapi kadang-kadang melepak jugak laa kan :D. AKu yang terlebih lepak dari diorang sebenarnya.
Bila dah keluar result, aku dapat 3.61. A Bio, Sc Computer, A- Kimia dan B- Math. Sial kan math tu. Hahahaha. Kawan-kawan aku semua tak puas hati aku A- kimia sebab masa malam exam serious aku tak study apa-apa. Aku main Candy Crush jee.. Rezeki aku la tu. Maybe apa yang aku study sebelum-sebelum ni masuk dan melekat terus ke dalam pala otak aku kan.. Haaaaa lagi satu. Banyakkan mengajar orang. Aku suka buat kelas tau. Sapa nak belajar mai laaa kat aku.. Biasa aku guna dewan kuliah/bilik tutorial secara haram malam-malam. Wakakakaka. Pernah kena halau ngan Pak Guard, tapi lepas 15 minit masuk balik. Huhuhu. Sebab tu sekarang pun aku ambik Degree Pendidikan. Minat mengajar kan, why not rr ambik Education haa nanti jadi cikgu.

**Jangan lupa study tiap-tiap malam walaupun 1 topic atau subtopic pun jadi laaa..

Masuk sem 2 serious kami banyak main-main. Banyak gila aktiviti lagho. Study jarang sekali.. Tapi result makin naik pulak. Tinggi dari semester 1 lagi. Sebongok-bongok aku 3.8 baaai sem 2. Tapi Math aku B+ (Apa ke sial dan lahanat si math ni tak nak A) Hahahahaha. Bukan sebab nak berlagak ke apa ni, tapi nak cakap bila kau dah dapat adapt dengan suasana, semuanya akan okaay tak kira laah kau dari background mana sekalipun.

So konklusinya:

1) Kau study mana-mana skalipun yang pertama kena adapt dengan suasana
2) Tiap malam mesti study walaupun sikit
3) Soalan tutorial wajib buat sebab tu menentukan kau faham ke tak. Kalau aku tengok soalan tutorial aku nangis je. Ok la tu kurangnya ada usaha nk bukak buku kan Lol
4) Cari kawan yang elok-elok. Jangan cari yang jenis nak bergosip, movie, kpop, berdota, berpes 24 jam.. Kalau sikit-sikit tu okey laa. Study penting lagi tau
5) Tak faham jumpa je lecturer kau. Jangan jadi macam aku, patut la tak pernah A math.
6) JANGAN TIRU TUTORIAL KAWAN KAU. Kalau kau tiru then study cara jawab soalan takpa. Jangan tiru MENGKHINZIR BUTA. Tu bodoh namanya !!
7) Jangan lupa mak ayah kau. Kalau kau takde semangat nak study, ingat laa wajah mak ayah kau. Kalau yang dah takde tu, sedekah la Al-Fatihah ok. Don't Cry-cry.
8) Jangan lupa tuhan. Ni penting niii..
9) Selalu laaaa buat baik pada orang. Kalau orang tak faham, ajar laaaa. Jangan nak kedekut ilmu sangat. Kau ajar orang, orang tu ajar orang-orang lain kau juga untung dapat pahala. Jangan ingat MLM jeee cari-cari orang demi untung.
10) Dah habis matrik tu jangan lupa kawan kau
11) Don't cry-cry, be strong dn kau enjoy je hidup kat matrik tu. Bagi aku matrik setahun tak cukup, serious tak cukup.. Kat U ni tak best tau bagi aku. Aku lebih suka lifestyle kat matrik..

Sangat rindu gate Ni .. Tunggu-tunggu teksi nak melagho di Kulim Landmark

Matrikulasi KPM,
KOLEJ MARA KULIM Batch 13/14 :)

Entry Kolej MARA Kulim
>Click Sini<

22 comments:

  1. Nice one! Keep update your blog..Love to hear more from you :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq..
      Bnyk pnglaman kt mtrik, tmuduga yg sy share. Hihi.
      Share2 ngan kawan2 yg takot nk msuk mtrik tu okeyy

      Delete
  2. bio and kimia dekat matrik susah x ? takut la x boleh adapt . Sebab result spm saya pun just b+ bio and b Kimia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okay2 jee. Huhu. Kena rajin laa. Rajin2 laa tengok youtube, imagine. Huhu

      Delete
    2. Lagipun saya dulu bio B, kimia A-, Fizik ngan add math saya C. Boleh je bawak. Cuma kena rajin laa :D

      Delete
  3. Hmm cemana ni? Result sc sya smua c n D bio ja b

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo ye kee. Takpa laa. Mungkin rezeki awak waktu lain. Atau teknik belajar yang salah

      Delete
    2. Da habis matrik ke result spm tu ?

      Delete
  4. Salam, saya mohon juruasan akaun but can i change it to sains eventho im a science stream student?

    ReplyDelete
  5. And my results physic B bio and chem C+ add maths D and math A . Boleh ke tukar jurusan dari akaun ke sains?

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Saya takut sangat nk masuk matriks, ppl surrond mee keep saying that matriks is sp susah? Is it true? Saya dh dapat dh tawaran ke matriks tapi taktahula was was em any suggestion? What should i do? Since beginning lagi i really wanted to go to matriks tapi lpas dengar org cakap terus down em, please do me a favor

    ReplyDelete
  8. Ramai yang cakap matriks ni susah la apa la..dgr citer kat bro ni mcm rasa bole bawak tapi tak tahu la..still waiting UPU result..

    ReplyDelete
    Replies
    1. But , kakak sedara saya cakap tak susah pon kalau pandai bahagikan masa utk belajar and dia bekas student kmns .

      Delete
    2. ADa usaha ada la rezekinya

      Delete
  9. Yang mana lebih baik, physics or computer science? Takut laaaaaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut minat la. Kalau rasa tak boleh fizik, amik sc com. Sgt senang nak A

      Delete
  10. akak...akak ambil degree pendidikan kat mane??

    ReplyDelete
  11. Please answer these two questions
    1. Kalau fail addmath tak boleh masuk matriks ke?
    2.And kalau math dapat below C pun tak boleh masuk matriks jugak ke?

    Berdebar tunggu result ni..

    ReplyDelete
  12. Thanks sebab tulis pengalaman abang dekat sini. Rasa macam dah okay sikit nak start belajar 😋

    ReplyDelete
  13. Tahniah lah sebab Berjaya lepas matriks. .. Jaga je bahasa masa menulis ye.. Biar sopan sikit.

    ReplyDelete