Click me ^_^

Saturday, 30 April 2016

Penjelasan di sebalik Anak Kambing Menyerupai Manusia

Bolehkah Genetik Haiwan Bergabung Dengan Genetik Manusia? 
Menjawab Persoalan Kelahiran Anak Kambing Menyerupai Manusia
.
=====
Anak Kambing Menyerupai Manusia
=====
.
Baru-baru gempar apabila viral seekor anak kambing yang baru dilahirkan menyerupai manusia di Johor.
.
Ada pihak mengatakan bahawa ianya terjadi kerana ibu kambing telah dirogol oleh manusia yang gagal mengawal nafsu syahwatnya.
.
Lalu bermacam-macam andaian dikeluarkan pihak-pihak lain.
.
Persoalannya, bolehkah wujudnya makhluk separa manusia separa haiwan?
.
Saya ingin mengajak para pembaca memahami asas dalam molekular genetik yang diterangkan oleh Profesor Shaharum Shamsudin, Pakar Biologi Molekular USM.
.
=====
Kromosom Kambing Dan Manusia adalah Tidak Sama
=====
.
Mari kita kembali kepada pemahaman asas. Untuk persenyawaan berlaku memerlukan gamet (benih) dari haiwan jantan dan betina. 
.
Kambing adalah haiwan ruminan kecil yang mempunyai kromosom 60 (2n - Diploid). Manakala manusia pula mamalia yang mempunyai 46 kromosom (2n - Diploid). 
.
Dalam penghasilan gamet (benih) secara normal bilangan kromosom akan menjadi separuh (haploid - n) melalui satu proses pembahagian sel yang kita panggil meiosis. 
.
Dalam proses meiosis bilangan kromosom ini di separuh kan sebagai persediaan untuk percantuman dengan gamet haploid (n) pasangan nya supaya selepas persenyawaan zigot/embrio yang terbentuk bersedia sebagai diploid semula (n + n = 2n) dan berkembang sebagai anak yang normal. 
.
Nah, sekarang kita lihat seekor kambing mempunyai kromosom 2n = 60 dengan gametnya (n) menjadi 30. Manakala manusia pula mempunyai kromosom 2n = 46 dengan gametnya (n) sebagai 23. 
.
Percantuman kedua dua gamet semasa persenyawaan (jika benar benar berlaku) akan menghasilkaan zigot yang punyai kromosom 53 (2n). 
.
Secara logik akal mana mana ahli genetik haiwan akan berpandangan komposisi 2n yang ber angka ganjil mustahil untuk berkembang dalam peraturan azali sistem pembiakan (not a viable zigot) dan paling nasib baik pun berkembang ke pembahagian sel ke 32 dan selepas itu zigot itu akan mati. 
.
Oleh itu, adalah mustahil untuk melepasi tahap pembahagian sel lengkap sehingga terbentuk janin dan apa lagi di lahirkan sebagai makhluk (seperti gambar yang tersebar beberapa hari lepas).
.
=====
Kesimpulan
=====
.
WAllahu a'lam segala-galanya adalah ketentuan Allah dan sebagai seorang muslim tentu saja kita tidak dapat menyangkal kekuasaan Allah SWT.
.
Secara peribadi Profesor Shahrum beranggapan makhluk yang di lahirkan oleh kambing di dalam gambar tersebut adalah anak kambing yang mengalami malformasi (genetic defect) yang beliau kira BUKAN kali pertama berlaku. 
.
Sudah pasti, terdapat kes sebegini yang terjadi di tempat tempat lain di pelusuk dunia ini. Cuma mungkin kita sahaja yang tidak tahu.
.
Beliau masih berpegang kepada konsep asas genetik pembiakan yang meletakan tahap mustahil untuk terhasilnya kacukann hibrid manusia-ruminan/haiwan hatta melalui bantuan aplikasi bioteknologi pembiakan apalagi jika ianya berlaku secara tabi'e.
.
DNA anak kambing tersebut telah diambil untuk ujikaji dan siasatan lanjut. 
.
Allah jua yang Maha Mengetahui dan Maha Berkuasa.
.
Sumber:
Prof Dr Shahrum Shamsuddin 
Molecular Biologist
School of Health Sciences
Universiti Sains Malaysia

No comments:

Post a Comment